5 penawar gastrik termujarab

Penawar gastrik yang di nyatakan di sini ialah yang termudah untuk diperolehi dan tak perlu ke doktor. Anda hanya perlu memilih satu di antara penawar yang dinyatakan. Syaratnya, bila dah pulih, jaga makan iaitu cepat makan bila mula ada rasa lapar. Insya Allah, gastrik tak akan berulang! Jika keadaan gastrik anda dah pada tahap teruk sekarang ni, penawar yang saya nyatakan nanti tidak boleh menyembuhkan penyakit anda sepenuhnya. Perlu buat rawatan!

Penawar gastrik

  1. Untuk mencegah gastrik, anda perlu melakukan tiga perkara ini iaitu makan jangan gelojoh, jangan makan selagi perut masih kenyang dan cepat makan bila mula rasa nak lapar – jangan tangguh! Insya Allah, anda tak akan kena sakit gastrik selamanya! Bagusnya penawar gastrik yang ini ialah tidak timbul masalah asid berlebihan dalam badan.
  2. Penawar gastrik yang termudah dan paling murah ialah baking soda. Bila ada rasa pedih ulu hati, bancuh hampir setengah camca rata dalam segelas air dan minum. Jika masih ada sakitnya setelah 20 minit, minum segelas lagi. Jika perlu, ulanglah setiap 20 minit sehingga hilang rasa sakit – mungkin ada tak baiknya kerana ianya ada bahan kimia. Faktanya ialah air baking soda bersifat alkali, gastrik pula kerana asid berlebihan. Peranannya ialah menawarkan asid dalam perut. Bila asid dalam perut jadi makin tawar, hilanglah rasa sakit gastrik. Bila-bila jadi lagi, ulang dengan cara yang serupa. Ketidakselesaan lain mungkin timbul jika ada luka dalam perut.
  3. Penawar gastrik yang tanpa mengira masa ialah minum air alkali atau beli kapsulnya – mahal! Minum sesuka hati hingga hilang rasa sakit. Kesannya cepat dirasai – badan agak segar daripada biasa dan perut lambat lapar. Setakat ini tak diketahui mudaratnya. Logiknya, kesan sampingannya tetap ada sebab perut yang berlebih alkali untuk tempoh yang lama, sistem badan akan mengimbanginya semula – ertinya asid pencernaan akan keluar lebih banyak daripada isipadu sebelum memulai rawatan dengan air tersebut. Ini mengakibatkan asid dalam badan akan terlebih banyak daripada yang sepatutnya – terganggulah kesihatan. Yang bagusnya, bila dah hampir 2 minggu tak ada rasa pedih atau senak ulu hati, berhenti minum air itu dan jaga makan – bila mula rasa nak lapar, makan! Insya Allah tak akan timbul masalah. Unsur terpenting yang mesti diambil perhatian ialah perkara halal – kebanyakan bahan pemprosesan air alkali tidak halal. Dengan itu, diragui juga tentang kapsulnya.
  4. Bahan penawar gastrik yang terbaik ialah madu lebah. Allah dah bagitahu umat Islam lebih 1400 tahun dulu bahawa MADU LEBAH banyak manfaat untuk manusia (ayat 69 surah An-Nahl). Cuma caranya yang kita kurang pasti. Ikut kata orang tua-tua, minum sesudu waktu nak tidur dan sesudu lagi waktu bangun tidur (subuh). Elok untuk kesihatan secara amnya. Malangnya, itu tidak benar untuk merawat sakit gastrik! Untuk pengetahuan, caranya ada dan amat berkesan – ianya berdasarkan kajian. Penawar yang ini positif tiada kesan sampingan – Allah dah tegaskan madu banyak kebaikan untuk manusia. Masalahnya ialah susah nak dapatkan madu yang tulen. Caranya ada dalam cara merawat gastrik
  5. Ini satu penawar gastrik yang amat mujarab tetapi terlalu bergantung kepada tahap keimanan dan keyakinan pesakit. Caranya ialah baca surah al-Fatihah 3x pada tapak tangan kanan atau dua tapak tangan. Waktu menyebut wa iyya kanas ta’iin, pasang niat minta Allah sembuhkan. Tutup dengan selawat 7x. Tarik nafas panjang kemudian tiup ke tapak tangan dan usap tapak tangan ke perut daripada atas ke bawah 3x. Insya Allah, rasa sakitnya akan hilang dalam beberapa minit saja. Cepat lambatnya tergantung kepada tahap keyakinan waktu itu. Biasanya kurang dari 15 minit dah tak rasa sakit. Sebaiknya, sebelum memulai, pediahlah al-Fatihah sekali kepada Rasulullah. Jika kurang yakin, cara ini tidak akan berkesan!

Oleh kerana nak dapatkan madu 100% tak campur agak sukar dan mahal, yang mudahnya ialah samada baking soda ataupun air alkali. Sementara belum baik betul lagi, beralihlah kepada bahan makanan dan minuman yang beralkali dan kurangkan yang berasid, terutamanya yang berasid tinggi seperti daging lembu, sardin, minuman bergas dan lain-lain sila rujuk keseimbangan makanan asid-alkali.

Yang bagusnya – makan… perut kenyang … tak membazir wang… Nak makan tu, bacalah bismillah dan doalah supaya sihat sejahtera. Insya Allah pulih! Bila dah pulih, bolehlah makan bahan makanan yang berasid tapi rasa-rasalah dulu.

Elakkan supaya gastrik anda tidak terjadi sehingga tahap yang perlu menjalani pembedahan seperti ini:-

Berubatlah sebelum terlambat!

Tatacara rawatan gastrik kami…

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2018 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·