angin, kembung, buncit

Punca Migrain, Punca Sakit Kepala – Ubat Migrain, Ubat Sakit Kepala

Punca migrain, juga punca sakit kepala, amat berkaitan erat dengan ketidakseimbangan sistem badan kita. Migrain atau sakit kepala juga kesakitan akibat kepincangan sistem badan kita. Jika kita rujuk di internet, terutamanya dalam bidang perubatan, macam-macam penjelasan disajikan. Bagi kita yang bermasalah tentang penyakit ini, kita tak kesah tentang apanya secara mendalam. Kita lebih cenderung nak tahu: adakah ubat atau teknik penyembuhan ataupun rawatan yang berkesan serta tiada kesan yang memudaratkan?

Ada berbagai kaedah rawatan tradisional dan perubatan islam untuk penyakit ini. Biasanya terapi atau rawatan migrain dan sakit kepala dilaksanakan oleh perawat kepada pesakit ketika pesakit ada didepannya. Bermacam ubat migrain, juga ubat sakit kepala, ada juga dijual di pasaran. Kemujarabannya masih menjadi tanda tanya – ada yang sesuai dan ada pula yang tidak. Sebaliknya, jika berjumpa doktor, telan berbagai ubat yang disyorkan – setelah masa berlalu, baiknya tidak juga, hanya mereda sakit untuk sementara saja. Ini fakta, kita semua dah tahupun!

Ada beberapa faktor yang menjadi punca migrain, ianya juga punca sakit kepala, antaranya kerana:-

  • kurang minum air atau kurang air dalam badan
  • lapar
  • perut kosong
  • kurang makan (makan seadanya)
  • tak cukup tidur
  • waktu tidur yang tak menentu
  • tidur berlebihan atau banyak tidur
  • kesan menelan berbagai ubat
  • ubat tak sesuai
  • faktor makanan dan minuman – makanan tak sesuai
  • tak cukup zat makanan
  • tageh sesuatu, kopi misalnya
  • perubahan hormon ketika datang bulan atau awal kehamilan – wanita saja
  • toksik tinggi dalam badan
  • tak cukup oksigen atau udara segar
  • angin gastrik
  • perut kembung
  • sistem buang air besar terganggu atau tak lawas
  • fokus mata berubah atau mata dah mula kabur
  • urat saraf ke kepala bermasalah
  • tekanan perasaan
  • ada penyakit tertentu (ketumbuhan dalam kepala, darah tinggi atau darah rendah, masalah peparu atau gangguan pernafasan)

Seandainya kita berubat berdasarkan puncanya, belum tentu kita akan pulih sepenuhnya. Ibarat kereta, kita perlu tahu apa yang rosak, kemudian baiki – bukannya nak cari punca rosak. Kesihatan juga sepatutnya begitu! Kita tumpukan rawatan pada kepincangan dan penyumbang kepada munculnya penyakit berkenaan – khususnya dalam hal ini, kita perlu tahu kepincangan dan penyumbang utama sehingga wujudnya migrain atau sakit kepala. Kita ambil contoh keadaan toksik tinggi dalam badan, telan ubatpun badan masih rasa tak selesa juga. Jadi, kita perlu tahu apa penyumbang terbentuknya toksik berkenaan. Barulah kena tepat sakit dengan ubatnya!

punca migrain, punca sakit kepala

Berdasarkan pengalaman perubatan yang kami laksanakan, punca migrain dan punca sakit kepala ialah kurangnya bekalan oksigen ke otak. Oksigen yang tak mencukupi di otak menyebabkan sel-selnya jadi hampir lemas dan tak boleh aktif seperti biasa. Itulah yang menimbulkan rasa sakit di kepala – kesakitan inilah yang kita kenali dengan gelaran migrain atau sakit kepala. Ini terjadi kerana dua perkara (diandaikan di sini bahawa bukan berkaitan dengan fokus mata berubah atau penyakit tertentu) iaitu:-

  1. urat saraf ke kepala bermasalah
  2. urat saraf bahagian dalam dinding perut banyak yang putus-putus

urat saraf ke kepala bermasalah

Keadaan urat saraf ke kepala yang tidak memungkinkan darah mengalir secara sempurna ke otak boleh berlaku samada salurannya sempit ataupun adanya longgokan toksik yang menjadi penghalang ataupun ada urat saraf yang tercedera atau kempes. Itulah fakta yang jadi penghalang kelancaran oksigen ke otak. Ianya memberi kesan negatif terhadap peranan sel-sel di otak sehingga kita rasa sakit bengang semacam – ada masa berdenyut-denyut tak boleh tahan rasanya! Yang berdenyut-denyut tu kerana lonjakan darah ke kepala tidak menentu ekoran perubahan tekanan darah yang tak stabil akibat tak cukup oksigen di otak.

urat saraf dinding perut bahagian dalam banyak putus

Keadaan urat saraf di perut pula berpunca daripada menangguh makan atau ketika lapar tak makan. Bila sering begitu, asid perut beransur-ansur melukai permukaan dinding perut bahagian dalam. Yang mulanya hanya beberapa calar kecil, kemudiannya menjadi luka kian membesar. Ini yang mengakibatkan saraf-saraf di dinding itu putus-putus. Keadaan ini tidak memungkinkan pesanan atau signal daripada hati (tentang isipadu asid yang diperlukan untuk menghadam makanan yang akan dimakan ketika itu) dikesan oleh perut dengan sempurna. Akibatnya, asid perut keluar berganda banyaknya daripada yang diperlukan ketika itu. Ini melajukan lagi proses pencernaan di perut – asalnya sekitar 3 jam untuk keadaan normal menjadi kurang daripada 1 jam. Keadaan inilah yang menjadi penyumbang utama tercetusnya migrain atau sakit kepala, selain masalah urat saraf ke kepala.

Kerosakan urat saraf oleh asid perut ini memang menggugat kesihatan badan secara keseluruhan. Yang mudah terasa ialah sakit di kepala iaitu migrain atau sakit kepala. Ada 2 cara ianya terjadi iaitu:-

(1) Gas atau angin asid perut yang juga dikenali sebagai angin gastrik menempat di peparu. Ini berpunca daripada pencernaan yang laju mewujudkan gas berlebihan meluap ke atas. Ianya memberi kesan yang negatif terhadap otot gegelang penutup atas (ianya berperanan sebagai injap di sempadan hujung saluran makanan dengan pangkal perut). Otot itu hanya terbuka bila kita menelan sesuatu. Kemantapan otot itu beransur-ansur jadi kendur dan mulalah boleh terbuka sedikit bila ada tolakan gas ke atas. Sedikit asid boleh terlonjak ke saluran makanan beserta dengan gasnya. Gas itulah yang menempat di peparu. Ini menyebabkan pernafasan terganggu. Ada masa kita jadi tercungap-cungap atau sesak nafas – semput semacam rasanya! Punca terjadi begitu ialah kerana terhadnya isipadu oksigen yang boleh disedut ketika bernafas. Oksigen yang seadanya itulah yang dibekalkan ke otak melalui darah. Sel-sel diotakpun mula bermasalah kerana tak cukup oksigen – sakit kepalapun mulalah dirasai.

(2) Asid perut yang masih pekat tersalur ke usus kecil. Ianya diserap ke darah. Sepatutnya hanya makanan yang terhadam saja yang diserap di usus itu. Ini menambahpekatkan kandungan asid dalam badan – akibatnya, kandungan toksik dalam badan meningkat, otomatik oksigen menyusut. Migrain atau sakit kepala yang teruk akan dirasai kemudiannya. Sebelum asid ini diserap, ianya sempat pula bertindak balas dengan apa yang ada di usus kecil ketika itu. Ini juga menghasilkan gas – itu yang perut rasa tersegah kembung semacam tu, tak tentu hala rasanya!

Ada 2 kemungkinan asid yang masih pekat diserap di usus kecil iaitu:-

  • K1: Makanan jadi cepat terhadam kerana asid perut keluar berlebihan. Walaupun proses pencernaan selesai, cairan makanan yang terhadam itu masih mengandungi asid yang pekat. Asid ini dan makanan terhadam turun ke usus kecil melalui otot gegelang penutup bawah (ianya penutup di sempadan hujung perut dengan pangkal usus kecil) yang terbuka secara otomatik bila pencernaan selesai.
  • K2: Asid berlebihan ketika pencernaan juga merosakkan secara perlahan otot gegelang penutup bawah. Bila ianya jadi kendur atau kembang, asid yang masih pekat itu mula meleleh ke usus kecil. Lelehan terus berlaku walaupun ketika itu tiada makanan untuk dihadam ataupun semasa proses pencernaan sedang berlaku. Asid ini lebih pekat daripada kasus K1. Bahayanya ialah asid itu mampu membocorkan usus kecil.

Ubat migrain, juga ubat sakit kepala

Ubat migrain, juga ubat sakit kepala, yang paling berkesan untuk memulihkan penderitaan kerana migrain atau sakit kepala ialah kita mesti mengatasi semua masalah yang dinyatakan tadi. Itu jugalah sebabnya penderita banyak berubat tapi masih tak baik. Jika di hospital, akan masuk skop dan berbagai perkara lagi untuk memastikan penyakit tapi setakat itu saja. Dengan kata lain, pihak hospital masih belum ada ubat yang mujarab untuk memulihkan penyakit berkaitan dengan angin perut ini ataupun ubatnya ada tapi dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu oleh pihak pengeluar (tak baik dinyatakan secara terus terang di sini!)

Ada seorang pesakit kami yang pernah ke doktor pakar menyatakan: sekali jumpa kosnya tak kurang RM200, ubatnya pula lebih RM400 – ternyata masih tak berkesan, maksudnya masih sakit dan tak baik; dia kesal kerana ikhtiar dengan cara itu gagal. Kesian dia!

Berikhtiar dengan kami, sebelum berubat, setiap pesakit yang datang akan kami scan dulu. Tujuannya untuk mengesan penyakit yang dideritai walaupun pesakit kata dia sakit itu dan sakit ini. Jika masalahnya berkaitan dengan urat saraf, kami akan perbaiki perjalanan darah sepanjang urat saraf berkenaan. Jika berkaitan dengan perut dan anginnya (atau gasnya), kami akan tampal dinding perut bahagian dalamnya dan cuba baiki sarafnya juga.

PERCAYALAH! – hanya dengan cara ini, penderitaan anda akibat migrain atau sakit kepala akan berakhir. Ramai pengidap sakit di kepala yang ini pulih dengan kaedah rawatan migrain kami. Mujarabnya kerana kami tahu apa nak buat dengan izin Allah. Punca migrain, juga punca sakit kepala, yang dijelaskan tadilah yang menjadi akar umbinya. Inilah asas ubat migrain, juga ubat sakit kepala!

Sila ambil perhatian bahawa rawatan perlu diulang 2 3 kali biasanya. Jika teruk sangat, mungkin hingga 4 5 kali ulang. Yang penting, berubat biar sampai baik betul dan jaga makan – panduan akan diberi sebaik saja lepas rawatan, insya Allah!

Seandainya anda penderita migrain atau sakit kepala, silalah hubungi kami melalui telefon untuk buat temujanji berubat. Setakat mengetahui punca migrain, juga punca sakit kepala, ubat migrain dan ubat sakit kepala belum tentu sakit kepala anda akan pulih. Kami tidak menjanjikan apa-apa, Allah penyembuh mutlak! Kami hanya tolong ikhtiar. Muga-muga ada berkatNya, insya Allah.

 

Kenapa Perut Kembung – Perut Masuk Angin Puncanya?

Kenapa perut kembung – soalan daripada mereka yang tertanya-tanya tentang punca perut kembung dan angin pasang. Perut masuk angin puncanya ataupun sesuatu yang berkaitan dengan pedih perut atau sakit gastrik? Apakah perut kembung hanya dideritai oleh mereka yang ada penyakit gastrik? Jika anda layari internet, berbagai pendapat dan petua diluahkan. Mari kita fikir sejenak – betulkah itu? Mari ketahui bersama saya kenapa perut kembung – semua yang dipaparkan nanti berdasarkan pengalaman perubatan yang kami lalui. Ini fakta kesihatan sebenar bukannya teori atau kaedah teka-teka tanpa alasan.

Nyatanya, ada sesetengah orang yang susah buang air besar. Ada yang sampai 2 3 hari sekali dan ada juga yang hingga seminggu sekali. Bila ditanya, rupa-rupanya mereka tak tahu itu tak normal. Keadaan itu ada kaitannya dengan sembelit dan seterusnya akan mengakibatkan buasir. Kita sepatutnya sehari sekali – 2 kali lebih baik; kerana buangan itu bila lebih masa akan mewujudkan gas. Itulah yang menyebabkan perut kembung dan kemudian perut beransur buncit. Sebaiknya, cubalah atur sekali pagi dan sekali lepas makan malam. Insya Allah, masalah kembung perut akan berkurangan.

Untuk mereka yang sistem buangan elok teratur setiap hari, kembung perut terbahagi kepada dua iaitu tersegah di bahagian pusat ke atas dan satu lagi yang di bahagian pusat ke ari-ari. Kembung yang di bahagian atas pusat ada kaitannya dengan angin gastrik dan dirujuk juga sebagai perut masuk angin ataupun angin medu. Terjadinya kerana perut kerap terbiar kosong. Jelasnya kerana tak makan ketika mula terasa lapar – leka dengan kerja semasa ataupun waktu itu tiada apa yang hendak dimakan, paling-paling minum air dengan sekeping dua biskut atau roti. Bila selalu begitu, dinding perut bahagian dalam mula calar dan seterusnya calar-calar menjadi luka-luka besar dan ulser perut. Ini beransur-ansur mengganggu sistem penghadaman. Rasa senak ulu hati atau pedih perut muncul. Sakit angin perut jadi kian terasa dan makin berat. Kemudiannya, sampai pada tahap kembung dan sakit terus menerus walaupun makan kenyang. Ini juga biasanya dikaitkan dengan istilah salah makan. Kembung perut biasanya menggangu fikiran dan kesihatan diri – cepat mengelabah dan kerap rasa cemas. Jika berterusan, mungkin terpaksa menjalani pembedahan. Elakkan itu terjadi pada diri anda!

Kembung perut yang di bahagian pusat ke bawah pula terjadinya bukan kerana gastrik atau sakit ulu hati rasa pijar naik ke atas. Perkara ini amat membimbangkan kerana ada sejumlah pesakit kami yang bercerita bahawa pihak hospital tak dapat mengesan puncanya dan kerana itu tiada rawatan yang tepat diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu jugalah ramai yang menjalani rawatan kesihatan penyakit ini di tempat kami.

Ada dua keadaan yang menyebabkan terjadinya sakit di bahagian bawah perut (perut kembung di bahagian pusat ke ari-ari) iaitu:-

  1. otot gegelang yang berfungsi sebagai injap di sempadan bahagian dalam hujung perut ke usus kecil agak kendur dan terbuka halus. Sepatutnya ia sentiasa tertutup rapat sehingga proses penghadaman sempurna iaitu setelah lebih kurang 3.5 jam lepas makan. Oleh kerana ianya renggang, asid penghadaman meleleh keluar melaluinya sebelum masanya
  2. perut mengeluarkan asid penghadaman terlalu berlebihan – kesan daripada banyaknya saraf yang rosak di dinding perut bahagian dalam. Rosak kerana kerap terbiar lapar melebihi setengah jam – asid sikit-sikit mencalari dinding tersebut dan lama kelamaan makin membesar calarnya. Saraf yang banyak terputus itu mengakibatkan arahan daripada hati ke perut tentang isipadu asid yang patut dikeluarkan ketika itu tak terterima oleh perut. Asid berlebihan itulah yang menyebabkan penghadaman jadi cepat – ada yang lepas makan kenyang, tak sampai setengah jam dah lapar semula

Asid yang masih pekat itu tersalur ke usus kecil. Oleh sebab itu, sewaktu melalui usus, ianya sempat bertindak balas dengan apa yang ada dalam usus ketika itu. Terbentuklah gas atau angin perut. Keadaan kembung yang ini amat tak selesa dirasai.

Kesannya, lama kelamaan, usus makin tegang dan gemuk. Perut rasa ketat, makin membesar dan buncit. Kesan selanjutnya, bila perut dah ketat, usus kecil yang di hujung boleh tertekan ke rongga tulang bawah ari-ari dan timbullah penyakit angin pasang pula – inilah punca angin pasang.

Yang bahayanya, hakisan asid itu juga boleh mengakibat usus kecil bocor. Bila ini terjadi, anda terpaksa menjalani pembedahan untuk kerat dan buang bahagian usus yang bocor itu.

Semuga anda faham keadaan sebenar kenapa perut kembung, perut masuk angin dan punca perut kembung serta kesan sampingannya. Kami dah berjaya merawat ramai penderita penyakit kembung perut. Rawatan paling kurang 2 kali biasanya tapi kami tak berani nak janji 2 kali sihat. Eloknya, berubatlah sampai sembuh – jika tidak, penyakitnya akan berulang. Jika 2 kali sembuh, anda harus bersyukur banyak-banyak kepada Allah atas rahmatNya. Bila dah sihat, hidup ceria dan ibadahpun boleh dilakukan dengan lebih sempurna, insya Allah!

Sila hubungi kami melalui telifon jika berhajat nak berubat!

 

Dikemaskini pada 12hb Dis 2016.

 

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2018 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·