barah, kanser

Khasiat Madu Kelulut – boleh rawat kanser, gastrik & pijar ulu hati?

Khasiat madu kelulut diwarwarkan untuk mengatasi berbagai masalah kesihatan. Dengan kata lain, kelebihan madu kelulut ialah ianya boleh digunakan untuk merawat penyakit. Dakwaan itu berdasarkan kajian yang dibuat di negara kita (anda boleh layari maklumatnya di internet). Bunyinya sungguh meyakinkan! Jika semua itu benar, tak perlulah kita sibuk mencari ubat-ubatan selain madu kelulut. Seandainya itu suatu fakta, ianya tentu juga amat membantu untuk pemulihan penyakit gasrik dan pijar ulu hati serta kanser.

Jom kita tinjau bersama kebaikan madu kelulut, jika ada, untuk tiga jenis penyakit tersebut tadi. Ini perlu sebab harga madu kelulut mahal berbanding dengan madu lebah biasa – 600 gm harganya RM180 sedangkan madu lebah biasa hanya RM120. Itu harga lebih kurang 6 bulan lepas. Tak tahulah pula jika sekarang harganya turun kerana ramai yang sedang menternak lebah jenis ini.

Antara berbagai kajian di negara kita, yang menarik perhatian saya ialah madu kelulut mengandungi bahan anti-kanser. Sayangnya tidak dipaparkan maklumat kajian secara terperinci tentang:-

  1. bilangan pesakit yang dirawat dengan madu kelulut (semua mereka itu semestinya yang telah dikenalpasti tidak pernah merawat penyakit mereka dengan sebarang ubat-ubatan sebelumnya)
  2. tahap kanser yang mereka deritai
  3. bilangan mereka yang sembuh setelah dirawat sekian lama dengan madu kelulut.
  4. isipadu madu kelulut setiap dos dan bilangan dos setiap hari
  5. bilangan ketulan kanser dan saiz setiap satunya – dos kanser esofagus (otot gegelang penutup di hujung saluran makanan dengan pangkal perut) bersaiz 3 sm misalnya, tak sama dengan dos untuk seorang pengidap kanser di perapu dan hati yang setiap satunya bersaiz 3 sm juga misalnya

Tanpa maklumat yang tersebut itu, apa bezanya dengan cerita dongeng? Lainlah halnya jika orang yang membuat pernyataan itu memang terlibat secara langsung dalam bidang pengubatan – itupun jika dia bukan penjual madu jenis ini. Jika kajian hanya dilakukan pada tikus, sebagaimana berbagai kajian yang pihak di luar negara laksanakan untuk perkara lain, kesimpulan kajian tidak semestinya boleh diterima pakai untuk kita manusia.

Kita ambil suatu contoh tentang kesesuaian madu kelulut untuk menyembuh penyakit kencing manis pada tikus. Setelah kajian, didapati paras gula dalam badan tikus turun ke paras normal misalnya. Bolehkah kita yakini bahawa perkara itu juga benar bila dilaksanakan pada pesakit kencing manis? Meragukan! Sebabnya ialah bahan makanan yang dimakan oleh tikus terhad. Tikus tak minum ABC berais krim macam kita – itu banyak gula. Kita pula, makan segala macam yang tikus tak makanpun. Lagipun, tikus disuntik supaya berkencing manis, bukannya semula jadi – walaupun pancreas cuba dihentikan peranannya, ianya masih mampu mengeluarkan insulin. Oleh itu, kita sebagai pengguna harus bertindak wajar dan bersikap tidak cepat percaya! Harga madu kelulut mahal! Lainlah halnya jika hasil kajian didasarkan pada manusia – itu kita tak komen! Lagipun sekarang ni ramai pesakit kencing manis berbagai tahap. Bila-bila masa boleh buat kajian – mereka semuanya risau dan takut sampai ke tahap kena buat dialisis.

Mari kita hayati pengakuan dua orang pesakit yang berbeza, mereka telah merawat penyakit mereka dengan madu kelulut asli. Kita perlu berhati-hati sebab harganya mahal. Kita tak mahu; setelah mengorbankan sekian banyak duit untuk sihat kononnya; kerananya pula kita yang menderita.

Saya tak pernah minum madu jenis ini sebelumnya. Kebetulan pula hampir dua minggu lalu, seorang pesakit kanser payudara tahap empat datang berubat. Dia pernah kena kimo sekali dan serik. Rupa-rupanya dia pernah minum madu kelulut untuk merawat penyakitnya atas usul seseorang yang mengaku arif tentang khasiat madu kelulut. Dalam masa percubaan itu, dia merasakan makin hari makin berat pula rasa sakitnya, lalu dia berhenti minum madu itu. Waktu dia bercerita, terlintas di fikiran saya bahawa madu jenis ini mesti kandungan asidnya agak tinggi. Saya bertanyakan rasanya – manis-manis masam jawabannya. Sahlah dugaan saya benar sebab sel kanser memang rancak membiak dalam suasana badan yang kepekatan asidnya tinggi – itu yang tambah sakit jadinya..

kelulutGastrik Khasiat Madu Kelulut   boleh rawat kanser, gastrik & pijar ulu hati?

Madu Kelulut ~ gastrik kian teruk

Kebetulan pula seminggu kemudian seorang dari Sabah bertanya melalui whatsApp tentang kesesuian madu kelulut untuk merawat gastrik & pijar ulu hati. Menurut katanya, dia dah dua minggu minum madu kelulut dan ternyata gastrik dan angin gastrik tambah teruk (rujuk gambar salinannya). Dia kian menderita disebabkan oleh asid pencernaan dalam darah dah memang agak tinggi kepekatannya, ditambah pula dengan asid madu kelulut – tambah pekatlah kandungan asid dalam badan. Itulah yang jadi tambah teruk sakitnya!

Madu kelulut rasanya manis-manis masam – jelasnya, terlalu masam dan manisnya sikit saja. Fakta yang harus disemai dalam kesedaran diri kita ialah segala sesuatu yang masam, kandungan asidnya tinggi. Bahaya jika tak berhati-hati. Setelah masa berlalu, berbagai penyakit wujud. Ketahuilah bahawa semua penyakit amat berkait erat dengan tingginya kepekatan asid dalam badan! Oleh itu, penderita gastrik & pijar ulu hati serta kanser hendaklah jauhi pengambilan madu kelulut. Untuk tau pH madu kelulut, sila uji sendiri. Mudah saja, beli kertas atau cairan penguji pH di farmasi.

Anda mungkin mempersoalkan – hanya penderitaan dua orang, tak cukup bukti. Sebenarnya begini: untuk menyangkal sesuatu fakta yang umumnya kata positif, memadai ditonjolkan satu fakta negatif yang kukuh. Dalam hal ini, pengakuan penderitaan sebenar dua orang pesakit yang berlainan penyakit menguatkan hujah bahawa khasiat madu kelulut yang diwarwarkan tak semuanya benar di alam nyata. Hanya berdasarkan teori semata-mata tak memadai sebab banyak faktor harus diambilkira kerana berkaitan dengan kita manusia.

Saya bukan bermaksud untuk menyangkal kelebihan madu kelulut. Khasiat madu kelulut memang tidak diragui. Kelulut juga jenis lebah dan madu lebah mengandungi bahan sumber tenaga dan juga bertindak sebagai ubat untuk kebaikan peminumnya – ini Pencipta kita yang tegaskan (sila rujuk Al Quran surah An Nahl ayat 69). Namun, dalam hal ini, madu kelulut tidak sesuai diminum oleh pesakit kanser, gastrik dan pijar ulu hati. Jika anda mengidap satu di antara penyakit itu, hati-hatilah supaya tidak cepat terpengaruh dengan usul penjual atau orang yang mengaku arif tentang pengubatan penyakit tersebut tadi dengan madu kelulut tetapi tak pernah terlibat dalam pengubatan. Anda yang akan merasa sakitnya, mereka lepas tangan dan tak ambil kisahpun! Waktu itu nanti, anda akan menidakkan kebaikan madu kelulut.

Kita sepatutnya bertindak positif bukannya leka dengan petua itu petua ini. Semestinya kita minum madu bila rasa penat bekerja. Lepas minum teruskan kerja. Barulah kita menjadi seorang yang produktif kerana bertenaga dalam segala urusan semasa. Beribadahpun jadi lebih fokus dan khusu’ sebab segar. Khasiat madu kelulut yang lainnya ikut menyusul yakni akan dinikmati secara tak langsung dengan cara ini. Begitu jugalah halnya dengan madu lebah biasa dan madu lebah tualang! Tak perlu sibuk nak kawal itu ini. Jika dah sakit baru sibuk nak minum madu, kelebihan yang terkandung dalam madu tak akan berjaya mengatasi penyakit yang sedang dideritai tanpa melalui proses rawatan yang ampuh. Utamakan penjagaan kesihatan diri! Ambillah manfaat nasihat saya ini. Saya tiada kepentingan apa-apa. Muga-muga ini semua banyak kebaikan untuk anda dan kita sama-sama diberkati Allah. Wallahu a’lam.

Dikemaskini pada 7hb Dis 2016.

Ubat Kanser & Rawatan Kanser – Penawar Kanser Jom Sihat Tanpa Ubat

Ubat kanser dan rawatan kanser yang bertindak sebagai penawar kanser yang betul-betul boleh menyembuhkan penyakit kanser amat diperlukan oleh semua pesakit kanser. Rawatan kanser ada berbagai cara sesuai dengan kaedah perubatan yang dipilih. Dalam perubatan konvensional atau moden, rawatan penyakit kanser dilakukan melalui pembedahan jika perlu, ubat kimo dan terapi radiasi. Pusat rawatan Islam, alternatif dan tradisional pula mempunyai kaedah yang tersendiri juga dan perlu ulang hingga sihat.

Walaupun kaedah rawatan kanser dalam perubatan moden sudah begitu canggih dan berbagai ubat kanser telah dicipta, keluhan pesakit setelah rawatan banyak memberi gambaran yang negatif. Itu berdasar keluhan semua pesakit kanser yang bertukar arah dan ingin mendapatkan rawatan kanser di tempat kami. Menurut mereka, ubat kimo membawa banyak mudharat kepada kesihatan mereka. Mereka kecewa – badan makin tak bermaya dan duit habis beribu-ribu. Yang ada insuranspun mengeluh juga kerana bukan semua kos rawatan ditanggung oleh pihak insurans. Keluhan ini mendedahkan fakta bahawa rawatan perubatan moden masih belum menemui ubat penawar kanser yang menyihatkan.

Apa yang dikeluhkan oleh mereka itu banyak benarnya. Ianya sejajar dengan apa yang dikemukakan oleh beberapa pakar kimo dan penyelidik perubatan di negara asing iaitu ubat kimo bukan ubat kanser dan ubat kimo tidak memulihkan penyakit kanser. Kesimpulannya, ubat kimo bukanlah ubat penawar kanser yang membanggakan!.

Jika anda layari internet, ada beberapa ubat kanser alternatif kepada ubat kimo dan terapi radiasi. Antaranya sarang semut, biji aprikot, kunyit, keladi tikus, durian belanda, daun belalai gajah dan berbagai herba lain. Jika perubatan Islam, adalah tambahannya iaitu bacaan beberapa potongan ayat Al-Quran pada air, tempat sakit dan “bahan ubat” tertentu.

Sayangnya, bahan-bahan ubat kanser yang dikatakan sebagai penawar kanser itu tiada sokongan saintifik yang menunjukkan keberkesanan bahan itu terhadap penyakit kanser. Ada juga yang diwarwarkan bagus seperti transfer factor, vitamin B17 dan RxCrystal tetapi sungutan pengguna masih ada. Satu di antara sungutan tersebut sila klik ini: transfer factor dan vitamin B17. RxCrystal pula hanya dalam testimoni halaman penjual produk berkenaan – setakat dua akuan saja tentang kanser, rasanya berat nak percaya itu ubat penawar kanser!

Tidak diketahui pula, bila dah baik, perlu makan bahan ubat kanser itu terus ataunpun tidak. Jika makan terus, bermakna itu setakat bertahan saja. Yang bagusnya, saya syorkan supaya pesakit kanser cuba sendiri. Kemudian buat cerita benar macam dalam “transfer factor dan vitamin b17″ yang disebutkan di atas tadi. Jika betul, ramai pesakit kanser boleh mengambil manfaatnya – jadi ibadah juga dari segi Islam. Jika sebaliknya, sekurang-kurangnya dapat membantu pesakit lain berjimat – insya Allah besar ganjarannya di akhirat kelak!

Itu ubat kanser cara mereka. Mari tinjau pula cara kami…

Ubat Kanser & Rawatan Kanser – Penawar Kanser Cara Kami

Rawatan kanser cara kami pula setara dengan kaedah perubatan di hospital tetapi tanpa alat dan ubat yang nyata. Pesakit kanser tak perlu nampak tentang itu, Anggap saja macam menjalani pembedahan di hospital – tak sedarpun apa yang dibuat oleh pakar bedah tu.

Pesakit yang memerlukan rawatan kanser daripada kami, ada syarat yang mesti dipenuhi. Sebelum rawatan, pesakit mesti setuju dan akur tentang dua perkara berikut ini:-

  • datang mengulangi rawatan kansernya untuk tiga kali yang pertama paling jarak selang tiga hari – yang eloknya selang dua hari. Jika pesakit tak setuju, kami tolak sebab sel kanser membiak cepat dan selang masa antara rawatan yang lama tak akan berjaya menumpaskan semua sel kanser dalam badan pesakit, lebih-lebih lagi jika kansernya pada tahap empat.
  • bila dah rasa sihat dan cukup selesa, OK lah tu! Tak payahlah ambil kesah sangat tentang temujanji dengan doktor pakar lagi. Di antara pesakit kami, ada yang ke doktor ikut temujanji yang dijadualkan. Tiba di sana, doktor terus macam paksa buat kimo – semata-mata berdasarkan butiran terakhir yang tercatit dalam fail di sana, tanpa mengambilkira keadaan pesakit waktu tu dah segar! Beritanya – tak lama lepas kimo, innalillah… Subhanallah… kami kesal!

Aturan rawatan kanser yang menjadi penawar kanser cara kami ialah:-

  1. sedut keluar toksid dan lebihan ubat yang mendap dalam badan, termasuklah ubat kimo jika telah menjalani rawatan kimo. Pada rawatan pertama, kami hanya mampu menarik keluar sekitar 70% saja.
  2. cuba musnahkan sel kanser pada semua organ yang terjejas. 15 minit kemudian barulah kami cuba musnahkan saki baki sel kanser yang di seluruh badan. Inipun hanya sekitar 60% ke 70% saja sel barah yang dapat dimatikan.
  3. sedut semua sel yang mati 20 minit kemudian.
  4. tukar darah dan masuk air selama 20 minit.
  5. pulihkan semua organ terbabit dan sel dalam tulang belakang supaya wujud sel baru pengganti kepada ketulan sel kanser yang dimatikan. Juga agar hanya sel darah yang normal terbentuk kemudiannya.
  6. perbaiki peranan hati dan kawalan imunisasi.
  7. bekalkan ubat kanser dalam air.

Biasanya dengan izin Allah, datang kali ketiga keadaan pesakit nampak pulih dan keceriaanpun mula ketara berbanding waktu mula datang. Anda harus faham bahawa berubat dengan kami perlu ulang hingga sembuh. Jika tak pulih betul, nanti sel kanser akan merebak semula. Nanti rawatan kanser yang kami lakukan jadi sia-sia saja! Oleh itu, nak berubat, biarlah sampai sihat.

Rawatan dan ubat kanser daripada kami tak serupa dengan yang di tempat lain. Ramai pesakit kanser yang dah berjaya dipulihkan. Hampir semua mereka telah disahkan oleh doktor perubatan bahawa mereka berpenyakit kanser tahap empat. Jika anda juga berpenyakit kanser, jom sihat! Sila telefon kami untuk buat temujanji.

Kami sebagai perawat tidak menjanjikan apa-apa kepada pesakit kanser. Muga-muga dengan rahmat Allah, usaha kami merawat dan membekalkan ubat penawar kanser mendapat berkat dan pesakit sihat. Ingat, bila dah sihat, dirikanlah solat sunat syukur dua rakaat – paling kurang buat sujud syukur!

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2018 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·