Info

Punca Sakit Lutut & Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden

Punca Sakit Lutut   Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden300x250 Punca Sakit Lutut & Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden

punca sakit lutut & alternatif rawatan sakit lutut

Punca sakit lutut dan alternatif rawatan sakit lutut moden adalah keutamaan yang dicari-cari jawabannya oleh sebilangan besar penderita sakit lutut. Mereka ini bukan saja daripada gulungan pertengahan, malah sebilangan besar juga gulungan berada. Mereka cuba mengelak kaedah perubatan moden kerana terlalu mahal, ngeri dan menyakitkan. Yang alternatif memang jauh lebih murah, masalahnya nak cari yang benar-benar berkesan agak sukar.

Punca sakit lutut amat ingin diketahui oleh mereka yang mula merasai ada sedikit ketidakselesaan di bahagian lutut. Mereka ini sebenarnya mula sedar dan khuatir bahawa penyakit itu akan menyusahkan pergerakan harian mereka. Oleh itu, mereka betul-betul nak tahu puncanya supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk mengawal keadaan daripada terjadinya masalah yang bakal menyiksa diri mereka sendiri.

Pada mereka yang terlalu menderitakan sakit lutut pula, minat mereka lebih tertumpu kepada alternatif rawatan sakit lutut moden – mereka tertanya-tanya: betulkah ada perubatan yang sedemikian? Alternatif di sini bukan saja merujuk kepada yang Islam, ianya termasuk juga cara yang bukan Islam. Yakinlah bahawa alternatifnya ada tapi tak mudah ditemui perawat yang berkemampuan sebagaimana yang dihajati.

punca sakit lutut

Sakit lutut biasanya dihidapi oleh mereka yang dah berusia. Punca sakit lutut kerana usia ini tidak dapat dielakkan, melainkan mula berhati-hati sejak semasa muda lagi. Langkah utamanya ialah bila terjadi sesuatu yang menimbulkan rasa sakit di lutut, walaupun sikit saja sakitnya, cepat-cepat betulkan urat saraf yang berkaitan. Rawatannya mestilah dilakukan oleh perawat yang betul-betul mahir saja – bukannya oleh tukang urut biasa ataupun menelan sebarang ubat yang dikatakan bagus untuk sakit lutut. Jika tidak, urat saraf akan jadi tambah cedera pula. Yang dah memang sakit pula, tiada pilihan lain, melainkan menjalani rawatan sakit lutut samada cara hospital ataupun cara rawatan alternatif.

Selain faktor usia, orang muda juga ada yang mengalami sakit lutut. Ianya berpunca daripada kelasakan seharian mereka ataupun disebabkan oleh sesuatu kemalangan. Antara beberapa sebab lain yang menjadi punca sakit lutut, jika dikategorikan menurut cara mengatasinya, ada dua kategori iaitu:-

  • K1: boleh kawal
    1. berat badan
    2. paras toksik tinggi
    3. masalah tulang yang tak cukup zat
  • K2: tak boleh kawal, perlu baiki
    1. lutut terhantuk ke benda keras
    2. kesan terjatuh atau terhentak
    3. kesan menyepak sesuatu dengan kuat, misalnya menyepak bola
    4. kesan menelan berbagai ubat
    5. kesan gout (tinggi kandungan asid dalam badan)
    6. masalah tulang belakang di bahagian pinggang
    7. masalah urat saraf peha ke lutut dan lutut ke betis
    8. masalah cairan pelincir lutut
    9. tisu rawan pemegang tulang atas dan bawah lutut koyak atau rosak
    10. tulang lutut atas dan bawah haus kerana geseran akibat cairan pelincir lutut kian berkurang

Kesakitan lutut yang puncanya dalam kategori K1, boleh diatasi sendiri oleh pesakit – mampu tidaknya pesakit melaksanakannya, itu perkara kedua. Yang dalam kategori K2 pula, tiada jalan untuk penderitanya mengatasi sendiri, mahu tak mahu mesti mendapatkan rawatan pakar!

alternatif rawatan sakit lutut

Rawatan sakit lutut yang alternatif kepada kaedah rawatan moden ada berbagai, tergantung kepada kecenderungan tradisi dan corak rawatan perawatnya. Antaranya:-

  • bomoh – mentera dan ramuan ubatnya
  • tradisional – berbagai ramuan herba, urut atau bekam
  • ustaz – bacaan ayat-ayat suci Qur-an pada air dan ramuan tertentu
  • tabib cina – akupuntur, urut dan berbagai ramuan herba daripada Cina
  • tradisional India – berbagai ramuan herba
  • berbagai produk berjenama di pasaran termasuk yang cara jualan langsung melalui ejen – ada yang mengkategorikan produk yang begini sebagai produk tradisional juga. Yang jelas, ianya produk komersil yang cuba menyaingi ubat tradisional dan ubat farmasi

Ramuan yang dijadikan ubat sakit lutut secara amnya perlu ditelan, kebanyakannya harus disapu atau param. Sesetengah ubat pula memang sengaja di campurkan bahan bersteriod. Tujuannya supaya cepat hilang rasa sakitnya. Bila tak guna, sakit semula. Untuk makluman, bahaya steroid pula ialah tulang boleh reput, mudah kena jangkitan kerana ianya melemahkan daya tahan badan, berat badan bertambah, tekanan darah meninggi, paras gula dalam darah kian tinggi, masalah kulit, otot jadi lemah dan berbagai lagi.

Sakit lutut yang selain akibat kemalangan, boleh dikategorikan pada tahap teruk bila:-

  • tisu rawan (ligament) koyak atau rosak
  • cairan pelincir lutut makin sedikit
  • tempurung lutut retak atau pecah
  • tulang lutut retak atau pecah
  • tulang lutut atas dan bawah bergesir dan terhakis akibat kian menyusutnya cairan pelincir lutut

Terlalu jarang kita dengar penderita sakit lutut yang lututnya pada tahap teruk seperti yang terkelas di atas itu sembuh dengan cara alternatif, melainkan mereka terus menerus menelan ubat. Jika begitu, serupalah dengan perubatan moden! Cuma bezanya, cara alternatif tiada pembedahan yang menyakitkan sebagaimana kaedah perubatan moden. Oleh kerana tempat berubat cara alternatif yang berkesan sukar dikenalpasti, itu jugalah sebabnya ramai penderita sakit lutut pada tahap teruk memilih jalan mudah melakukan rawatan dan pembedahan di hospital saja walaupun mereka tahu di sanapun belum tentu sembuh sepenuhnya. Ada juga yang bertaguk dengan ubat farmasi dan ubat tradisional kerana mereka sedar ke hospitalpun setakat bertahan saja.

Ada seorang pesakit yang datang ke kami setelah sekitar setahun menjalani pembedahan tukar tempurung lutut dengan tempurung lutut buatan plastik. Cairan lututnya yang sentiasa berbau meleleh keluar di bahagian bawah lutut menghala ke tulang kering. Menurutnya, setelah hampir jemu berkunjung dalam keadaan sakit ke doktor pakar yang melakukan pembedahan itu, doktor itu enggan melakukan apa-apa tindakan susulan dan juga tidak memberinya sebarang ubat. Malah katanya, doktor tu asyik mendesak supaya melakukan pembedahan untuk lutut yang satu lagi pula. Kesian dia!

rawatan sakit lutut cara kami

Untuk makluman anda yang berminat, kaedah rawatan sakit lutut yang kami lakukan adalah cara perubatan islam. Kami mengambilkira punca sakit lutut. Kami betulkan dulu masalah urat saraf dari tulang belakang di bahagian pinggang ke peha hingga lutut dan yang daripada lutut ke paras betis. Kemudian jika masalah cairan pelincir, kami akan cuba tambah cairannya dengan izin Allah. Jika masalah tisu rawan, kami akan cuba baikinya. Begitu jugalah dengan masalah tempurung lutut. Untuk tulang lutut yang terhakis pula, kami cuba baiki tulang berkenaan dan tambah cairan pelincirnya. Yang ini kritikal dan perlu ulang 4 5 kali dalam masa kurang daripada 3 minggu. Untuk sakit lutut biasa (iaitu sakit yang tidak termasuk dalam kategori teruk) biasanya 2 3 kali rawatan sembuh – dah baik tu, jimat-jimatlah sikit, tak usahlah lasak sangat! Namun begitu, kami tidak menjanjikan apa-apa. Harapan kami semuga ada rahmat Allah untuk pesakit yang kami ikhtiar rawat. Walau bagaimanapun, jika keadaan pergeseran tulangnya terlalu teruk ataupun telah menjalani pembedahan, kami tak boleh bantu.

Ramai yang kami ikhtiar rawat sembuh dan boleh beribadah dalam keadaan yang sempurna. Ada juga di antaranya yang datang berpapah-papah, sebaik lepas rawatan, boleh berdiri tegak walaupun nak berjalan agak lambat. Ada juga yang datang berpimpim kiri kanan serta terbongkok-bongkok bertongkat, waktu nak pulang, dia yang jalan dulu ke kereta – mereka yang memimpim dia tadi saling berpandangan, tak percayakan apa yang sedang mereka saksilkan! Itu Rahmat Allah untuk dia! Jika anda berhajat nak berubat, silalah telifon saya antara 10 pagi ke 9 malam (sila klik atau sentuh kalimat bergaris itu).

Semuga kunjungan anda ke halaman ini mencerahkan lagi pengetahuan anda tentang punca sakit lutut dan alternatif rawatan sakit lutut moden.

 

Khasiat Madu Kelulut – boleh rawat kanser, gastrik & pijar ulu hati?

Khasiat madu kelulut diwarwarkan untuk mengatasi berbagai masalah kesihatan. Dengan kata lain, kelebihan madu kelulut ialah ianya boleh digunakan untuk merawat penyakit. Dakwaan itu berdasarkan kajian yang dibuat di negara kita (anda boleh layari maklumatnya di internet). Bunyinya sungguh meyakinkan! Jika semua itu benar, tak perlulah kita sibuk mencari ubat-ubatan selain madu kelulut. Seandainya itu suatu fakta, ianya tentu juga amat membantu untuk pemulihan penyakit gasrik dan pijar ulu hati serta kanser.

Jom kita tinjau bersama kebaikan madu kelulut, jika ada, untuk tiga jenis penyakit tersebut tadi. Ini perlu sebab harga madu kelulut mahal berbanding dengan madu lebah biasa – 600 gm harganya RM180 sedangkan madu lebah biasa hanya RM120. Itu harga lebih kurang 6 bulan lepas. Tak tahulah pula jika sekarang harganya turun kerana ramai yang sedang menternak lebah jenis ini.

Antara berbagai kajian di negara kita, yang menarik perhatian saya ialah madu kelulut mengandungi bahan anti-kanser. Sayangnya tidak dipaparkan maklumat kajian secara terperinci tentang:-

  1. bilangan pesakit yang dirawat dengan madu kelulut (semua mereka itu semestinya yang telah dikenalpasti tidak pernah merawat penyakit mereka dengan sebarang ubat-ubatan sebelumnya)
  2. tahap kanser yang mereka deritai
  3. bilangan mereka yang sembuh setelah dirawat sekian lama dengan madu kelulut.
  4. isipadu madu kelulut setiap dos dan bilangan dos setiap hari
  5. bilangan ketulan kanser dan saiz setiap satunya – dos kanser esofagus (otot gegelang penutup di hujung saluran makanan dengan pangkal perut) bersaiz 3 sm misalnya, tak sama dengan dos untuk seorang pengidap kanser di perapu dan hati yang setiap satunya bersaiz 3 sm juga misalnya

Tanpa maklumat yang tersebut itu, apa bezanya dengan cerita dongeng? Lainlah halnya jika orang yang membuat pernyataan itu memang terlibat secara langsung dalam bidang pengubatan – itupun jika dia bukan penjual madu jenis ini. Jika kajian hanya dilakukan pada tikus, sebagaimana berbagai kajian yang pihak di luar negara laksanakan untuk perkara lain, kesimpulan kajian tidak semestinya boleh diterima pakai untuk kita manusia.

Kita ambil suatu contoh tentang kesesuaian madu kelulut untuk menyembuh penyakit kencing manis pada tikus. Setelah kajian, didapati paras gula dalam badan tikus turun ke paras normal misalnya. Bolehkah kita yakini bahawa perkara itu juga benar bila dilaksanakan pada pesakit kencing manis? Meragukan! Sebabnya ialah bahan makanan yang dimakan oleh tikus terhad. Tikus tak minum ABC berais krim macam kita – itu banyak gula. Kita pula, makan segala macam yang tikus tak makanpun. Lagipun, tikus disuntik supaya berkencing manis, bukannya semula jadi – walaupun pancreas cuba dihentikan peranannya, ianya masih mampu mengeluarkan insulin. Oleh itu, kita sebagai pengguna harus bertindak wajar dan bersikap tidak cepat percaya! Harga madu kelulut mahal! Lainlah halnya jika hasil kajian didasarkan pada manusia – itu kita tak komen! Lagipun sekarang ni ramai pesakit kencing manis berbagai tahap. Bila-bila masa boleh buat kajian – mereka semuanya risau dan takut sampai ke tahap kena buat dialisis.

Mari kita hayati pengakuan dua orang pesakit yang berbeza, mereka telah merawat penyakit mereka dengan madu kelulut asli. Kita perlu berhati-hati sebab harganya mahal. Kita tak mahu; setelah mengorbankan sekian banyak duit untuk sihat kononnya; kerananya pula kita yang menderita.

Saya tak pernah minum madu jenis ini sebelumnya. Kebetulan pula hampir dua minggu lalu, seorang pesakit kanser payudara tahap empat datang berubat. Dia pernah kena kimo sekali dan serik. Rupa-rupanya dia pernah minum madu kelulut untuk merawat penyakitnya atas usul seseorang yang mengaku arif tentang khasiat madu kelulut. Dalam masa percubaan itu, dia merasakan makin hari makin berat pula rasa sakitnya, lalu dia berhenti minum madu itu. Waktu dia bercerita, terlintas di fikiran saya bahawa madu jenis ini mesti kandungan asidnya agak tinggi. Saya bertanyakan rasanya – manis-manis masam jawabannya. Sahlah dugaan saya benar sebab sel kanser memang rancak membiak dalam suasana badan yang kepekatan asidnya tinggi – itu yang tambah sakit jadinya..

kelulutGastrik Khasiat Madu Kelulut   boleh rawat kanser, gastrik & pijar ulu hati?

Madu Kelulut ~ gastrik kian teruk

Kebetulan pula seminggu kemudian seorang dari Sabah bertanya melalui whatsApp tentang kesesuian madu kelulut untuk merawat gastrik & pijar ulu hati. Menurut katanya, dia dah dua minggu minum madu kelulut dan ternyata gastrik dan angin gastrik tambah teruk (rujuk gambar salinannya). Dia kian menderita disebabkan oleh asid pencernaan dalam darah dah memang agak tinggi kepekatannya, ditambah pula dengan asid madu kelulut – tambah pekatlah kandungan asid dalam badan. Itulah yang jadi tambah teruk sakitnya!

Madu kelulut rasanya manis-manis masam – jelasnya, terlalu masam dan manisnya sikit saja. Fakta yang harus disemai dalam kesedaran diri kita ialah segala sesuatu yang masam, kandungan asidnya tinggi. Bahaya jika tak berhati-hati. Setelah masa berlalu, berbagai penyakit wujud. Ketahuilah bahawa semua penyakit amat berkait erat dengan tingginya kepekatan asid dalam badan! Oleh itu, penderita gastrik & pijar ulu hati serta kanser hendaklah jauhi pengambilan madu kelulut. Untuk tau pH madu kelulut, sila uji sendiri. Mudah saja, beli kertas atau cairan penguji pH di farmasi.

Anda mungkin mempersoalkan – hanya penderitaan dua orang, tak cukup bukti. Sebenarnya begini: untuk menyangkal sesuatu fakta yang umumnya kata positif, memadai ditonjolkan satu fakta negatif yang kukuh. Dalam hal ini, pengakuan penderitaan sebenar dua orang pesakit yang berlainan penyakit menguatkan hujah bahawa khasiat madu kelulut yang diwarwarkan tak semuanya benar di alam nyata. Hanya berdasarkan teori semata-mata tak memadai sebab banyak faktor harus diambilkira kerana berkaitan dengan kita manusia.

Saya bukan bermaksud untuk menyangkal kelebihan madu kelulut. Khasiat madu kelulut memang tidak diragui. Kelulut juga jenis lebah dan madu lebah mengandungi bahan sumber tenaga dan juga bertindak sebagai ubat untuk kebaikan peminumnya – ini Pencipta kita yang tegaskan (sila rujuk Al Quran surah An Nahl ayat 69). Namun, dalam hal ini, madu kelulut tidak sesuai diminum oleh pesakit kanser, gastrik dan pijar ulu hati. Jika anda mengidap satu di antara penyakit itu, hati-hatilah supaya tidak cepat terpengaruh dengan usul penjual atau orang yang mengaku arif tentang pengubatan penyakit tersebut tadi dengan madu kelulut tetapi tak pernah terlibat dalam pengubatan. Anda yang akan merasa sakitnya, mereka lepas tangan dan tak ambil kisahpun! Waktu itu nanti, anda akan menidakkan kebaikan madu kelulut.

Kita sepatutnya bertindak positif bukannya leka dengan petua itu petua ini. Semestinya kita minum madu bila rasa penat bekerja. Lepas minum teruskan kerja. Barulah kita menjadi seorang yang produktif kerana bertenaga dalam segala urusan semasa. Beribadahpun jadi lebih fokus dan khusu’ sebab segar. Khasiat madu kelulut yang lainnya ikut menyusul yakni akan dinikmati secara tak langsung dengan cara ini. Begitu jugalah halnya dengan madu lebah biasa dan madu lebah tualang! Tak perlu sibuk nak kawal itu ini. Jika dah sakit baru sibuk nak minum madu, kelebihan yang terkandung dalam madu tak akan berjaya mengatasi penyakit yang sedang dideritai tanpa melalui proses rawatan yang ampuh. Utamakan penjagaan kesihatan diri! Ambillah manfaat nasihat saya ini. Saya tiada kepentingan apa-apa. Muga-muga ini semua banyak kebaikan untuk anda dan kita sama-sama diberkati Allah. Wallahu a’lam.

Dikemaskini pada 7hb Dis 2016.

Khasiat Madu Lebah Asli & Kepentingan Kesihatan Diri Peminumnya

Khasiat madu lebah asli memang tidak boleh disangkal – bagus dan menakjubkan dari segi kepentingan kesihatan diri peminumnya. Fakta ini bersesuaian dengan yang ditegaskan dalam Quran (surah An Nahl ayat 69) bahawa madu lebah mengandungi penawar (iaitu banyak kebaikan) untuk manusia. Madu lebah asli dalam hal ini ialah madu tulen bukannya tiruan atau yang telah diproses, dipanas atau dicampur dengan sesuatu. Khasiat madu lebah menjadi rosak jika diproses pada suhu melebihi 40.5C ataupun dipanas dalam oven microwave (itu haba radioaktif). Madu berada dalam keadaan yang stabil pada suhu sekitar 35C – yang inilah yang mempunyai kepentingan kesihatan diri kepada peminumnya.

Selain daripada madu lebah biasa, ada dua jenis lagi iaitu madu kelulut dan madu lebah tualang. Jika ditanya kepada penjual madu, macam-macam cerita. Bagi kita, mana-mana jenispun, madu juga dan khasiatnya lebih kurang saja – madu lebah tualang ada kelebihan tertentu berbanding dengan madu lebah biasa; begitu jugalah halnya dengan madu kelulut. Yang penting bagi kita, lepas minum madu, badan jadi lebih cergas dan sihat – bolehlah menjalankan tugas harian dan tumpuan beribadah jadi lebih sempurna berbanding dengan tanpa minum madu. Perhatian: berhati-hati beli madu lebah tualang, ianya mudah ditiru dari segi rasa dan warna!

Kita dihujani dengan berbagai petua dan cara untuk menikmati khasiat madu lebah. Ada yang kata elok diamalkan minum madu lebah waktu awal pagi dan hendak tidur malam. Ada juga yang kata minum madu sebelum sarapan atau makan malam. Ada pula yang kata elok selepas sarapan dan makan siang serta malam. Yang lain pula, minum madu hendaklah yang dicampur dengan satu dua bahan lain seperti putih telur, telur ayam, telur itek, cuka epal, cuka kurma, cuka nipah, kunyit, habbatus sauda, minyak habbatus sauda, lada hitam, lada putih, lemon, limau nipis, limau kasturi, halia, temu lawak, jintan hitam, bawang putih, bawang merah dan berbagai lagi…

Oleh kerana macam-macam petua, kita perlu ada pengetahuan asas tentang madu lebah asli dan kepentingan kesihatan diri. Kita sama-sama tahu bahawa sebelum jus delima, cuka kurma dan habbatus sauda dihebahkan di negara kita, tak ada pula petua minumnya dengan madu. Dengan kata lain, itu semua meragukan dan jelas rekaan penjual semata-mata! Habbatus sauda misalnya, memang elok – ada hadis. Persoalannya ialah adakah hadis tu menegaskan supaya dicampur dengan madu? Tiada fakta penyelidikan yang boleh dijadikan sandaran tentang dakwaan sedemikian.

Madu yang dicampur dengan bahan-bahan lain tak banyak sikit kandungan sebatiannya mesti bertindakbalas antara satu dengan yang lain. Peminum akan mengalami kesan negatif terhadap kesihatan diri setelah sekian lama masa berlalu – bahaya terhadap kesihatan dan kesannya akan ketara kemudian, bukan segera. Masa tu nanti, barulah sibuk nak cari ubat pula. Pada hal, madu lebah asli dah terjamin mempunyai banyak manfaat untuk kepentingan kesihatan kita – tak perlu syak dan ragu-ragu, itu Pencipta kita yang bagitau. Satu contoh tentang tindakbalas antara sebatian bahan yang menimbulkan kesan yang begitu segera ialah sewaktu perut agak kosong, cuba makan semangkuk tapai pulut, lepas itu minum secawan kopi pekat atau kopi 3in1, dalam masa kurang daripada setengah jam kemudian makan pula durian kampong sebiji dua sekali gus. Anda boleh cuba jika nak tau apa yang akan terjadi…

Madu sebenarnya sumber tenaga yang mengandungi berbagai vitamin, mineral dan enzim yang telah diselidiki berperanan untuk membagus sistem pelalian (immune system) dan juga melancarkan fungsi anti-oksidan dalam darah. Madu diserap terus tanpa melalui sistem penghadaman. Itu jugalah sebabnya kita cepat rasa cergas sebaik saja minum madu. Rujukan ini memperincikan manfaat madu (sila sentuh!). Perlukah kita mencampur madu dengan bahan lain, sedangkan segala yang diperlukan oleh badan kita untuk sihat dan cergas serta cerdas ada dalam madu?

Kita tidak nafikan madu yang dicampur dengan itu ini tu ada manfaat yang tertentu tetapi itu semua di luar keperluan dan kepentingan kesihatan harian kita. Bagi kita yang mementingkan kesihatan diri, minumlah madu tanpa campuran apa-apa, hanya dengan air memadai jika perlu – itupun dibancuh hingga sebati dulu baru minum. Hindari minum madu waktu bangun pagi (perut kosong), kesihatan diri akan cepat pudar, terutamanya jika anda ada masalah asid perut. Kebaikan dan khasiat madu lebah asli berbanding dengan yang telah diproses tersenarai secara ringkas dalam gambar carta ini:-.

raw vs processed Honey Khasiat Madu Lebah Asli & Kepentingan Kesihatan Diri Peminumnya

kepentingan kesihatan – khasiat madu lebah asli berbanding dengan yang terproses

Kita mesti berwaspada sebab Allah tidak berfirman madu banyak kebaikan untuk manusia jika diminum bercampur itu ini. Oleh itu, untuk memperolehi khasiat madu lebah asli yang sempurna, minumlah tanpa campuran apa-apa. Jika terasa letih, cepat-cepat minum madu satu atau dua sudu – anda akan cepat rasa segar kembali. Bolehlah anda menjalankan kerja semasa tanpa perlu berehat dalam masa yang agak lama. Janganlah pula anda tidur sebaik minum madu – sia-sia saja jadinya. Perhatian – jangan minum lebih daripada 9 sudu dalam sehari semalam, tubuh kita tidak memerlukan sebanyak itu! Jika anda ada masalah asid perut, amalkan minum sesudu atau dua madu yang hanya dibancuh dengan air suam hingga larut sekitar 40 minit lepas sarapan dan makan malam – jika nak, boleh juga selepas makan tengahari . Insya Allah anda akan berasa segar dan sihat selalu. Anda tak perlu risau tentang kandungan gula dalam darah. Madu lebah asli BUKAN GULA berbahaya! Yang masalahnya madu yang dipelbagai – tak tulen, kandungan gulanya tinggi dan berbagai mineralnyapun terjejas.

Kepentingan kesihatan diri anda patut diutamakan berbanding dengan perkara lain. Ambillah manfaat daripada khasiat madu lebah asli. Kurangkanlah pengambilan sebarang ubat sebab ubat, walaupun suppliment dan vitamin ataupun herba, akan berlawanan dengan keperluan dan kepentingan kesihatan diri anda, semuanya akan mendorong kepada kerosakan buah pinggang, cuma tak segera dirasai. Bila sampai pada tahap buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, anda akan terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu – akan susah dan banyak menderita kelak! Kegiatan harian dan ibadah akan amat terhad. Waktu tu barulah menyesal, terutamanya bila melihat orang lain boleh ke mana-mana sesuka hati, sedangkan anda pula asyik menderita akibat mengabaikan kepentingan kesihatan diri.

Dikemaskini pada 7hb Dis 2016.

Kenapa Perut Kembung – Perut Masuk Angin Puncanya?

Kenapa perut kembung – soalan daripada mereka yang tertanya-tanya tentang punca perut kembung dan angin pasang. Perut masuk angin puncanya ataupun sesuatu yang berkaitan dengan pedih perut atau sakit gastrik? Apakah perut kembung hanya dideritai oleh mereka yang ada penyakit gastrik? Jika anda layari internet, berbagai pendapat dan petua diluahkan. Mari kita fikir sejenak – betulkah itu? Mari ketahui bersama saya kenapa perut kembung – semua yang dipaparkan nanti berdasarkan pengalaman perubatan yang kami lalui. Ini fakta kesihatan sebenar bukannya teori atau kaedah teka-teka tanpa alasan.

Nyatanya, ada sesetengah orang yang susah buang air besar. Ada yang sampai 2 3 hari sekali dan ada juga yang hingga seminggu sekali. Bila ditanya, rupa-rupanya mereka tak tahu itu tak normal. Keadaan itu ada kaitannya dengan sembelit dan seterusnya akan mengakibatkan buasir. Kita sepatutnya sehari sekali – 2 kali lebih baik; kerana buangan itu bila lebih masa akan mewujudkan gas. Itulah yang menyebabkan perut kembung dan kemudian perut beransur buncit. Sebaiknya, cubalah atur sekali pagi dan sekali lepas makan malam. Insya Allah, masalah kembung perut akan berkurangan.

Untuk mereka yang sistem buangan elok teratur setiap hari, kembung perut terbahagi kepada dua iaitu tersegah di bahagian pusat ke atas dan satu lagi yang di bahagian pusat ke ari-ari. Kembung yang di bahagian atas pusat ada kaitannya dengan angin gastrik dan dirujuk juga sebagai perut masuk angin ataupun angin medu. Terjadinya kerana perut kerap terbiar kosong. Jelasnya kerana tak makan ketika mula terasa lapar – leka dengan kerja semasa ataupun waktu itu tiada apa yang hendak dimakan, paling-paling minum air dengan sekeping dua biskut atau roti. Bila selalu begitu, dinding perut bahagian dalam mula calar dan seterusnya calar-calar menjadi luka-luka besar dan ulser perut. Ini beransur-ansur mengganggu sistem penghadaman. Rasa senak ulu hati atau pedih perut muncul. Sakit angin perut jadi kian terasa dan makin berat. Kemudiannya, sampai pada tahap kembung dan sakit terus menerus walaupun makan kenyang. Ini juga biasanya dikaitkan dengan istilah salah makan. Kembung perut biasanya menggangu fikiran dan kesihatan diri – cepat mengelabah dan kerap rasa cemas. Jika berterusan, mungkin terpaksa menjalani pembedahan. Elakkan itu terjadi pada diri anda!

Kembung perut yang di bahagian pusat ke bawah pula terjadinya bukan kerana gastrik atau sakit ulu hati rasa pijar naik ke atas. Perkara ini amat membimbangkan kerana ada sejumlah pesakit kami yang bercerita bahawa pihak hospital tak dapat mengesan puncanya dan kerana itu tiada rawatan yang tepat diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu jugalah ramai yang menjalani rawatan kesihatan penyakit ini di tempat kami.

Ada dua keadaan yang menyebabkan terjadinya sakit di bahagian bawah perut (perut kembung di bahagian pusat ke ari-ari) iaitu:-

  1. otot gegelang yang berfungsi sebagai injap di sempadan bahagian dalam hujung perut ke usus kecil agak kendur dan terbuka halus. Sepatutnya ia sentiasa tertutup rapat sehingga proses penghadaman sempurna iaitu setelah lebih kurang 3.5 jam lepas makan. Oleh kerana ianya renggang, asid penghadaman meleleh keluar melaluinya sebelum masanya
  2. perut mengeluarkan asid penghadaman terlalu berlebihan – kesan daripada banyaknya saraf yang rosak di dinding perut bahagian dalam. Rosak kerana kerap terbiar lapar melebihi setengah jam – asid sikit-sikit mencalari dinding tersebut dan lama kelamaan makin membesar calarnya. Saraf yang banyak terputus itu mengakibatkan arahan daripada hati ke perut tentang isipadu asid yang patut dikeluarkan ketika itu tak terterima oleh perut. Asid berlebihan itulah yang menyebabkan penghadaman jadi cepat – ada yang lepas makan kenyang, tak sampai setengah jam dah lapar semula

Asid yang masih pekat itu tersalur ke usus kecil. Oleh sebab itu, sewaktu melalui usus, ianya sempat bertindak balas dengan apa yang ada dalam usus ketika itu. Terbentuklah gas atau angin perut. Keadaan kembung yang ini amat tak selesa dirasai.

Kesannya, lama kelamaan, usus makin tegang dan gemuk. Perut rasa ketat, makin membesar dan buncit. Kesan selanjutnya, bila perut dah ketat, usus kecil yang di hujung boleh tertekan ke rongga tulang bawah ari-ari dan timbullah penyakit angin pasang pula – inilah punca angin pasang.

Yang bahayanya, hakisan asid itu juga boleh mengakibat usus kecil bocor. Bila ini terjadi, anda terpaksa menjalani pembedahan untuk kerat dan buang bahagian usus yang bocor itu.

Semuga anda faham keadaan sebenar kenapa perut kembung, perut masuk angin dan punca perut kembung serta kesan sampingannya. Kami dah berjaya merawat ramai penderita penyakit kembung perut. Rawatan paling kurang 2 kali biasanya tapi kami tak berani nak janji 2 kali sihat. Eloknya, berubatlah sampai sembuh – jika tidak, penyakitnya akan berulang. Jika 2 kali sembuh, anda harus bersyukur banyak-banyak kepada Allah atas rahmatNya. Bila dah sihat, hidup ceria dan ibadahpun boleh dilakukan dengan lebih sempurna, insya Allah!

Sila hubungi kami melalui telifon jika berhajat nak berubat!

 

Dikemaskini pada 12hb Dis 2016.

 

 

Alternatif Perubatan Moden

Tahukah anda bahawa rawatan kesihatan perubatan islam ada yang alternatif kepada perubatan moden? Mari selami secara ringkas tentang perubatan moden – kebanyakan ubatnya mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan penggunanya. Perubatan alternatif juga banyak yang memudharatkan kesihatan. Jika ada kaedah perubatan yang membekalkan ubat tetapi tiada kesan sampingan, rasanya eloklah anda beralih ke perubatan yang sedemikian. Untuk mengetahui lebih lanjut sila sentuh atau klik ini: alternatif perubatan moden .

 

17 Ciri Perawat Islam – Perawat Islam penentu Perubatan Islam

Ciri perawat islam adalah asas untuk mengenali sesuatu perubatan itu sesunggguhnya perubatan islam ataupun pengubatan yang bercampur baur dengan perkara lain. Oleh itu, ciri perawat islam amat perlu diketahui oleh pesakit yang hendak mencari tempat berubat cara islam. Punca ramai yang terjebak dengan pengubatan yang bertopengkan islam ialah kerana pesakit dan pembawanya tak tahu ataupun kabur tentang perubatan islam yang sebenar. Memang ramai yang sembuh berubat di tempat yang demikian, malangnya setelah masa berlalu, banyak masalah lain timbul kerana adanya peranan jin. Kini, banyak pusat rawatan alternatif dan tradisional islam yang wujud. Jika anda google “perubatan islam”, anda akan dapati ada lebih setengah juta halaman sesawang yang akan muncul. Ini ertinya begitu ramai perawat yang mengakui bahawa kaedah rawatan mereka adalah perubatan islam. Mereka juga mungkin tanpa sedar sedang melaksanakan pengubatan yang menyimpang daripada landasan islam. Mahu tak mahu, kita perlu tapis!

Mari kita perhatikan beberapa perkara supaya jelas dan yakin bahawa perubatan yang sedang dan akan anda setujui untuk berubat jelas benar berlandaskan syariat islam. Perubatan islam dalam hal ini merujuk kepada kaedah rawatan seseorang perawat islam yang berteraskan Al-Quran dan sunnah, tiada unsur dan pengaruh jin sama sekali. Ini bermakna perkara yang mesti kita ambil berat ialah pelaksanaan pengubatan oleh perawat sebab mujarabnya sesuatu perubatan islam hanya jika perawatnya seorang yang taat dan takut serta merendah diri kepada Allah. Yang lainnya adalah mereka yang berpendamping iaitu menggunakan khidmat jin walaupun mereka bersandar kepada ayat-ayat Al-Quran. Ini kerana mereka yang kurang taat dan tak takut kepada Allah tidak memenuhi syarat doa diterima. Kaedah berdoa yang akan mujarab boleh anda rujuk dalam ayat 55 surah Al-A’raf. Jika doa atau permintaan tertolak, berhasilnya sesuatu pengubatan oleh perawat tak lain tak bukan ialah kerana adanya peranan jin dan syaitan. Ciri perawat islam yang ini bukanlah mudah untuk diselami sebab ini berkaitan dengan tahap keimanan perawat.

Untuk membantu anda, ini ada sejumlah ciri perawat islam yang patut anda jadikan perkara asas dalam membuat penilaian. Semasa hendak mendapatkan rawatan, perhatikan samada perawat memiliki semua perkara berikut ini ataupun sebaliknya:-

  1. berdoa sebelum mula – ini ciri utama jika perawat seorang yang taat kepada perintah Allah. Dia berdoa dengan suara lembut. Itu tanda dia merendah diri minta rahmat Allah. Kekuatan apa yang perawat ada tanpa keredhoan Allah. Jika perawat tak berdoa waktu nak memulai rawatan, bermakna ada kuasa sampingan yang menunaikan hajat perawat itu, walaupun dia terus memulai dengan membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Saya pernah jumpa seorang pengamal Ayatul Kursi yang bersikap terlalu baran dan cepat melenting – sepatutnya bukan begitu!
  2. sepanjang sesi rawatan, hanya kedengaran ungkapan yang berkaitan dengan nama Allah dan ayat suci Al-Quran serta doa. Bahasa kita hanya kedengaran mungkin waktu dia berdoa dan waktu dia berdialog serta mencerca jin yang di dalam badan pesakit – itupun jika ada.
  3. tidak menggunakan al-Quran sebagai alat untuk mengetahui sesuatu. Contohnya, al-Quran (biasanya kecil) diikat ataupun digantung kepada satu bekas yang ada bibir seperti labu. Dua orang mengangkat pada bibir bekas itu dengan menggunakan jari telunjuk yang berkeadaan bengkok. Perawat akan menanyakan soalan sambil memberi arahan jika betul supaya al-Quran dipusingkan ke kiri misalnya. Ungkapan seumpama itu 100% tak layak diucapkan oleh orang yang beriman. Apa mertabat perawat sebenarnya – itu kan mempermainkan al-Quran sambil menyebut nama Allah!
  4. tidak menyatakan bahawa dia tahu tujuan anda datang ataupun penyakit yang sedang anda hidapi, begitu ataupun begini, sebelum anda membuka mulut ataupun bercerita apa-apa kepadanya. Perawat yang begitu patut anda jauhi sama sekali. Cuba fikir, macam mana dia boleh tahu? Lainlah halnya jika dia imbas diri anda terlebih dulu baru dia bercerita – itupun mesti anda bandingkan, sesuai atau tidak dengan apa yang anda deritai.
  5. mesti dalam keadaan sedar dan waras bukannya “menurun”. Jika pesakit yang tak sedar ketika rawatan, itu boleh saja terjadi – yang pentingnya bukan perawat yang tak sedar.
  6. tidak meminta asam, garam, jarum atau duit syiling sebagai pengeras ataupun samada sirih, pinang, mayang, pisang, bertih, tepung pengalin, telur, ayam atau kambing sebagai syarat berubat.
  7. tidak kasar dan bermegah diri ataupun sombong dan angkuh – berkasar dan tegas terhadap jin dan syaitan memang wajar sebab mereka derhaka kepada Allah dan tentunya mereka juga musuh kita. Oleh kerana itu, perawat mesti berkasar terhadap mereka tetapi berlembut sesama kita.
  8. mendirikan solat bila masuk waktu – perhatikan perawat dan pembantunya (jika ada) semasa masuk waktu solat, jika mereka jenis orang yang solat, mereka secara bergilir akan pergi mengerjakan solat.
  9. berpakaian sopan dan menutup aurat – menutup aurat saja tidak memadai sebab lelaki yang menutup aurat tetapi tidak memakai baju adalah tidak sopan sebagai perawat.
  10. menjaga aurat sewaktu merawat – perawat tidak menyentuh pesakit yang bukan mahram sesuka hati. Ada juga perawat yang memakai sarung tangan – itu cukup bagus! Malangnya, pesakit pula yang tak menutup aurat – ini juga mengundang pengaruh jin dan syaitan. Tidak menutup aurat bermakna ingkar perintah Allah.
  11. ada air sembahyang – ada masanya kita boleh nampak kesan baru ambil wudhu. Tanpa wudhu, apalah kekuatan yang perawat ada. Yang jelas, perawat akan sentiasa terdedah kepada pengaruh jin dan syaitan.
  12. tidak merokok – perokok sentiasa didampingi oleh jin sebab asap adalah makanan jin selain daripada tulang, lagipun merokok hukumnya haram bukan makruh seperti mana yang kebanyakan kita fahami. Perkara utamanya ialah mulut dan nafas perokok baunya busuk – ini memikat jin menjadi kawan karib yang terdekat. Itu jugalah puncanya terdapat ramai perokok yang terlalu panas baran. Bila berbicara tentang perkara ugama, suara dia akan makin meninggi dan berlagak hebat. Itu kan telatah iblis!
  13. tidak menggunakan asapan seperti kemenyan dan colok – itu alat pemanggil jin ataupun pendamping. Asapan daripada daun yang wangi bertujuan untuk memerangkap jin tidak sama seperti peranan colok dan kemenyan kerana jin benci bau wangi.
  14. tidak mengguna sebarang alat lama seperti besi, batu cincin ataupun barang peninggalan datuk nenek – awas, itu semua ada jin dalamnya.
  15. tidak meninggikan suara sewaktu menyebut nama Allah – biasa kita lihat perawat di siaran TV melaungkan perkataan Allah atau Allahu Akbar dengan nada tinggi dan kasar, malah ada juga yang terpekik-pekik. Perawat yang begitu, positif ada jin dalam badannya! Perawat islam sepatutnya sentiasa takut kepada Allah. Dengan sebab itu, dia tak akan berani nak menyebut nama Allah dengan nada tinggi – itu ‘kan mendehaka namanya, sama macam jin dan syaitan! Elakkanlah berubat ke tempat yang begitu!
  16. merawat secara terbuka, sesiapapun boleh tengok – bukannya perawat dan pesakit saja yang di dalam bilik khas, lebih-lebih lagi jika perawat lelaki dan pesakitnya perempuan. Rawatan kesihatan dengan cara berurut tanpa sarung tangan juga mendekatkan anda kepada kemurkaan Allah sebab masalah aurat (dosa) dan minyak urut juga ada yang telah diisi – dikhuatiri ada pengembarnya…
  17. merawat di tempat yang persekitarannya bersih dan tiada berbau yang tidak menyenangkan – jin dan syaitan amat suka tempat yang berbau dan kotor. Oleh kerana itu, kita disunatkan memakai bau-bauan tanpa alkohol – jin dan syaitan benci bau wangi! Perawat islam yang memakai minyak wangi semasa merawat pesakit adalah orang yang faham tentang perkara ini – dia seorang pengamal perubatan islam yang tak mahu pengubatannya bercampur-baur dengan pengaruh dan khidmat jin.

Seandainya anda berubat di tempat yang perawatnya tidak memenuhi satu di antara ciri perawat islam yang tersenarai di atas, walaupun dia memakai ketayap dan jelas bacaannya, besar kemungkinan penyakit anda akan sembuh untuk beberapa ketika saja. Masalah akan timbul kerana adanya peranan jin. Oleh itu, berhati-hatilah. Wallahu a’lam…

Insya Allah, manfaatkanlah ciri perawat islam yang tertera di atas agar anda tidak ikut terpesong selamanya…

  

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2018 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·