Perubatan DrRasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat

kadPerubatanIslam350x200 Perubatan DrRasid & Nazar   Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat

penyakit bolehrawat perubatan islam kami

Assalamu’alaikum… Kami di Pusat Perubatan Dr Rasid & Nazar mempelawa anda jom sihat tanpa ubat melalui kaedah perubatan islam di tempat kami untuk penyakit asma, gastrik, kanser, sakit kepala dan resdung serta sakit belakang, pinggang & lutut. Insya Allah anda akan sembuh setelah menjalani 3 ke 5 kali rawatan – selang masa antara rawatan ialah 3 atau 4 hari. Kos rawatan jauh lebih rendah berbanding dengan berubat di hospital swasta. Berubat di sana, penyakit anda akan berulang kerana mereka belum ada penawar yang mujarab sebagaimana perubatan alternatif rawatan islam.

Kami pengamal perubatan alternatif rawatan islam sepenuh masa di Pusat Perubatan Dr Rasid & Nazar, amat mengalu-alukan kunjungan anda di laman sesawang kami ini. Laman perubatanDrRasid.com ini diwujudkan dengan hasrat untuk menyalurkan maklumat serba ringkas tentang perubatan islam jom sihat tanpa ubat yang kami adakan untuk pengidap penyakit khusus yang tersebut di atas tadi. Kesemua penyakit itu tidak mudah diatasi dengan perubatan moden. Kos rawatan di sana pula kian meningkat, anda boleh agak sendiri – orang biasa tak mampu! Di antara penyakit yang tersebut tadi, kos rawatan yang paling rendah mungkin pening atau sakit kepala. Anda akan bertaguk dengan ubat bila perlu. Kesannya, lama kelamaan buah pinggang anda akan bermasalah. Akhirnya terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu. Kos dialisis melebihi RM200 setiap kali ke sana, itu tak termasuk kos perjalanan ke tempat dialisis dan ketidakselesaan semasa ke sana dan di sana.

Contoh lain, mari kita tinjau sakit gastrik. Penyakit ini juga masih belum boleh disembuhkan dengan ubat moden atau farmasi. Memang diakui bahawa berbagai kaedah dan ubat telah dicipta untuk merawat penyakit gastrik, senak perut dan pijar ulu hati. Namun begitu, masih ramai pesakit gastrik yang sama berulang-alik ke hospital di bahagian pesakit luar atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Petunjuk daripada ini ialah penyakit gastrik tidak boleh di atasi dengan perubatan moden – ubat moden hanya boleh untuk bertahan saja. Dengan kata lain, mereka belum ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini (mungkin ada ubatnya tapi di rahsiakan atas alasan business – tak banyak mengutungkan). Ubat-ubat itu pula lambat laun akan merosakkan buah pinggang. Daripada menghadapi risiko yang begitu, lebih baik beralih kepada kaedah rawatan perubatan islam tanpa ubat. Kebaikannya ialah tiada kesan sampingan ubat. Sekurang-kurangnya jika tak baik sepenuhnya, tidaklah menghadapi masalah organ atau sistem badan yang terjejas akibat ubat. Ini maklumat tentang cara rawatan gastrik dan senak ulu hati (sila klik atau sentuh untuk tahu selanjutnya) yang kami lakukan.

Secara ikhlas ditegaskan di sini bahawa perubatan islam jom sihat tanpa ubat yang kami lakukan tidak menyimpang daripada syariat Islam. Anda tak perlu khuatir tentang jin atau pendamping. Kami TIDAK menggunakan khidmat JIN sama sekali. Lagipun, semua jin itu bukan bagus sangat – taraf jin lebih rendah daripada kita manusia. Kami takut dan akur dengan perintah ALLAH supaya tidak berbaik dengan mereka [sila rujuk ayat 50 surah Al-Kahfi dan ayat 60 surah Ya Sin]. Jika kepada Allah mereka sanggup ingkar, apatah lagi kepada kita manusia. Tidak ada satu alasanpun bagi kami untuk berbaik dan menggunakan khidmat mereka. Mereka telah dikutuk oleh Allah dan kami pula tidak mahu dikutuk oleh Allah seperti mereka. Kami takut kemurkaan Allah! Untuk perhatian, ini ada 17 ciri perawat perubatan islam (sila klik atau sentuh) yang patut diketahui sebagai panduan. Semuga anda boleh memilih kaedah rawatan yang tidak terpesong daripada syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

Perlu diketahui bahawa hampir semua pesakit yang datang ke kami di Pusat Perubatan Dr Rasid & Nazar adalah mereka yang telah menjalani berbagai perubatan di pusat rawatan tradisional, rawatan islam dan perubatan islam, homeopathy, acupuncture, urut dan bekam. Juga ramai di antara mereka yang telah berkali-kali ke doktor tapi masih tak sihat walaupun dos ubat bertambah. Perlu difahami di sini bahawa rawatan kesihatan kami bukanlah yang terbaik. Asas yang perlu diyakini ialah sakit bila sesuai dengan ubatnya, insya Allah akan beransur pulih. Kesannya bukanlah segera tapi dapat dirasai sedikit sebanyak sebaik saja lepas rawatan.

Perubatan islam jom sihat tanpa ubat kami TIDAK TIPU. Kami tidak menjanjikan hanya sekali rawatan, pesakit akan sembuh. Perlu ulang! Ramai yang lebih lima enam kali ke klinik ataupun ke hospital, walaupun tidak merasakan penyakit yang dideritai kian reda, masih berulang ke sana sebab tiada pilihan dan masih berharap penyakit yang dideritai boleh sembuh. Mereka sebenarnya bertahan dengan ubat tahan sakit – tak makan ubat, badan rasa teruk ya amat! Ramai pesakit mengakui berkeadaan makin hari makin tak selesa dan menderita, walaupun telan ubat ikut aturan. Ada sungutan tapi tiada tokmahan terhadap doktor yang merawat mereka – ada juga yang lepas itu berkata bahawa itu biasalah di hospital…

Ciri keberkesanan perubatan islam yang kami titikberatkan ialah sebaik saja selesai rawatan, kami akan tanya pesakit tentang keselesaan yang dirasai berbanding dengan sebelum memulai rawatan. Boleh dikatakan semua pesakit dengan senyum mengakui penyakit yang dideritai terasa agak lega – bukanlah baik terus waktu itu juga! Itulah kenyataannya, ramai yang datang dengan air muka bermasalah, lepas rawatan nampaklah ceria sikit – terserlah harapan untuk sembuh di muka mereka. Walau bagaimanapun, ada hal tertentu yang keselesaannya tidak berapa terasa – perkara ini biasanya terjadi kerana ada perkara lain yang pesakit sorokkan daripada pengetahuan kami ataupun dalam badan pesakit terlalu banyak toksid akibat terlalu banyak menelan ubat dalam tempoh yang agak lama, terutamanya ubat kimo dan kesan radiasi serta beberapa ubat tradisional yang mengandungi steroid. Seandainya empat atau lima kali rawatan masih tiada kesan, pesakit patut menerima hakikat bahawa Allah memberi ingat supaya sedar dan insaf – dengan penyakit itulah anda akan dijemput kembali… Wallahu a’lam…

Untuk makluman, kegiatan perubatan islam kami dimulai pada tahun 1999. Fokus rawatan ketika itu ialah untuk mereka yang mengidap penyakit yang berkaitan dengan hantu (jin dan syaitan). Pada akhir tahun 2010, kami meluaskan skop pengubatan rawatan islam kami untuk pesakit yang penyakitnya perlu dirawat oleh doktor perubatan. Samada pesakit akan sembuh ataupun tidak, itu bukan kami yang menentukan. Kami lemah dan da’if – tiada kuasa apa-apa, hanya Allah yang berkuasa atas segalanya. Tugas kami sebagai perawat perubatan islam jom sihat tanpa ubat ialah memohon semuga ada rahmat Allah untuk pesakit agar penyakit yang dideritai pesakit beransur pulih. Mudah-mudahan dengan keadaan itu pesakit akan dapat melakukan tugas harian dan ibadah yang lebih sempurna kepada Allah. Insya Allah!

Setelah sekian lama berkecimpung dalam pengubatan dan perubatan islam, kami mempelawa anda jom sihat tanpa ubat sekarang juga daripada penyakit khusus ini: asma, gastrik, kanser, sakit kepala dan resdung serta sakit belakang, pinggang & lutut. Untuk temujanji berubat, sila ke menu telefon kami. Untuk arah ke tempat rawatan, sila lihat pedoman arah tuju dalam peta lokasi (sila klik atau sentuh) ini.

Selain daripada penyakit khusus yang tersebut tadi, ada sejumlah penyakit lain yang juga kami berhasil rawat dengan izin Allah. Sila kunjungi senarai lengkap penyakit boleh rawat (sila klik atau sentuh) daripada sini.

Semuga kunjungan anda di perubatanDrRasid.com, laman sesawang Pusat Perubatan Dr Rasid & Nazar – perubatan islam jom sihat tanpa ubat, tidak sia-sia serta mendapat rahmat Allah. Insya Allah!

Nak tau lebih lanjut tentang kaedah perubatan islam kami, sila klik atau sentuh ini: kaedah perubatan islam jom sihat tanpa ubat yang kami…

Dikemaskini pada 29hb Jan 2018.

 

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2018 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·