Punca Sakit Lutut & Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden

Punca Sakit Lutut   Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden300x250 Punca Sakit Lutut & Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden

punca sakit lutut & alternatif rawatan sakit lutut

Punca sakit lutut dan alternatif rawatan sakit lutut moden adalah keutamaan yang dicari-cari jawabannya oleh sebilangan besar penderita sakit lutut. Mereka ini bukan saja daripada gulungan pertengahan, malah sebilangan besar juga gulungan berada. Mereka cuba mengelak kaedah perubatan moden kerana terlalu mahal, ngeri dan menyakitkan. Yang alternatif memang jauh lebih murah, masalahnya nak cari yang benar-benar berkesan agak sukar.

Punca sakit lutut amat ingin diketahui oleh mereka yang mula merasai ada sedikit ketidakselesaan di bahagian lutut. Mereka ini sebenarnya mula sedar dan khuatir bahawa penyakit itu akan menyusahkan pergerakan harian mereka. Oleh itu, mereka betul-betul nak tahu puncanya supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk mengawal keadaan daripada terjadinya masalah yang bakal menyiksa diri mereka sendiri.

Pada mereka yang terlalu menderitakan sakit lutut pula, minat mereka lebih tertumpu kepada alternatif rawatan sakit lutut moden – mereka tertanya-tanya: betulkah ada perubatan yang sedemikian? Alternatif di sini bukan saja merujuk kepada yang Islam, ianya termasuk juga cara yang bukan Islam. Yakinlah bahawa alternatifnya ada tapi tak mudah ditemui perawat yang berkemampuan sebagaimana yang dihajati.

punca sakit lutut

Sakit lutut biasanya dihidapi oleh mereka yang dah berusia. Punca sakit lutut kerana usia ini tidak dapat dielakkan, melainkan mula berhati-hati sejak semasa muda lagi. Langkah utamanya ialah bila terjadi sesuatu yang menimbulkan rasa sakit di lutut, walaupun sikit saja sakitnya, cepat-cepat betulkan urat saraf yang berkaitan. Rawatannya mestilah dilakukan oleh perawat yang betul-betul mahir saja – bukannya oleh tukang urut biasa ataupun menelan sebarang ubat yang dikatakan bagus untuk sakit lutut. Jika tidak, urat saraf akan jadi tambah cedera pula. Yang dah memang sakit pula, tiada pilihan lain, melainkan menjalani rawatan sakit lutut samada cara hospital ataupun cara rawatan alternatif.

Selain faktor usia, orang muda juga ada yang mengalami sakit lutut. Ianya berpunca daripada kelasakan seharian mereka ataupun disebabkan oleh sesuatu kemalangan. Antara beberapa sebab lain yang menjadi punca sakit lutut, jika dikategorikan menurut cara mengatasinya, ada dua kategori iaitu:-

  • K1: boleh kawal
    1. berat badan
    2. paras toksik tinggi
    3. masalah tulang yang tak cukup zat
  • K2: tak boleh kawal, perlu baiki
    1. lutut terhantuk ke benda keras
    2. kesan terjatuh atau terhentak
    3. kesan menyepak sesuatu dengan kuat, misalnya menyepak bola
    4. kesan menelan berbagai ubat
    5. kesan gout (tinggi kandungan asid dalam badan)
    6. masalah tulang belakang di bahagian pinggang
    7. masalah urat saraf peha ke lutut dan lutut ke betis
    8. masalah cairan pelincir lutut
    9. tisu rawan pemegang tulang atas dan bawah lutut koyak atau rosak
    10. tulang lutut atas dan bawah haus kerana geseran akibat cairan pelincir lutut kian berkurang

Kesakitan lutut yang puncanya dalam kategori K1, boleh diatasi sendiri oleh pesakit – mampu tidaknya pesakit melaksanakannya, itu perkara kedua. Yang dalam kategori K2 pula, tiada jalan untuk penderitanya mengatasi sendiri, mahu tak mahu mesti mendapatkan rawatan pakar!

alternatif rawatan sakit lutut

Rawatan sakit lutut yang alternatif kepada kaedah rawatan moden ada berbagai, tergantung kepada kecenderungan tradisi dan corak rawatan perawatnya. Antaranya:-

  • bomoh – mentera dan ramuan ubatnya
  • tradisional – berbagai ramuan herba, urut atau bekam
  • ustaz – bacaan ayat-ayat suci Qur-an pada air dan ramuan tertentu
  • tabib cina – akupuntur, urut dan berbagai ramuan herba daripada Cina
  • tradisional India – berbagai ramuan herba
  • berbagai produk berjenama di pasaran termasuk yang cara jualan langsung melalui ejen – ada yang mengkategorikan produk yang begini sebagai produk tradisional juga. Yang jelas, ianya produk komersil yang cuba menyaingi ubat tradisional dan ubat farmasi

Ramuan yang dijadikan ubat sakit lutut secara amnya perlu ditelan, kebanyakannya harus disapu atau param. Sesetengah ubat pula memang sengaja di campurkan bahan bersteriod. Tujuannya supaya cepat hilang rasa sakitnya. Bila tak guna, sakit semula. Untuk makluman, bahaya steroid pula ialah tulang boleh reput, mudah kena jangkitan kerana ianya melemahkan daya tahan badan, berat badan bertambah, tekanan darah meninggi, paras gula dalam darah kian tinggi, masalah kulit, otot jadi lemah dan berbagai lagi.

Sakit lutut yang selain akibat kemalangan, boleh dikategorikan pada tahap teruk bila:-

  • tisu rawan (ligament) koyak atau rosak
  • cairan pelincir lutut makin sedikit
  • tempurung lutut retak atau pecah
  • tulang lutut retak atau pecah
  • tulang lutut atas dan bawah bergesir dan terhakis akibat kian menyusutnya cairan pelincir lutut

Terlalu jarang kita dengar penderita sakit lutut yang lututnya pada tahap teruk seperti yang terkelas di atas itu sembuh dengan cara alternatif, melainkan mereka terus menerus menelan ubat. Jika begitu, serupalah dengan perubatan moden! Cuma bezanya, cara alternatif tiada pembedahan yang menyakitkan sebagaimana kaedah perubatan moden. Oleh kerana tempat berubat cara alternatif yang berkesan sukar dikenalpasti, itu jugalah sebabnya ramai penderita sakit lutut pada tahap teruk memilih jalan mudah melakukan rawatan dan pembedahan di hospital saja walaupun mereka tahu di sanapun belum tentu sembuh sepenuhnya. Ada juga yang bertaguk dengan ubat farmasi dan ubat tradisional kerana mereka sedar ke hospitalpun setakat bertahan saja.

Ada seorang pesakit yang datang ke kami setelah sekitar setahun menjalani pembedahan tukar tempurung lutut dengan tempurung lutut buatan plastik. Cairan lututnya yang sentiasa berbau meleleh keluar di bahagian bawah lutut menghala ke tulang kering. Menurutnya, setelah hampir jemu berkunjung dalam keadaan sakit ke doktor pakar yang melakukan pembedahan itu, doktor itu enggan melakukan apa-apa tindakan susulan dan juga tidak memberinya sebarang ubat. Malah katanya, doktor tu asyik mendesak supaya melakukan pembedahan untuk lutut yang satu lagi pula. Kesian dia!

rawatan sakit lutut cara kami

Untuk makluman anda yang berminat, kaedah rawatan sakit lutut yang kami lakukan adalah cara perubatan islam. Kami mengambilkira punca sakit lutut. Kami betulkan dulu masalah urat saraf dari tulang belakang di bahagian pinggang ke peha hingga lutut dan yang daripada lutut ke paras betis. Kemudian jika masalah cairan pelincir, kami akan cuba tambah cairannya dengan izin Allah. Jika masalah tisu rawan, kami akan cuba baikinya. Begitu jugalah dengan masalah tempurung lutut. Untuk tulang lutut yang terhakis pula, kami cuba baiki tulang berkenaan dan tambah cairan pelincirnya. Yang ini kritikal dan perlu ulang 4 5 kali dalam masa kurang daripada 3 minggu. Untuk sakit lutut biasa (iaitu sakit yang tidak termasuk dalam kategori teruk) biasanya 2 3 kali rawatan sembuh – dah baik tu, jimat-jimatlah sikit, tak usahlah lasak sangat! Namun begitu, kami tidak menjanjikan apa-apa. Harapan kami semuga ada rahmat Allah untuk pesakit yang kami ikhtiar rawat. Walau bagaimanapun, jika keadaan pergeseran tulangnya terlalu teruk ataupun telah menjalani pembedahan, kami tak boleh bantu.

Ramai yang kami ikhtiar rawat sembuh dan boleh beribadah dalam keadaan yang sempurna. Ada juga di antaranya yang datang berpapah-papah, sebaik lepas rawatan, boleh berdiri tegak walaupun nak berjalan agak lambat. Ada juga yang datang berpimpim kiri kanan serta terbongkok-bongkok bertongkat, waktu nak pulang, dia yang jalan dulu ke kereta – mereka yang memimpim dia tadi saling berpandangan, tak percayakan apa yang sedang mereka saksilkan! Itu Rahmat Allah untuk dia! Jika anda berhajat nak berubat, silalah telifon saya antara 10 pagi ke 9 malam (sila klik atau sentuh kalimat bergaris itu).

Semuga kunjungan anda ke halaman ini mencerahkan lagi pengetahuan anda tentang punca sakit lutut dan alternatif rawatan sakit lutut moden.

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·