Info

Sakit Gigi Dan Gusi? Mematikan Saraf Akar Gigi Cara Terbaik!

Sakit gigi dan gusi? Mematikan saraf akar gigi ialah cara yang terbaik. Inilah juga rawatan saraf gigi atau rawatan sakit gigi yang sesuai untuk sakit gigi gusi ataupun sakit gusi gigi.

Semasa gigi sakit, penderita jadi tak pasti sama ada gigi atau gusi yang sakit. Masa itu, pilihan jadi terhad iaitu cabut gigi atau mematikan saraf akar gigi yang sakit itu. Matlamatnya ialah supaya hilang masalah sakit gigi dan gusi yang dideritai waktu itu. Jika cabut gigi, makan jadi kurang selesa dan sistem penghadaman akan terganggu yang kemudiannya ada mudharatnya. Jika mematikan saraf akar gigi, gigi masih boleh pakai macam biasa (kecualilah jika gigi dah reput atau rosak teruk, eloklah cabut saja!) dan sakit gusi akan beransur lenyap.

Fakta yang perlu anda ketahui ialah mematikan saraf akar gigi oleh doktor gigi tak semuanya berhasil sepenuhnya. Buatnya juga belum tentu sekali berjaya. Setelah ubat kebas habis tempoh kesannya, rasa sakit tak boleh dielakkan. Anda terpaksa makan ubat tahan sakit pula. Ubat itu memang biasanya dibekalkan oleh doktor berkenaan.

Ada sebilangan kecil perawat tradisional atau Islam yang juga mampu membuat rawatan sakit gigi dan gusi. Sayangnya, ada di antara mereka yang memberikan ubat-ubatan. Kita khuatir kesan sampingannya setelah masa berlalu. Tak kurang pula di kalangan perawat itu yang menggunakan khidmat jin atau pendamping.

Contohnya, perawat memaku ke bendul atau kayu. Ada pula yang menyentuh gigi atau gusi yang sakit dengan jari sambil membaca sesuatu. Kita bimbang ada jin yang diselitkan ke gigi atau gusi supaya tak terasa sakit. Jika perawat dan pesakit berlainan kelamin, perbuatan itu mendatangkan dosa pula.

Masalah utamanya ialah adanya khidmat jin. Ianya bertentangan dengan Islam. Jin itu akan memainkan peranan mengganggu fikiran pesakit kemudiannya. Iman akan jadi lemah sesuai dengan peredaran masa. Selesai masalah sakit gigi dan gusi, timbul pula masalah peranan jin dalam diri.

Di antara tanda dalam diri ada jin ialah setiap kali anda makan atau minum di rumah, anda akan duduk di kursi yang sama. Apa masalahnya dengan kursi yang lain-lain tu? – jika kotor bersihkan, jika tak cantik cantikkan! Tanda yang lain-lain ada dihuraikan di sini (sila klik atau sentuh!).

Saya yakin anda juga bimbang dan tertanya-tanya tentang perkara yang saya sebutkan tadi. Untuk mengenali sama ada perawat menggunakan khidmat jin, sila rujuk ini: 17 ciri perawat Islam (sila klik atau sentuh!).

Oleh kerana ke doktor sakit, ke perawat tradisional atau alternatif ataupun Islam, adanya kesan ubat dan pendamping atau jin, di sini saya pelawa anda berubat dengan kaedah rawatan alternatif sakit gigi dan gusi cara kami. Kami akan berusaha mematikan saraf akar gigi yang sakit itu. Kaedah kami mirip macam doktor buat dan kami tak guna khidmat pendamping sama sekali. Kita ada Allah dan Allah ada semua yang kita perlukan. Saya hanya bermohon kepadaNya supaya sakit anda sembuh.

Rawatan akar gigi ini kami lakukan di hadapan pesakit, pada jarak tak kurang daripada 1 meter. Pesakit tak perlu nganga mulut. Cukup hanya bagitau saya gigi yang mana satu. Berikut ini ialah secara rengkas urutan cara kami mematikan saraf akar gigi atau gusi yang sakit:-

  1. kami akan kait saraf-saraf di hujung akar gigi
  2. kemudian kami akan tampal dengan satu lapisan di antara saraf-saraf yang sudah terputus tadi
  3. lepas itu, pesakit duduk rehat dan diam selama 10 minit.
  4. jika pesakit rasa sakitnya ada sikit-sikit lagi, kami ulang tampal

Bukan nak angkat diri, cara kami memang berkesan dan anda tak akan rasa sakit semasa rawatan dilakukan. Cara kami lain dari yang lain. Sekali lagi ditegaskan di sini bahawa kami tak guna mentera atau pendamping. Walau bagaimanapun, kami tak janji 100% berjaya – bergantung kepada rahmat Allah untuk anda ketika itu. Jika dalam masa 24 jam anda tak rasa sakit gigi dan gusi berulang, eloklah anda buat sujud syukur atau solat sunat syukur 2 rakaat sebab atas rahmatNya masalah anda selesai.

Sila hubungi kami untuk buat temujanji berubat (sila klik atau sentuh ini: Telefon Kami).

 

 

Ubat Penawar Sesak Nafas Penyakit Asma Termujarab

saluranNafasAsma260x480 Ubat Penawar Sesak Nafas Penyakit Asma Termujarab

ubat penawar sesak nafas asma cara kami

Ubat penawar sesak nafas penyakit asma atau lelah yang kami ikhtiarkan amat berlainan daripada semua kaedah yang anda tahu. Kami mengadakan rawatan asma atau lelah dah melebihi sepuluh tahun dan dah rawat berpuluh-puluh pesakit asma. Ramai di kalangan mereka yang datang kali pertama ke Pusat Rawatan kami dalam keadaan yang amat tercungap-cungap susah nak bernafas. Syukur dengan izin Allah, setelah menjalani rawatan dengan kami, mereka dapat menjalani kehidupan yang bebas daripada penderitaan penyakit asma. Itulah ubat penawar sesak nafas penyakit asma atau lelah cara kami yang anda juga boleh nikmati dengan izin Allah jika anda juga mengidap asma, insya Allah!

Berdasarkan pengalaman kami merawat penyakit asma atau lelah, semua mereka telah mengguna ubat semburan (inhaler) sekian lama sebelum datang ke kami. Apa yang kami dapat kesan ialah bahagian dalam rongga saluran pernafasan di peparu pesakit terdapat lekatan serdak saki baki ubat semburan tersebut. Ertinya, ubat itu menambah sempitkan saluran pernafasan juga. Oleh kerana itu, pepundi udara di hujung saluran pernafasan hampir tersumbat. Keadaan ini hanya membolehkan oksigen yang tersalur ke darah amat tidak mencukupi. Itu jugalah sebabnya kita lihat pesakit terlalu susah untuk bernafas. Bila tarik nafas, lekuk yang di bawah kerongkong jadi terlalu tertarik ke dalam. Itu boleh kita saksikan secara nyata.

Tatacara kami melakukan rawatan penyakit asma ialah dengan menyedut seluruh saluran pernafasan dalam peparu hingga ke pepundi udara. Ringkasnya, kami cuba bersihkan peparu daripada semua cairan dan kotoran atau lekatan yang menumpuk dalam peparu, termasuk juga endapan ubat semburan. Kemudian barulah kami cuba membaikpulih otot saluran dan saraf supaya berfungsi dengan betul. Lebihan bermacam ubat yang menjadi toksin dalam badan juga akan kami sedut keluar. Biasanya, darahpun akan kami mohon kepada Allah untuk ditukar. Sebabnya ialah darah yang ada dalam badan sudah tak segar.

Rawatan penyakit asma yang khusus seperti inipun perlu diulang hingga betul-betul sembuh. Bilangan ulang rawatan bergantung kepada keterukan yang dialami oleh pesakit. Ada juga yang dua kali rawatan sembuh. Yang betul-betul teruk, perlu tiga empat kali ulang. Yang penting, jika nak berubat, biarlah sampai pulih betul. Bila dah pulih, penyakit asma tidak akan mengganggu lagi, insya Allah.

Sila ambil perhatian: seandainya lepas 24 jam rawatan pertama anda masih tidak merasakan sebarang perubahan tentang penyakit asma atau lelah anda, anda harus menerima hakikat bahawa penyakit anda dah tak terubat walau ke mana anda berubat. Dekatkanlah diri anda sedekat-dekatnya kepada Allah. Itu nasihat ikhlas saya untuk anda!

Untuk makluman, hampir semua pesakit asma yang datang berubat ke kami adalah mereka yang berpenyakit di tahap teruk. Ada di kalangan mereka yang sebaik selesai rawatan pertama berkata “selesanya bernafas, tak pernah rasa begini sebelumnya…”. Seorang pesakit lain, bila terjadi serangan penyakit asma, dia terpaksa dikejarkan segera ke wad kecemasan. Setiap kali ke sana, dia terpaksa diserkup dengan alat bantuan pernafasan selama belasan jam (bukan satu dua jam). Setelah menjalani rawatan penyakit asma cara kami, dia sihat dan tak lagi menggunakan ubat semburan untuk hidup. Alhamdulillah. Rahmat Allah untuk mereka!

Itulah sedikit perihal ubat penawar sesak nafas penyakit asma atau lelah cara kami. Sila ambil perhatian bahawa kami bukan yang terbaik. Kita sama saja. Kebetulannya kami diberi sedikit ilmu oleh Allah untuk merawat mereka yang perlukan khidmat kami.

Jika anda berhajat untuk berubat, sila buat temujanji (sila klik atau sentuh perkataan itu). Eloknya, sila fahami kaedah rawatan jom sihat tanpa ubat (sila klik atau sentuh perkataan itu) kami terlebih dulu…

 

 

Sila kongsi

Rawatan Alternatif Kanser Cara Kami

 

Rawatan alternatif kanser cara kami adalah rawatan kaser yang setara dengan kaedah perubatan di hospital. Bezanya ialah kami tidak guna alat dan ubat seperti yang di sana (tak perlu risau, kami tidak guna khidmat jin setan sama sekali!). Pesakit kanser tak perlu nampak tentang itu, Anggap saja macam menjalani pembedahan di hospital – tak sedarpun apa yang dibuat oleh doktor pakar bedah tu.

Untuk pengetahuan anda, jenis-jenis penyakit kanser yang pernah kami rawat sejak tahun 2010 ialah:-

  • kanser bibir, gusi, mulut dan lidah
  • kanser buah pinggang
  • kanser darah (leaukemia)
  • kanser dubur (rectum)
  • kanser esofagus
  • kanser hati
  • kanser hidung
  • kanser kelenjar
  • kanser kerongkong
  • kanser limfoma
  • kanser otak
  • kanser pankreas
  • kanser payudara
  • kanser peparu
  • kanser prostat
  • kanser pundi kencing
  • kanser rahim dan ovari
  • kanser tulang
  • kanser usus

Pesakit yang memerlukan rawatan kanser daripada kami, ada syarat yang mesti dipenuhi. Yang terpenting ialah mesti yakin dan bersungguh untuk berubat, bukannya sengaja nak cuba-cuba berubat. Jika nak cuba-cuba, silalah berubat di tempat lain! Sebelum rawatan, pesakit mesti setuju dan akur tentang dua perkara berikut ini:-

  1. datang mengulangi rawatan berikutnya paling jarak pada hari ke lima – yang eloknya selang satu atau dua hari. Jika pesakit tak setuju, kami tolak sebab sel kanser membiak cepat. Selang masa antara rawatan yang lebih daripada itu akan memberi peluang kepada baki sel kanser membiak dan merebak ke organ lain melalui peredaran darah. Sebabnya ialah sel kanser tak boleh diganggu. Mula diganggu, ianya ibarat api kecil disimbah dengan minyak petrol
  2. tidak mengambil sebarang ubat lain (tak boleh campur dengan sebarang ubat-ubatan atau cara lain) kecuali ubat darah tinggi dan kencing manis saja. Bila dah rasa sihat dan cukup selesa, OK lah tu! Tak payahlah nak ambil kesah sangat tentang temujanji dengan doktor pakar lagi. Jika cara di sana mujarab, tentunya pesakit tidak beralih ke Pusat Rawatan Alternatif kami. Jika nak puas hati, pergi buat uji darah khusus tentang kanser di PathLab terdekat. Itu lebih sesuai daripada hospital sebab mereka tiada kepentingan selanjutnya tentang penyakit anda. Di antara pesakit kami, ada yang ke doktor ikut temujanji yang dijadualkan. Tiba di sana, pihak doktor terus macam paksa buat kimo. Itu semata-mata berdasarkan maklumat terakhir yang tercatit dalam fail di sana, tanpa mengambilkira keadaan pesakit waktu itu sudah segar! Beritanya – tak lama lepas kimo, innalillah… Subhanallah… kami kesal!

Aturan rawatan kanser yang menjadi penawar kanser cara kami ialah:-

  1. sedut keluar toksin dan lebihan ubat yang mendap dalam badan, termasuklah ubat kimo jika telah menjalani terapi kimo. Pada rawatan pertama, kami hanya mampu menarik keluar sekitar 50% ke 60% saja
  2. cuba musnahkan sel kanser pada semua organ yang terjejas. 15 minit kemudian barulah kami cuba musnahkan saki baki sel kanser yang mengikut aliran darah ke seluruh badan pula. Inipun hanya sekitar 60% ke 70% saja sel barah yang mampu dimusnahkan semasa rawatan pertama
  3. sedut semua sel yang berjaya dimatikan 20 minit kemudian
  4. pulihkan semua organ terbabit dan baikpulih sistem tulang belakang. Dengan cara ini, barulah sel darah segar yang normal boleh terbentuk kemudiannya sebagai pengganti kepada ketulan sel kanser yang dimatikan
  5. perbaiki peranan hati dan kawalan imunisasi
  6. memohon kepada Allah agar air yang dibekalkan jadi ubat kanser terbaik untuk pesakit
  7. memberi paduan ringkas tentang makanan untuk merendahkan kandungan asid dalam badan supaya cepat pulih

Biasanya dengan izin Allah, datang kali kedua keadaan pesakit nampak pulih dan keceriaanpun jelas ketara berbanding waktu mula datang. Anda harus faham bahawa berubat dengan kami perlu ulang hingga sembuh. Jika tak pulih betul, saki baki sel kanser akan merebak semula walaupun yang tertinggal hanya satu sel. Nanti rawatan alternatif kanser yang kami lakukan jadi sia-sia saja! Oleh itu, nak berubat, biarlah sampai sihat!

Sila ambil perhatian bahawa jika rawatan pertama tidak menghasilkan apa-apa kesan dalam masa 24 jam, itu ertinya tak rasi berubat dengan kami. Silalah usaha cara lain di mana-mana seberapa segera – lambat nanti melarat!

Setakat ini, ramai yang sembuh setelah tiga empat kali rawatan. Ada juga yang sembuh setelah menjalani dua rawatan saja. Itu nasib, bergantung kepada rahmat Allah untuk pesakit.

Berubat kanser dengan kami tak serupa dengan yang di tempat lain. Ramai pesakit kanser yang dah berjaya dipulihkan. Hampir semua mereka telah disahkan berpenyakit kanser tahap empat oleh doktor pakar perubatan. Amnya, daripada 20 pesakit kami, 2 3 orang saja yang gagal disembuhkan – itu kerana tak ikut 100% panduan yang diberikan ATAU keadaannya dah terlalu teruk dan berbau. Jika anda juga berpenyakit kanser yang belum berbau, jom sihat! Sila telefon kami untuk buat temujanji.

Kami sebagai perawat rawatan alternatif kanser tidak menjanjikan apa-apa kepada pesakit kanser yang berubat di Pusat Rawatan Alternatif kami. Muga-muga dengan rahmat Allah, usaha kami merawat dan membekalkan ubat penawar kanser mendapat berkat dan pesakit sihat. Ingat, bila dah sihat, dirikanlah solat sunat syukur dua rakaat – paling kurang buat sujud syukur!

Dikemaskini pada 27hb Nov 2020

Sila kongsi:-

Ubat Penawar Penyakit Kanser – betulkah berkesan?

iniSenja250x400  Ubat Penawar Penyakit Kanser – betulkah berkesan?Ubat penawar penyakit kanser yang bukan saja menjadi penawar kanser malah memang bertindak sebagai ubat penyembuh berbagai penyakit kanser amat diperlukan oleh semua pesakit kanser. Malangnya setakat ini, kita masih tertanya-tanya tentang itu. Yang berubat di hospital melencong ke perubatan alternatif. Yang menelan ubat cara alternatif pula tak kurang yang bertukar dengan cara itu ini. Itu menyarankan fakta bahawa ubat penawar penyakit kanser masih terawang-awang entah di mana – umpama “indah kata daripada rupa”.

Ubat Kanser Konvensional

Pelaksanaan rawatan kanser ada berbagai cara, sesuai dengan kaedah perubatan yang dipilih. Dalam perubatan konvensional (disebut juga sebagai perubatan moden), rawatan penyakit kanser dilakukan melalui pembedahan jika perlu, ubat kimo (atau terapi kimo) dan terapi radio (terapi radiasi)

Kini kaedah rawatan dalam perubatan moden sudah begitu canggih – berbagai ubat kanser telah dicipta. Namun begitu, keluhan pesakit setelah rawatan, banyak yang memberi gambaran negatif. Begitu juga halnya dengan terapi radio terhadap pengidap penyakit kanser otak – ramai yang kejang sebaik selesai terapi pertama. Ini bukan suatu prasangka, ada dua kes yang saya lihat dengan mata kepala sendiri! Kesian.. datang berjalan, balik berusung!

Itu berdasar keluhan semua pesakit kanser yang bertukar arah dan ingin mendapatkan rawatan di tempat kami. Menurut mereka, perubatan moden banyak memudharatkan – rasa tak tertanggung menahannya. Mereka kecewa – badan makin tak bermaya dan duit habis beribu-ribu. Yang ada insuranspun mengeluh juga kerana bukan semua kos rawatan ditanggung oleh pihak insurans.

Keluhan mereka itu mendedahkan fakta bahawa rawatan perubatan moden masih belum menemui ubat penawar penyakit kanser yang menyihatkan. Ada kemungkinan juga mereka dah tak kesah untuk terus menyelidiki ubat penawar kanser. Sebabnya ialah terapi kimo dan terapi radio dah ternyata boleh menjana hingga lebih seratus ribu ringgit daripada setiap pesakit. Mereka yang berduit atau ada insurans memang cenderung memilih cara itu. Yang kurang mampu, mahu tak mahu, terpaksalah memilih cara alternatif.

Apa yang dikeluhkan oleh mereka itu banyak benarnya. Ianya sejajar dengan apa yang dikemukakan oleh beberapa pakar kimo dan penyelidik perubatan di negara asing. Dua daripadanya disenaraikan di bawah ini (sila klik jika nak baca):-

Jelaslah bahawa ubat kimo bukanlah ubat penawar penyakit kanser yang patut dibangga-banggakan!

Ubat Kanser Alternatif

Jika anda layari internet, ada beberapa ubat penawar penyakit kanser alternatif kepada pembedahan, ubat kimo dan terapi radio. Antaranya sarang semut, biji aprikot, kunyit, keladi tikus, durian belanda, daun belalai gajah, transfer factor, vitamin B17, RxCrystal, Vivix, Venez Glo, Black G Liquid Plus, teknik rawatan CF33 dan berbagai herba lain lagi. Kebanyakan ubat-ubatan itu dijual secara komesial. Yang herbapun ada yang kos rawatannya mencecah puluhan ribu ringgit (ini seorang pesakit saya bagitahu, setelah rawatan dengan cara itu tak berhasil – katanya, dia tak mampu untuk meneruskan ke fasa kedua, sedangkan fasa pertama tidak memberi keselesaan yang positif, wallahu a’lam!).

Pusat-pusat rawatan Islam, alternatif dan tradisional pula mempunyai kaedah yang tersendiri juga dan perlu ulang hingga sihat. Yang perubatan Islam, adalah tambahannya iaitu bacaan beberapa petikan ayat Al-Quran pada air, tempat sakit dan “bahan ubat” tertentu. Yang  bomoh pula, tambahannya ialah bacaan mentera pada “bahan ubat” dan mungkin juga pada air.

Sayangnya, ubat-ubatan kanser yang dikatakan sebagai ubat penawar penyakit kanser itu tiada sokongan secara statistik. Kita perlu fakta yang meyakinkan tentang kemujarabannya terhadap penderita penyakit kanser daripada orang awam – iaitu keberkesanan positif bahan itu terhadap penyakit kanser. Banyak juga yang diwarwarkan bagus tapi sungutan pengguna masih ada.

Tidak pula diketahui, bila dah baik, perlu makan bahan ubat penawar kanser itu terus ataupun tidak. Jika makan terus, bermakna itu setakat bertahan saja. JIka tak perlu bahan ubat itu lagi, itu baru betul-betul ubat penyembuh penyakit kanser! Yang bagusnya, saya syorkan supaya pesakit kanser cuba sendiri. Kemudian buat cerita benar dalam suatu blog atau facebook. Jika betul, ramai pesakit kanser boleh mengambil manfaatnya – jadi ibadah juga dari segi Islam. Jika sebaliknya, sekurang-kurangnya dapat membantu pesakit lain berjimat – insya Allah, besar ganjarannya di akhirat kelak!

Sel Penyakit Kanser

Jom pula kita tinjau secara ringkas tentang pembentukan sel penyakit kanser dalam bahasa yang mudah kita sama-sama boleh faham. Aturan semulajadi oleh Allah ialah semua sel dalam badan kita akan mati bila cukup masa. Ianya bukan serentak, jika serentak kita yang mati! Sel-sel yang mati akan segera ditukar dengan sel-sel baru. Dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa sel pengganti disediakan daripada tulang belakang (anda boleh buat carian dalam Al-Quran hingga jumpa ayatnya).

Menurut teori Sainsnya, sel penyakit kanser mula terbentuk kerana sel yang dah cukup umur dan sepatutnya mati tapi ianya jadi tak mati. Apa yang terjadi ialah elektron dalam atom sel berkenaan mengorbit di bahagian paling luar atomnya. Ini menyebabkan elektron itu tergeser keluar ke sel yang terdekat dengannya. Akibatnya sel asal ada cas (charge). Sel-sel yang berdekatan dengannya pula masing-masing jadi bercas kemudiannya. Begitu jugalah selanjutnya sehingga terbentuk ketulan sel-sel aktif tak seimbang yang dirujuk dengan kata sel kanser. Ianya cepat membiak dan merebak! Pembentukan sel penyakit kanser ini boleh anda rujuk di sini (sila klik). Ada berbagai penjelasan lagi tentang wujudnya sel kanser. Bagi kita, yang tadi tu dah memadai.

Berdasarkan pengalaman kami pula, keadaan ini sebenarnya berlaku kerana kandungan asid dalam badan makin pekat. Puncanya ialah perut kerap terbiar lapar lebih dari 10 minit! Setelah berpanjangan berbulan-bulan (malah ada yang mencecah tahunan) maka datanglah penyakit-penyakit “orang kaya”. Sakit gout berpadanan dengan kepekatan asid dalam badan dah mula naik daripada paras normal. Tinggi sikit, sakit-sakit sendi (arthritis). Tinggi sikit lagi, kayap. Seterusnya barulah kanser. Kandungan asid yang pekat dalam badan berpadanan dengan paras toksin tinggi – ini yang menyebabkan sel-sel makin tak cukup oksigen. Itulah yang jadi pencetus tidak seimbangnya atom dalam sel-sel yang sepatutnya mati tapi tak mati. Lagi kurang oksigen, lagi rancaklah sel kanser membiak! Inilah satu di antara faktor utama yang sepatutnya ada dalam sesuatu kaedah rawatan kanser – jika tidak, sia-sia saja. Yang anehnya, kenapa sel yang dah nak mati tu pandai-pandai menolak elektronnya berorbit hampir terkeluar?

Penjelasan Sainsnya ada dua tiga lagi tapi pada saya itu rekaan semata-mata (anda boleh semak di internet). Akal menyatakan itu tidak benar. Berdasarkan semua pesakit kanser yang berikhtiar berubat dengan kami, semua mereka itu ada jin setan dalam badan. Oleh kerana itu, buang jin setan, rawatan jadi lebih cepat mujarab. Ini pengalaman kami.

Berbalik kepada pencetus sel penyakit kanser tadi, jinlah yang menjadi puncanya sebab sel kanser berbau teramat sangat – tak lalu nak hidu! Jin setan paling suka yang busuk-busuk (nak pasti, tanya ustaz yang arif) – dalam sel-sel itulah tempat kesukaan jin setan melepak. Itu jugalah sebabnya berubat tapi terlalu banyak yang gagal. Bukan ubatnya tak bagus, semata-mata kerana jin setan dalam badan tidak diusir keluar. Itu sebenarnya! Sila ambil perhatian: jin setan tak terusir dengan terapi kimo dan radiasi.

Rawatan Cara Kami

Itu cara mereka. Cara rawatan kami pula berbeza. Kami fokus kepada masalah peranan jin setan dan cuba merendahkan seboleh-bolehnya kandungan asid dalam badan. Nak tahu selanjutnya, sila klik ini: alternatif ubat penawar penyakit kanser cara kami

 

Punca Sakit Lutut & Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden

Punca Sakit Lutut   Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden300x250 Punca Sakit Lutut & Alternatif Rawatan Sakit Lutut Moden

punca sakit lutut & alternatif rawatan sakit lutut

Punca sakit lutut dan alternatif rawatan sakit lutut moden adalah keutamaan yang dicari-cari jawabannya oleh sebilangan besar penderita sakit lutut. Mereka ini bukan saja daripada gulungan pertengahan, malah sebilangan besar juga gulungan berada. Mereka cuba mengelak kaedah perubatan moden kerana terlalu mahal, ngeri dan menyakitkan. Yang alternatif memang jauh lebih murah, masalahnya nak cari yang benar-benar berkesan agak sukar.

Punca sakit lutut amat ingin diketahui oleh mereka yang mula merasai ada sedikit ketidakselesaan di bahagian lutut. Mereka ini sebenarnya mula sedar dan khuatir bahawa penyakit itu akan menyusahkan pergerakan harian mereka. Oleh itu, mereka betul-betul nak tahu puncanya supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk mengawal keadaan daripada terjadinya masalah yang bakal menyiksa diri mereka sendiri.

Pada mereka yang terlalu menderitakan sakit lutut pula, minat mereka lebih tertumpu kepada alternatif rawatan sakit lutut moden – mereka tertanya-tanya: betulkah ada perubatan yang sedemikian? Alternatif di sini bukan saja merujuk kepada yang Islam, ianya termasuk juga cara yang bukan Islam. Yakinlah bahawa alternatifnya ada tapi tak mudah ditemui perawat yang berkemampuan sebagaimana yang dihajati.

punca sakit lutut

Sakit lutut biasanya dihidapi oleh mereka yang dah berusia. Punca sakit lutut kerana usia ini tidak dapat dielakkan, melainkan mula berhati-hati sejak semasa muda lagi. Langkah utamanya ialah bila terjadi sesuatu yang menimbulkan rasa sakit di lutut, walaupun sikit saja sakitnya, cepat-cepat betulkan urat saraf yang berkaitan. Rawatannya mestilah dilakukan oleh perawat yang betul-betul mahir saja – bukannya oleh tukang urut biasa ataupun menelan sebarang ubat yang dikatakan bagus untuk sakit lutut. Jika tidak, urat saraf akan jadi tambah cedera pula. Yang dah memang sakit pula, tiada pilihan lain, melainkan menjalani rawatan sakit lutut samada cara hospital ataupun cara rawatan alternatif.

Selain faktor usia, orang muda juga ada yang mengalami sakit lutut. Ianya berpunca daripada kelasakan seharian mereka ataupun disebabkan oleh sesuatu kemalangan. Antara beberapa sebab lain yang menjadi punca sakit lutut, jika dikategorikan menurut cara mengatasinya, ada dua kategori iaitu:-

  • K1: boleh kawal
    1. berat badan
    2. paras toksik tinggi
    3. masalah tulang yang tak cukup zat
  • K2: tak boleh kawal, perlu baiki
    1. lutut terhantuk ke benda keras
    2. kesan terjatuh atau terhentak
    3. kesan menyepak sesuatu dengan kuat, misalnya menyepak bola
    4. kesan menelan berbagai ubat
    5. kesan gout (tinggi kandungan asid dalam badan)
    6. masalah tulang belakang di bahagian pinggang
    7. masalah urat saraf peha ke lutut dan lutut ke betis
    8. masalah cairan pelincir lutut
    9. tisu rawan pemegang tulang atas dan bawah lutut koyak atau rosak
    10. tulang lutut atas dan bawah haus kerana geseran akibat cairan pelincir lutut kian berkurang

Kesakitan lutut yang puncanya dalam kategori K1, boleh diatasi sendiri oleh pesakit – mampu tidaknya pesakit melaksanakannya, itu perkara kedua. Yang dalam kategori K2 pula, tiada jalan untuk penderitanya mengatasi sendiri, mahu tak mahu mesti mendapatkan rawatan pakar!

alternatif rawatan sakit lutut

Rawatan sakit lutut yang alternatif kepada kaedah rawatan moden ada berbagai, tergantung kepada kecenderungan tradisi dan corak rawatan perawatnya. Antaranya:-

  • bomoh – mentera dan ramuan ubatnya
  • tradisional – berbagai ramuan herba, urut atau bekam
  • ustaz – bacaan ayat-ayat suci Qur-an pada air dan ramuan tertentu
  • tabib cina – akupuntur, urut dan berbagai ramuan herba daripada Cina
  • tradisional India – berbagai ramuan herba
  • berbagai produk berjenama di pasaran termasuk yang cara jualan langsung melalui ejen – ada yang mengkategorikan produk yang begini sebagai produk tradisional juga. Yang jelas, ianya produk komersil yang cuba menyaingi ubat tradisional dan ubat farmasi

Ramuan yang dijadikan ubat sakit lutut secara amnya perlu ditelan, kebanyakannya harus disapu atau param. Sesetengah ubat pula memang sengaja di campurkan bahan bersteriod. Tujuannya supaya cepat hilang rasa sakitnya. Bila tak guna, sakit semula. Untuk makluman, bahaya steroid pula ialah tulang boleh reput, mudah kena jangkitan kerana ianya melemahkan daya tahan badan, berat badan bertambah, tekanan darah meninggi, paras gula dalam darah kian tinggi, masalah kulit, otot jadi lemah dan berbagai lagi.

Sakit lutut yang selain akibat kemalangan, boleh dikategorikan pada tahap teruk bila:-

  • tisu rawan (ligament) koyak atau rosak
  • cairan pelincir lutut makin sedikit
  • tempurung lutut retak atau pecah
  • tulang lutut retak atau pecah
  • tulang lutut atas dan bawah bergesir dan terhakis akibat kian menyusutnya cairan pelincir lutut

Terlalu jarang kita dengar penderita sakit lutut yang lututnya pada tahap teruk seperti yang terkelas di atas itu sembuh dengan cara alternatif, melainkan mereka terus menerus menelan ubat. Jika begitu, serupalah dengan perubatan moden! Cuma bezanya, cara alternatif tiada pembedahan yang menyakitkan sebagaimana kaedah perubatan moden. Oleh kerana tempat berubat cara alternatif yang berkesan sukar dikenalpasti, itu jugalah sebabnya ramai penderita sakit lutut pada tahap teruk memilih jalan mudah melakukan rawatan dan pembedahan di hospital saja walaupun mereka tahu di sanapun belum tentu sembuh sepenuhnya. Ada juga yang bertaguk dengan ubat farmasi dan ubat tradisional kerana mereka sedar ke hospitalpun setakat bertahan saja.

Ada seorang pesakit yang datang ke kami setelah sekitar setahun menjalani pembedahan tukar tempurung lutut dengan tempurung lutut buatan plastik. Cairan lututnya yang sentiasa berbau meleleh keluar di bahagian bawah lutut menghala ke tulang kering. Menurutnya, setelah hampir jemu berkunjung dalam keadaan sakit ke doktor pakar yang melakukan pembedahan itu, doktor itu enggan melakukan apa-apa tindakan susulan dan juga tidak memberinya sebarang ubat. Malah katanya, doktor tu asyik mendesak supaya melakukan pembedahan untuk lutut yang satu lagi pula. Kesian dia!

rawatan sakit lutut cara kami

Untuk makluman anda yang berminat, kaedah rawatan sakit lutut yang kami lakukan adalah cara perubatan islam. Kami mengambilkira punca sakit lutut. Kami betulkan dulu masalah urat saraf dari tulang belakang di bahagian pinggang ke peha hingga lutut dan yang daripada lutut ke paras betis. Kemudian jika masalah cairan pelincir, kami akan cuba tambah cairannya dengan izin Allah. Jika masalah tisu rawan, kami akan cuba baikinya. Begitu jugalah dengan masalah tempurung lutut. Untuk tulang lutut yang terhakis pula, kami cuba baiki tulang berkenaan dan tambah cairan pelincirnya. Yang ini kritikal dan perlu ulang 4 5 kali dalam masa kurang daripada 3 minggu. Untuk sakit lutut biasa (iaitu sakit yang tidak termasuk dalam kategori teruk) biasanya 2 3 kali rawatan sembuh – dah baik tu, jimat-jimatlah sikit, tak usahlah lasak sangat! Namun begitu, kami tidak menjanjikan apa-apa. Harapan kami semuga ada rahmat Allah untuk pesakit yang kami ikhtiar rawat. Walau bagaimanapun, jika keadaan pergeseran tulangnya terlalu teruk ataupun telah menjalani pembedahan, kami tak boleh bantu.

Ramai yang kami ikhtiar rawat sembuh dan boleh beribadah dalam keadaan yang sempurna. Ada juga di antaranya yang datang berpapah-papah, sebaik lepas rawatan, boleh berdiri tegak walaupun nak berjalan agak lambat. Ada juga yang datang berpimpim kiri kanan serta terbongkok-bongkok bertongkat, waktu nak pulang, dia yang jalan dulu ke kereta – mereka yang memimpim dia tadi saling berpandangan, tak percayakan apa yang sedang mereka saksilkan! Itu Rahmat Allah untuk dia! Jika anda berhajat nak berubat, silalah telifon saya antara 10 pagi ke 9 malam (sila klik atau sentuh kalimat bergaris itu).

Semuga kunjungan anda ke halaman ini mencerahkan lagi pengetahuan anda tentang punca sakit lutut dan alternatif rawatan sakit lutut moden.

 

Khasiat Madu Kelulut – boleh rawat kanser, gastrik & pijar ulu hati?

Khasiat madu kelulut diwarwarkan untuk mengatasi berbagai masalah kesihatan. Dengan kata lain, kelebihan madu kelulut ialah ianya boleh digunakan untuk merawat penyakit. Dakwaan itu berdasarkan kajian yang dibuat di negara kita (anda boleh layari maklumatnya di internet). Bunyinya sungguh meyakinkan! Jika semua itu benar, tak perlulah kita sibuk mencari ubat-ubatan selain madu kelulut. Seandainya itu suatu fakta, ianya tentu juga amat membantu untuk pemulihan penyakit gasrik dan pijar ulu hati serta kanser.

Jom kita tinjau bersama kebaikan madu kelulut, jika ada, untuk tiga jenis penyakit tersebut tadi. Ini perlu sebab harga madu kelulut mahal berbanding dengan madu lebah biasa – 600 gm harganya RM180 sedangkan madu lebah biasa hanya RM120. Itu harga lebih kurang 6 bulan lepas. Tak tahulah pula jika sekarang harganya turun kerana ramai yang sedang menternak lebah jenis ini.

Antara berbagai kajian di negara kita, yang menarik perhatian saya ialah madu kelulut mengandungi bahan anti-kanser. Sayangnya tidak dipaparkan maklumat kajian secara terperinci tentang:-

  1. bilangan pesakit yang dirawat dengan madu kelulut (semua mereka itu semestinya yang telah dikenalpasti tidak pernah merawat penyakit mereka dengan sebarang ubat-ubatan sebelumnya)
  2. tahap kanser yang mereka deritai
  3. bilangan mereka yang sembuh setelah dirawat sekian lama dengan madu kelulut.
  4. isipadu madu kelulut setiap dos dan bilangan dos setiap hari
  5. bilangan ketulan kanser dan saiz setiap satunya – dos kanser esofagus (otot gegelang penutup di hujung saluran makanan dengan pangkal perut) bersaiz 3 sm misalnya, tak sama dengan dos untuk seorang pengidap kanser di perapu dan hati yang setiap satunya bersaiz 3 sm juga misalnya

Tanpa maklumat yang tersebut itu, apa bezanya dengan cerita dongeng? Lainlah halnya jika orang yang membuat pernyataan itu memang terlibat secara langsung dalam bidang pengubatan – itupun jika dia bukan penjual madu jenis ini. Jika kajian hanya dilakukan pada tikus, sebagaimana berbagai kajian yang pihak di luar negara laksanakan untuk perkara lain, kesimpulan kajian tidak semestinya boleh diterima pakai untuk kita manusia.

Kita ambil suatu contoh tentang kesesuaian madu kelulut untuk menyembuh penyakit kencing manis pada tikus. Setelah kajian, didapati paras gula dalam badan tikus turun ke paras normal misalnya. Bolehkah kita yakini bahawa perkara itu juga benar bila dilaksanakan pada pesakit kencing manis? Meragukan! Sebabnya ialah bahan makanan yang dimakan oleh tikus terhad. Tikus tak minum ABC berais krim macam kita – itu banyak gula. Kita pula, makan segala macam yang tikus tak makanpun. Lagipun, tikus disuntik supaya berkencing manis, bukannya semula jadi – walaupun pancreas cuba dihentikan peranannya, ianya masih mampu mengeluarkan insulin. Oleh itu, kita sebagai pengguna harus bertindak wajar dan bersikap tidak cepat percaya! Harga madu kelulut mahal! Lainlah halnya jika hasil kajian didasarkan pada manusia – itu kita tak komen! Lagipun sekarang ni ramai pesakit kencing manis berbagai tahap. Bila-bila masa boleh buat kajian – mereka semuanya risau dan takut sampai ke tahap kena buat dialisis.

Mari kita hayati pengakuan dua orang pesakit yang berbeza, mereka telah merawat penyakit mereka dengan madu kelulut asli. Kita perlu berhati-hati sebab harganya mahal. Kita tak mahu; setelah mengorbankan sekian banyak duit untuk sihat kononnya; kerananya pula kita yang menderita.

Saya tak pernah minum madu jenis ini sebelumnya. Kebetulan pula hampir dua minggu lalu, seorang pesakit kanser payudara tahap empat datang berubat. Dia pernah kena kimo sekali dan serik. Rupa-rupanya dia pernah minum madu kelulut untuk merawat penyakitnya atas usul seseorang yang mengaku arif tentang khasiat madu kelulut. Dalam masa percubaan itu, dia merasakan makin hari makin berat pula rasa sakitnya, lalu dia berhenti minum madu itu. Waktu dia bercerita, terlintas di fikiran saya bahawa madu jenis ini mesti kandungan asidnya agak tinggi. Saya bertanyakan rasanya – manis-manis masam jawabannya. Sahlah dugaan saya benar sebab sel kanser memang rancak membiak dalam suasana badan yang kepekatan asidnya tinggi – itu yang tambah sakit jadinya..

kelulutGastrik Khasiat Madu Kelulut   boleh rawat kanser, gastrik & pijar ulu hati?

Madu Kelulut ~ gastrik kian teruk

Kebetulan pula seminggu kemudian seorang dari Sabah bertanya melalui whatsApp tentang kesesuian madu kelulut untuk merawat gastrik & pijar ulu hati. Menurut katanya, dia dah dua minggu minum madu kelulut dan ternyata gastrik dan angin gastrik tambah teruk (rujuk gambar salinannya). Dia kian menderita disebabkan oleh asid pencernaan dalam darah dah memang agak tinggi kepekatannya, ditambah pula dengan asid madu kelulut – tambah pekatlah kandungan asid dalam badan. Itulah yang jadi tambah teruk sakitnya!

Madu kelulut rasanya manis-manis masam – jelasnya, terlalu masam dan manisnya sikit saja. Fakta yang harus disemai dalam kesedaran diri kita ialah segala sesuatu yang masam, kandungan asidnya tinggi. Bahaya jika tak berhati-hati. Setelah masa berlalu, berbagai penyakit wujud. Ketahuilah bahawa semua penyakit amat berkait erat dengan tingginya kepekatan asid dalam badan! Oleh itu, penderita gastrik & pijar ulu hati serta kanser hendaklah jauhi pengambilan madu kelulut. Untuk tau pH madu kelulut, sila uji sendiri. Mudah saja, beli kertas atau cairan penguji pH di farmasi.

Anda mungkin mempersoalkan – hanya penderitaan dua orang, tak cukup bukti. Sebenarnya begini: untuk menyangkal sesuatu fakta yang umumnya kata positif, memadai ditonjolkan satu fakta negatif yang kukuh. Dalam hal ini, pengakuan penderitaan sebenar dua orang pesakit yang berlainan penyakit menguatkan hujah bahawa khasiat madu kelulut yang diwarwarkan tak semuanya benar di alam nyata. Hanya berdasarkan teori semata-mata tak memadai sebab banyak faktor harus diambilkira kerana berkaitan dengan kita manusia.

Saya bukan bermaksud untuk menyangkal kelebihan madu kelulut. Khasiat madu kelulut memang tidak diragui. Kelulut juga jenis lebah dan madu lebah mengandungi bahan sumber tenaga dan juga bertindak sebagai ubat untuk kebaikan peminumnya – ini Pencipta kita yang tegaskan (sila rujuk Al Quran surah An Nahl ayat 69). Namun, dalam hal ini, madu kelulut tidak sesuai diminum oleh pesakit kanser, gastrik dan pijar ulu hati. Jika anda mengidap satu di antara penyakit itu, hati-hatilah supaya tidak cepat terpengaruh dengan usul penjual atau orang yang mengaku arif tentang pengubatan penyakit tersebut tadi dengan madu kelulut tetapi tak pernah terlibat dalam pengubatan. Anda yang akan merasa sakitnya, mereka lepas tangan dan tak ambil kisahpun! Waktu itu nanti, anda akan menidakkan kebaikan madu kelulut.

Kita sepatutnya bertindak positif bukannya leka dengan petua itu petua ini. Semestinya kita minum madu bila rasa penat bekerja. Lepas minum teruskan kerja. Barulah kita menjadi seorang yang produktif kerana bertenaga dalam segala urusan semasa. Beribadahpun jadi lebih fokus dan khusu’ sebab segar. Khasiat madu kelulut yang lainnya ikut menyusul yakni akan dinikmati secara tak langsung dengan cara ini. Begitu jugalah halnya dengan madu lebah biasa dan madu lebah tualang! Tak perlu sibuk nak kawal itu ini. Jika dah sakit baru sibuk nak minum madu, kelebihan yang terkandung dalam madu tak akan berjaya mengatasi penyakit yang sedang dideritai tanpa melalui proses rawatan yang ampuh. Utamakan penjagaan kesihatan diri! Ambillah manfaat nasihat saya ini. Saya tiada kepentingan apa-apa. Muga-muga ini semua banyak kebaikan untuk anda dan kita sama-sama diberkati Allah. Wallahu a’lam.

Dikemaskini pada 7hb Dis 2016.

Khasiat Madu Lebah Asli & Kepentingan Kesihatan Diri Peminumnya

Khasiat madu lebah asli memang tidak boleh disangkal – bagus dan menakjubkan dari segi kepentingan kesihatan diri peminumnya. Fakta ini bersesuaian dengan yang ditegaskan dalam Quran (surah An Nahl ayat 69) bahawa madu lebah mengandungi penawar (iaitu banyak kebaikan) untuk manusia. Madu lebah asli dalam hal ini ialah madu tulen bukannya tiruan atau yang telah diproses, dipanas atau dicampur dengan sesuatu. Khasiat madu lebah menjadi rosak jika diproses pada suhu melebihi 40.5C ataupun dipanas dalam oven microwave (itu haba radioaktif). Madu berada dalam keadaan yang stabil pada suhu sekitar 35C – yang inilah yang mempunyai kepentingan kesihatan diri kepada peminumnya.

Selain daripada madu lebah biasa, ada dua jenis lagi iaitu madu kelulut dan madu lebah tualang. Jika ditanya kepada penjual madu, macam-macam cerita. Bagi kita, mana-mana jenispun, madu juga dan khasiatnya lebih kurang saja – madu lebah tualang ada kelebihan tertentu berbanding dengan madu lebah biasa; begitu jugalah halnya dengan madu kelulut. Yang penting bagi kita, lepas minum madu, badan jadi lebih cergas dan sihat – bolehlah menjalankan tugas harian dan tumpuan beribadah jadi lebih sempurna berbanding dengan tanpa minum madu. Perhatian: berhati-hati beli madu lebah tualang, ianya mudah ditiru dari segi rasa dan warna!

Kita dihujani dengan berbagai petua dan cara untuk menikmati khasiat madu lebah. Ada yang kata elok diamalkan minum madu lebah waktu awal pagi dan hendak tidur malam. Ada juga yang kata minum madu sebelum sarapan atau makan malam. Ada pula yang kata elok selepas sarapan dan makan siang serta malam. Yang lain pula, minum madu hendaklah yang dicampur dengan satu dua bahan lain seperti putih telur, telur ayam, telur itek, cuka epal, cuka kurma, cuka nipah, kunyit, habbatus sauda, minyak habbatus sauda, lada hitam, lada putih, lemon, limau nipis, limau kasturi, halia, temu lawak, jintan hitam, bawang putih, bawang merah dan berbagai lagi…

Oleh kerana macam-macam petua, kita perlu ada pengetahuan asas tentang madu lebah asli dan kepentingan kesihatan diri. Kita sama-sama tahu bahawa sebelum jus delima, cuka kurma dan habbatus sauda dihebahkan di negara kita, tak ada pula petua minumnya dengan madu. Dengan kata lain, itu semua meragukan dan jelas rekaan penjual semata-mata! Habbatus sauda misalnya, memang elok – ada hadis. Persoalannya ialah adakah hadis tu menegaskan supaya dicampur dengan madu? Tiada fakta penyelidikan yang boleh dijadikan sandaran tentang dakwaan sedemikian.

Madu yang dicampur dengan bahan-bahan lain tak banyak sikit kandungan sebatiannya mesti bertindakbalas antara satu dengan yang lain. Peminum akan mengalami kesan negatif terhadap kesihatan diri setelah sekian lama masa berlalu – bahaya terhadap kesihatan dan kesannya akan ketara kemudian, bukan segera. Masa tu nanti, barulah sibuk nak cari ubat pula. Pada hal, madu lebah asli dah terjamin mempunyai banyak manfaat untuk kepentingan kesihatan kita – tak perlu syak dan ragu-ragu, itu Pencipta kita yang bagitau. Satu contoh tentang tindakbalas antara sebatian bahan yang menimbulkan kesan yang begitu segera ialah sewaktu perut agak kosong, cuba makan semangkuk tapai pulut, lepas itu minum secawan kopi pekat atau kopi 3in1, dalam masa kurang daripada setengah jam kemudian makan pula durian kampong sebiji dua sekali gus. Anda boleh cuba jika nak tau apa yang akan terjadi…

Madu sebenarnya sumber tenaga yang mengandungi berbagai vitamin, mineral dan enzim yang telah diselidiki berperanan untuk membagus sistem pelalian (immune system) dan juga melancarkan fungsi anti-oksidan dalam darah. Madu diserap terus tanpa melalui sistem penghadaman. Itu jugalah sebabnya kita cepat rasa cergas sebaik saja minum madu. Rujukan ini memperincikan manfaat madu (sila sentuh!). Perlukah kita mencampur madu dengan bahan lain, sedangkan segala yang diperlukan oleh badan kita untuk sihat dan cergas serta cerdas ada dalam madu?

Kita tidak nafikan madu yang dicampur dengan itu ini tu ada manfaat yang tertentu tetapi itu semua di luar keperluan dan kepentingan kesihatan harian kita. Bagi kita yang mementingkan kesihatan diri, minumlah madu tanpa campuran apa-apa, hanya dengan air memadai jika perlu – itupun dibancuh hingga sebati dulu baru minum. Hindari minum madu waktu bangun pagi (perut kosong), kesihatan diri akan cepat pudar, terutamanya jika anda ada masalah asid perut. Kebaikan dan khasiat madu lebah asli berbanding dengan yang telah diproses tersenarai secara ringkas dalam gambar carta ini:-.

raw vs processed Honey Khasiat Madu Lebah Asli & Kepentingan Kesihatan Diri Peminumnya

kepentingan kesihatan – khasiat madu lebah asli berbanding dengan yang terproses

Kita mesti berwaspada sebab Allah tidak berfirman madu banyak kebaikan untuk manusia jika diminum bercampur itu ini. Oleh itu, untuk memperolehi khasiat madu lebah asli yang sempurna, minumlah tanpa campuran apa-apa. Jika terasa letih, cepat-cepat minum madu satu atau dua sudu – anda akan cepat rasa segar kembali. Bolehlah anda menjalankan kerja semasa tanpa perlu berehat dalam masa yang agak lama. Janganlah pula anda tidur sebaik minum madu – sia-sia saja jadinya. Perhatian – jangan minum lebih daripada 9 sudu dalam sehari semalam, tubuh kita tidak memerlukan sebanyak itu! Jika anda ada masalah asid perut, amalkan minum sesudu atau dua madu yang hanya dibancuh dengan air suam hingga larut sekitar 40 minit lepas sarapan dan makan malam – jika nak, boleh juga selepas makan tengahari . Insya Allah anda akan berasa segar dan sihat selalu. Anda tak perlu risau tentang kandungan gula dalam darah. Madu lebah asli BUKAN GULA berbahaya! Yang masalahnya madu yang dipelbagai – tak tulen, kandungan gulanya tinggi dan berbagai mineralnyapun terjejas.

Kepentingan kesihatan diri anda patut diutamakan berbanding dengan perkara lain. Ambillah manfaat daripada khasiat madu lebah asli. Kurangkanlah pengambilan sebarang ubat sebab ubat, walaupun suppliment dan vitamin ataupun herba, akan berlawanan dengan keperluan dan kepentingan kesihatan diri anda, semuanya akan mendorong kepada kerosakan buah pinggang, cuma tak segera dirasai. Bila sampai pada tahap buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, anda akan terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu – akan susah dan banyak menderita kelak! Kegiatan harian dan ibadah akan amat terhad. Waktu tu barulah menyesal, terutamanya bila melihat orang lain boleh ke mana-mana sesuka hati, sedangkan anda pula asyik menderita akibat mengabaikan kepentingan kesihatan diri.

Dikemaskini pada 7hb Dis 2016.

Kenapa Perut Kembung – Perut Masuk Angin Puncanya?

Kenapa perut kembung – soalan daripada mereka yang tertanya-tanya tentang punca perut kembung dan angin pasang. Perut masuk angin puncanya ataupun sesuatu yang berkaitan dengan pedih perut atau sakit gastrik? Apakah perut kembung hanya dideritai oleh mereka yang ada penyakit gastrik? Jika anda layari internet, berbagai pendapat dan petua diluahkan. Mari kita fikir sejenak – betulkah itu? Mari ketahui bersama saya kenapa perut kembung – semua yang dipaparkan nanti berdasarkan pengalaman perubatan yang kami lalui. Ini fakta kesihatan sebenar bukannya teori atau kaedah teka-teka tanpa alasan.

Nyatanya, ada sesetengah orang yang susah buang air besar. Ada yang sampai 2 3 hari sekali dan ada juga yang hingga seminggu sekali. Bila ditanya, rupa-rupanya mereka tak tahu itu tak normal. Keadaan itu ada kaitannya dengan sembelit dan seterusnya akan mengakibatkan buasir. Kita sepatutnya sehari sekali – 2 kali lebih baik; kerana buangan itu bila lebih masa akan mewujudkan gas. Itulah yang menyebabkan perut kembung dan kemudian perut beransur buncit. Sebaiknya, cubalah atur sekali pagi dan sekali lepas makan malam. Insya Allah, masalah kembung perut akan berkurangan.

Untuk mereka yang sistem buangan elok teratur setiap hari, kembung perut terbahagi kepada dua iaitu tersegah di bahagian pusat ke atas dan satu lagi yang di bahagian pusat ke ari-ari. Kembung yang di bahagian atas pusat ada kaitannya dengan angin gastrik dan dirujuk juga sebagai perut masuk angin ataupun angin medu. Terjadinya kerana perut kerap terbiar kosong. Jelasnya kerana tak makan ketika mula terasa lapar – leka dengan kerja semasa ataupun waktu itu tiada apa yang hendak dimakan, paling-paling minum air dengan sekeping dua biskut atau roti. Bila selalu begitu, dinding perut bahagian dalam mula calar dan seterusnya calar-calar menjadi luka-luka besar dan ulser perut. Ini beransur-ansur mengganggu sistem penghadaman. Rasa senak ulu hati atau pedih perut muncul. Sakit angin perut jadi kian terasa dan makin berat. Kemudiannya, sampai pada tahap kembung dan sakit terus menerus walaupun makan kenyang. Ini juga biasanya dikaitkan dengan istilah salah makan. Kembung perut biasanya menggangu fikiran dan kesihatan diri – cepat mengelabah dan kerap rasa cemas. Jika berterusan, mungkin terpaksa menjalani pembedahan. Elakkan itu terjadi pada diri anda!

Kembung perut yang di bahagian pusat ke bawah pula terjadinya bukan kerana gastrik atau sakit ulu hati rasa pijar naik ke atas. Perkara ini amat membimbangkan kerana ada sejumlah pesakit kami yang bercerita bahawa pihak hospital tak dapat mengesan puncanya dan kerana itu tiada rawatan yang tepat diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu jugalah ramai yang menjalani rawatan kesihatan penyakit ini di tempat kami.

Ada dua keadaan yang menyebabkan terjadinya sakit di bahagian bawah perut (perut kembung di bahagian pusat ke ari-ari) iaitu:-

  1. otot gegelang yang berfungsi sebagai injap di sempadan bahagian dalam hujung perut ke usus kecil agak kendur dan terbuka halus. Sepatutnya ia sentiasa tertutup rapat sehingga proses penghadaman sempurna iaitu setelah lebih kurang 3.5 jam lepas makan. Oleh kerana ianya renggang, asid penghadaman meleleh keluar melaluinya sebelum masanya
  2. perut mengeluarkan asid penghadaman terlalu berlebihan – kesan daripada banyaknya saraf yang rosak di dinding perut bahagian dalam. Rosak kerana kerap terbiar lapar melebihi setengah jam – asid sikit-sikit mencalari dinding tersebut dan lama kelamaan makin membesar calarnya. Saraf yang banyak terputus itu mengakibatkan arahan daripada hati ke perut tentang isipadu asid yang patut dikeluarkan ketika itu tak terterima oleh perut. Asid berlebihan itulah yang menyebabkan penghadaman jadi cepat – ada yang lepas makan kenyang, tak sampai setengah jam dah lapar semula

Asid yang masih pekat itu tersalur ke usus kecil. Oleh sebab itu, sewaktu melalui usus, ianya sempat bertindak balas dengan apa yang ada dalam usus ketika itu. Terbentuklah gas atau angin perut. Keadaan kembung yang ini amat tak selesa dirasai.

Kesannya, lama kelamaan, usus makin tegang dan gemuk. Perut rasa ketat, makin membesar dan buncit. Kesan selanjutnya, bila perut dah ketat, usus kecil yang di hujung boleh tertekan ke rongga tulang bawah ari-ari dan timbullah penyakit angin pasang pula – inilah punca angin pasang.

Yang bahayanya, hakisan asid itu juga boleh mengakibat usus kecil bocor. Bila ini terjadi, anda terpaksa menjalani pembedahan untuk kerat dan buang bahagian usus yang bocor itu.

Semuga anda faham keadaan sebenar kenapa perut kembung, perut masuk angin dan punca perut kembung serta kesan sampingannya. Kami dah berjaya merawat ramai penderita penyakit kembung perut. Rawatan paling kurang 2 kali biasanya tapi kami tak berani nak janji 2 kali sihat. Eloknya, berubatlah sampai sembuh – jika tidak, penyakitnya akan berulang. Jika 2 kali sembuh, anda harus bersyukur banyak-banyak kepada Allah atas rahmatNya. Bila dah sihat, hidup ceria dan ibadahpun boleh dilakukan dengan lebih sempurna, insya Allah!

Sila hubungi kami melalui telifon jika berhajat nak berubat!

 

Dikemaskini pada 12hb Dis 2016.

 

 

Alternatif Perubatan Moden

Tahukah anda bahawa rawatan kesihatan perubatan islam ada yang alternatif kepada perubatan moden? Mari selami secara ringkas tentang perubatan moden – kebanyakan ubatnya mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan penggunanya. Perubatan alternatif juga banyak yang memudharatkan kesihatan. Jika ada kaedah perubatan yang membekalkan ubat tetapi tiada kesan sampingan, rasanya eloklah anda beralih ke perubatan yang sedemikian. Untuk mengetahui lebih lanjut sila sentuh atau klik ini: alternatif perubatan moden .

 

17 Ciri Perawat Islam – Perawat Islam penentu Perubatan Islam

Ciri perawat islam adalah asas untuk mengenali sesuatu perubatan itu sesunggguhnya perubatan islam ataupun pengubatan yang bercampur baur dengan perkara lain. Oleh itu, ciri perawat islam amat perlu diketahui oleh pesakit yang hendak mencari tempat berubat cara islam. Punca ramai yang terjebak dengan pengubatan yang bertopengkan islam ialah kerana pesakit dan pembawanya tak tahu ataupun kabur tentang perubatan islam yang sebenar. Memang ramai yang sembuh berubat di tempat yang demikian, malangnya setelah masa berlalu, banyak masalah lain timbul kerana adanya peranan jin. Kini, banyak pusat rawatan alternatif dan tradisional islam yang wujud. Jika anda google “perubatan islam”, anda akan dapati ada lebih setengah juta halaman sesawang yang akan muncul. Ini ertinya begitu ramai perawat yang mengakui bahawa kaedah rawatan mereka adalah perubatan islam. Mereka juga mungkin tanpa sedar sedang melaksanakan pengubatan yang menyimpang daripada landasan islam. Mahu tak mahu, kita perlu tapis!

Mari kita perhatikan beberapa perkara supaya jelas dan yakin bahawa perubatan yang sedang dan akan anda setujui untuk berubat jelas benar berlandaskan syariat islam. Perubatan islam dalam hal ini merujuk kepada kaedah rawatan seseorang perawat islam yang berteraskan Al-Quran dan sunnah, tiada unsur dan pengaruh jin sama sekali. Ini bermakna perkara yang mesti kita ambil berat ialah pelaksanaan pengubatan oleh perawat sebab mujarabnya sesuatu perubatan islam hanya jika perawatnya seorang yang taat dan takut serta merendah diri kepada Allah. Yang lainnya adalah mereka yang berpendamping iaitu menggunakan khidmat jin walaupun mereka bersandar kepada ayat-ayat Al-Quran. Ini kerana mereka yang kurang taat dan tak takut kepada Allah tidak memenuhi syarat doa diterima. Kaedah berdoa yang akan mujarab boleh anda rujuk dalam ayat 55 dan 56 surah Al-A’raf. Jika doa atau permintaan tertolak, berhasilnya sesuatu pengubatan oleh perawat tak lain tak bukan ialah kerana adanya peranan jin dan syaitan. Ciri perawat islam yang ini bukanlah mudah untuk diselami sebab ini berkaitan dengan tahap keimanan perawat.

Untuk membantu anda, ini ada sejumlah ciri perawat islam yang patut anda jadikan perkara asas dalam membuat penilaian. Semasa hendak mendapatkan rawatan, perhatikan samada perawat memiliki semua perkara berikut ini ataupun sebaliknya:-

  1. perawat memiliki wajah yang menyenangkan hati sesiapa yang memandangnya. Bukannya berwajah masam, bengis, garang, megah atau berlagak semacam. Perawat yang berwajah tak menyenangkan orang memandang sebenarnya memiliki hati yang berkarat – ini yang jin dan syaitan suka! Ertinya perawat yang begitu jelas dipengaruhi oleh jin dan syaitan daripada ilmu yang dimilikinya.
  2. berdoa sebelum mula – ini ciri utama jika perawat seorang yang taat kepada perintah Allah. Dia berdoa dengan suara lembut. Itu tanda dia merendah diri minta rahmat Allah. Kekuatan apa yang perawat ada tanpa keredhoan Allah. Jika perawat tak berdoa waktu nak memulai rawatan, bermakna ada kuasa sampingan yang menunaikan hajat perawat itu, walaupun dia terus memulai dengan membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Saya pernah jumpa seorang pengamal Ayatul Kursi yang bersikap terlalu baran dan cepat melenting – sepatutnya bukan begitu!
  3. sepanjang sesi rawatan, hanya kedengaran ungkapan yang berkaitan dengan nama Allah dan ayat suci Al-Quran serta doa. Bahasa kita hanya kedengaran mungkin waktu dia berdoa dan waktu dia berdialog serta mencerca jin yang di dalam badan pesakit – itupun jika ada.
  4. tidak menggunakan al-Quran sebagai alat untuk mengetahui sesuatu. Contohnya, al-Quran (biasanya kecil) diikat ataupun digantung kepada satu bekas yang ada bibir seperti labu. Dua orang mengangkat pada bibir bekas itu dengan menggunakan jari telunjuk yang berkeadaan bengkok. Perawat akan menanyakan soalan sambil memberi arahan jika betul supaya al-Quran dipusingkan ke kiri misalnya. Ungkapan seumpama itu 100% tak layak diucapkan oleh orang yang beriman. Apa mertabat perawat sebenarnya – itu kan mempermainkan al-Quran sambil menyebut nama Allah!
  5. tidak menyatakan bahawa dia tahu tujuan anda datang ataupun penyakit yang sedang anda hidapi, begitu ataupun begini, sebelum anda membuka mulut ataupun bercerita apa-apa kepadanya. Perawat yang begitu patut anda jauhi sama sekali. Cuba fikir, macam mana dia boleh tahu? Lainlah halnya jika dia imbas diri anda terlebih dulu baru dia bercerita – itupun mesti anda bandingkan, sesuai atau tidak dengan apa yang anda deritai.
  6. mesti dalam keadaan sedar dan waras bukannya “menurun”. Jika pesakit yang tak sedar ketika rawatan, itu boleh saja terjadi – yang pentingnya bukan perawat yang tak sedar.
  7. tidak meminta asam, garam, jarum atau duit syiling sebagai pengeras ataupun samada sirih, pinang, mayang, pisang, bertih, tepung pengalin, telur, ayam atau kambing sebagai syarat berubat.
  8. tidak kasar dan bermegah diri ataupun sombong dan angkuh – berkasar dan tegas terhadap jin dan syaitan memang wajar sebab mereka derhaka kepada Allah dan tentunya mereka juga musuh kita. Oleh kerana itu, perawat mesti berkasar terhadap mereka tetapi berlembut sesama kita.
  9. mendirikan solat bila masuk waktu – perhatikan perawat dan pembantunya (jika ada) semasa masuk waktu solat, jika mereka jenis orang yang solat, mereka secara bergilir akan pergi mengerjakan solat.
  10. berpakaian sopan dan menutup aurat – menutup aurat saja tidak memadai sebab lelaki yang menutup aurat tetapi tidak memakai baju adalah tidak sopan sebagai perawat.
  11. menjaga aurat sewaktu merawat – perawat tidak menyentuh pesakit yang bukan mahram sesuka hati. Ada juga perawat yang memakai sarung tangan – itu cukup bagus! Malangnya, pesakit pula yang tak menutup aurat – ini juga mengundang pengaruh jin dan syaitan. Tidak menutup aurat bermakna ingkar perintah Allah.
  12. tidak merokok – perokok sentiasa didampingi oleh jin sebab asap adalah makanan jin selain daripada tulang, lagipun merokok hukumnya haram bukan makruh seperti mana yang kebanyakan kita fahami. Perkara utamanya ialah mulut dan nafas perokok baunya busuk – ini memikat jin menjadi kawan karib yang terdekat. Itu jugalah puncanya terdapat ramai perokok yang terlalu panas baran. Bila berbicara tentang perkara ugama, suara dia akan makin meninggi dan berlagak hebat. Itu kan telatah iblis!
  13. tidak menggunakan asapan seperti kemenyan dan colok – itu alat pemanggil jin ataupun pendamping. Asapan daripada daun yang wangi bertujuan untuk memerangkap jin tidak sama seperti peranan colok dan kemenyan kerana jin benci bau wangi.
  14. tidak mengguna sebarang alat lama seperti besi, batu cincin ataupun barang peninggalan datuk nenek – awas, itu semua ada jin dalamnya.
  15. tidak meninggikan suara sewaktu menyebut nama Allah – biasa kita lihat perawat di siaran TV melaungkan perkataan Allah atau Allahu Akbar dengan nada tinggi dan kasar, malah ada juga yang terpekik-pekik. Perawat yang begitu, positif ada jin dalam badannya! Perawat islam sepatutnya sentiasa takut kepada Allah. Dengan sebab itu, dia tak akan berani nak menyebut nama Allah dengan nada tinggi – itu ‘kan mendehaka namanya, sama macam jin dan syaitan! Elakkanlah berubat ke tempat yang begitu!
  16. merawat secara terbuka, sesiapapun boleh tengok – bukannya perawat dan pesakit saja yang di dalam bilik khas, lebih-lebih lagi jika perawat lelaki dan pesakitnya perempuan. Rawatan kesihatan dengan cara berurut tanpa sarung tangan juga mendekatkan anda kepada kemurkaan Allah sebab masalah aurat (dosa) dan minyak urut juga ada yang telah diisi – dikhuatiri ada pengembarnya…
  17. merawat di tempat yang persekitarannya bersih dan tiada berbau yang tidak menyenangkan – jin dan syaitan amat suka tempat yang berbau dan kotor. Oleh kerana itu, kita disunatkan memakai bau-bauan tanpa alkohol ketika solat – jin dan syaitan benci bau wangi! Perawat islam yang memakai minyak wangi semasa merawat pesakit adalah orang yang faham tentang perkara ini – dia seorang pengamal perubatan islam yang tak mahu pengubatannya bercampur-baur dengan pengaruh dan khidmat jin.

Seandainya anda berubat di tempat yang perawatnya tidak memenuhi satu di antara ciri perawat islam yang tersenarai di atas, walaupun dia memakai ketayap dan jelas bacaannya, besar kemungkinan penyakit anda akan sembuh untuk beberapa ketika saja. Masalah akan timbul kerana adanya peranan jin. Oleh itu, berhati-hatilah. Wallahu a’lam…

Insya Allah, manfaatkanlah ciri perawat islam yang tertera di atas agar anda tidak ikut terpesong selamanya…

 

Dikemaskini pada 26hb Jun 2021

Sila kongsi untuk kebaikan:-

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2021 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·