Monthly Archive: October 2014

Cara Merawat Gastrik – Perlu Pulih Sistem Penghadaman, Pernafasan & Buangan

Cara merawat gastrik dan sakit ulu hati yang kami lakukan ialah memberi tumpuan utama kepada membaikpulih sistem penghadaman, pernafasan dan buangan secara keseluruhan. Gastrik adalah kesan daripada limpahan asid penghadaman yang berlebihan dalam perut. Sakit ulu hati pula ialah kesan otot injap di sempadan antara saluran makanan dengan perut menjadi kian lemah dan tak tertutup rapat; mengakibatkan sedikit asid pencernaan terlimpah keluar ke saluran makanan.

Kedua-dua penyakit ini mempunyai kaitan rapat dengan kecuaian mengawal tabiat makan. Lemahnya dinding dalam perut dan otot injap juga akibat tindakbalas sejumlah ubat serta supplement yang telah dimakan sekian lama. Oleh kerana itu, sebelum memulai rawatan, pesakit mesti setuju dua perkara ini:-

  • jaga makan selama seminggu iaitu makan berat setiap 3 jam kecuali waktu tidur malam. Untuk hari pertama dan kedua, jika rasa nak lapar, cepat makan
  • berhenti makan semua ubat moden dan tradisional serta supplement

Memang ada pesakit yang kurang setuju dengan perkara ini. Itu syarat kami jika nak berubat!

Sebenarnya begitu ramai pesakit terlepas pandang tentang fakta bahawa ubat dan supplement yang telah ditelan sekian lama tidak memulihkan kesihatan diri. Oleh kerana terbuai dengan hasrat inginkan sihat, mereka terus-menerus menelan ubat sebagaimana yang diarahkan, walaupun kesihatan diri terasa tambah merosot.

Mahu tak mahu, cara merawat gastrik dan sakit ulu hati yang berkesan ialah mengatasi masalah kepincangan sistem perjalanan darah serta organ yang fungsinya terganggu akibat asid berlebihan dan toksid dalam badan. Tertib rawatan kami  – cara merawat gastrik dan sakit ulu hati ialah:-

  1. tarik keluar toksid dan lebihan ubat dalam badan
  2. rendahkah kepekatan asid dalam perut
  3. baiki calar dan luka di bahagian selaput dalam perut
  4. lancarkan laluan dalam daripada perut ke usus kecil hingga akhir usus besar
  5. pulihkan otot gegelang penutup saluran makanan ke perut
  6. baiki saluran makanan
  7. baiki sistem ransangan hati dengan perut
  8. tawarkan asid di seluruh badan

Biasanya dua tiga kali rawatan masalah selesai, insya Allah. Walau bagaimanapun, kami tidak menjanjikan apa-apa sebab urusan menyembuhkan sesuatu penyakit hanyalah Allah. Kami hanya memohon dan berusaha.

Setelah rawatan, kami akan usulkan minum dua tiga sudu besar madu tulen yang dibancuh dengan air suam. Minum paling cepat 40 minit setelah sarapan, makan tengahari dan makan malam – yang eloknya, setelah sejam. Insya Allah, biasanya pulih dalam masa satu ke dua minggu.

Jom sihat tanpa ubat dengan cara rawatan gastrik dan sakit ulu hati kami! Lupakanlah segala cara yang telah dicuba – anda tahu sendiri, hingga kini sakit gastrik dan ulu hati anda masih tak terubat…

Hubungi kami! Muga-muga anda cepat sihat sejahtera dengan cara merawat gastrik dan sakit ulu hati yang akan kami laksanakan kepada anda! Insya Allah…

 

 

 

5 penawar gastrik termujarab

Penawar gastrik yang di nyatakan di sini ialah yang termudah untuk diperolehi dan tak perlu ke doktor. Anda hanya perlu memilih satu di antara penawar yang dinyatakan. Syaratnya, bila dah pulih, jaga makan iaitu cepat makan bila mula ada rasa lapar. Seboleh-bolehnya dalam masa 10 minit mesti makan. Makannya agak terasa kenyangnya, bukan sikit-sikit tapi kerap seperti yang disyorkan oleh kebanyakan doktor! Insya Allah, gastrik tak akan berulang! Jika keadaan gastrik anda dah pada tahap teruk sekarang ni, penawar yang saya nyatakan nanti tidak boleh menyembuhkan penyakit anda sepenuhnya. Perlu buat rawatan!

Penawar gastrik

  1. Untuk mencegah gastrik, anda perlu melakukan tiga perkara ini iaitu makan jangan gelojoh, jangan makan selagi perut masih kenyang dan cepat makan bila mula rasa nak lapar – jangan tangguh! Insya Allah, anda tak akan kena sakit gastrik selamanya! Bagusnya penawar gastrik yang ini ialah tidak timbul masalah asid berlebihan dalam badan.
  2. Penawar gastrik yang termudah dan paling murah ialah baking soda. Bila ada rasa pedih ulu hati, bancuh hampir setengah camca rata dalam segelas air dan minum. Jika masih ada sakitnya setelah 20 minit, minum segelas lagi. Jika perlu, ulanglah setiap 20 minit sehingga hilang rasa sakit – mungkin ada tak baiknya kerana ianya ada bahan kimia. Faktanya ialah air baking soda bersifat alkali, gastrik pula kerana asid berlebihan. Peranannya ialah menawarkan asid dalam perut. Bila asid dalam perut jadi makin tawar, hilanglah rasa sakit gastrik. Bila-bila jadi lagi, ulang dengan cara yang serupa. Ketidakselesaan lain mungkin timbul jika ada luka dalam perut.
  3. Penawar gastrik yang tanpa mengira masa ialah minum air alkali atau beli kapsulnya – mahal! Minum sesuka hati hingga hilang rasa sakit. Kesannya cepat dirasai – badan agak segar daripada biasa dan perut lambat lapar. Setakat ini tak diketahui mudaratnya. Logiknya, kesan sampingannya tetap ada sebab perut yang berlebih alkali untuk tempoh yang lama, sistem badan akan mengimbanginya semula – ertinya asid pencernaan akan keluar lebih banyak daripada isipadu sebelum memulai rawatan dengan air tersebut. Ini mengakibatkan asid dalam badan akan terlebih banyak daripada yang sepatutnya – terganggulah kesihatan. Yang bagusnya, bila dah hampir 2 minggu tak ada rasa pedih atau senak ulu hati, berhenti minum air itu dan jaga makan – bila mula rasa nak lapar, makan! Insya Allah tak akan timbul masalah. Unsur terpenting yang mesti diambil perhatian ialah perkara halal – kebanyakan bahan pemprosesan air alkali tidak halal. Dengan itu, diragui juga tentang kapsulnya.
  4. Bahan penawar gastrik yang terbaik ialah madu lebah. Allah dah bagitahu umat Islam lebih 1400 tahun dulu bahawa MADU LEBAH banyak manfaat untuk manusia (ayat 69 surah An-Nahl). Cuma caranya yang kita kurang pasti. Ikut kata orang tua-tua, minum sesudu waktu nak tidur dan sesudu lagi waktu bangun tidur (subuh). Elok untuk kesihatan secara amnya. Malangnya, itu tidak benar untuk merawat sakit gastrik! Untuk pengetahuan, caranya ada dan amat berkesan – ianya berdasarkan kajian. Penawar yang ini positif tiada kesan sampingan – Allah dah tegaskan madu banyak kebaikan untuk manusia. Masalahnya ialah susah nak dapatkan madu yang tulen. Caranya ada dalam cara merawat gastrik
  5. Ini satu penawar gastrik yang amat mujarab ketika perut sakit dan senak, pijarnya naik ke atas dan mulutpun ada sedikit rasa masam. Anda perlu muntahkan (supaya mudah muntah, minum air kosong 3 4 gelas terlebih dulu). Lepas muntah, berkumurlah. 20 minit kemudian minum air suam panas (panas yang anda boleh tahan) 3 cawan lebih. 10 minit kemudian anda boleh makan seperti biasa, insya Allah lega! Makan tu elakkanlah semua yang rasa masam – walaupun masamnya sikit saja.

Oleh kerana nak dapatkan madu 100% tak campur agak sukar dan mahal, yang mudahnya ialah samada baking soda atau air alkali ataupun muntahkan. Sementara belum baik betul lagi, beralihlah kepada bahan makanan dan minuman yang beralkali dan kurangkan yang berasid, terutamanya yang berasid tinggi seperti daging lembu, sardin, kicap, minuman bergas dan lain-lain sila rujuk keseimbangan makanan asid-alkali.

Yang bagusnya – makan… perut kenyang … tak membazir wang… Nak makan tu, bacalah bismillah dan doalah supaya sihat sejahtera. Insya Allah pulih! Bila dah pulih, bolehlah makan bahan makanan yang berasid tapi rasa-rasalah dulu.

Elakkan supaya gastrik anda tidak terjadi sehingga tahap yang perlu menjalani pembedahan, bayarannya mahal!

Berubatlah sebelum terlambat!

Tatacara rawatan gastrik kami…

 

… dikemaskini 16April2021 …

sila kongsi:-

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·