Penyakit Asma Atau Lelah – Rawatan Asma Dengan Inhaler?

Penyakit asma dalam bidang ilmu kedoktoran ialah keadaan sesak nafas ekoran daripada otot saluran pernafasan dalam peparu yang mengecut. saluranNafas asma Penyakit Asma Atau Lelah – Rawatan Asma Dengan Inhaler?Nama lain penyakit ini ialah semput dan penyakit lelah. Punca asma terjadi ialah kerana otot saluran tersebut terlalu sensitif terhadap persekitaran yang tercemar.

Rawatan asma untuk peringkat awal hanya dengan ubat. Kemudian pesakit akan diberi inhaler (ubat pam) pelega segera – semburan bahan kimia ke mulut. Fungsinya ialah untuk meransang otot saluran pernafasan dalam peparu supaya mengembang – bolehlah bernafas agak selesa.

Bila penyakit asma sampai pada tahap yang dah tak terkawal, inhaler steroid pula perlu digunakan. Ubat jenis yang ini berperanan untuk mengurangkan radang dan bengkak dalam saluran pernafasan – serangan asma tidaklah kerap terjadi tapi perlu guna setiap hari pada peringkat mula gunanya.

Menurut doktor, penggunaan inhaler selamat, asal saja ikut arahan yang diberikan. Sila ke rujukan ini: inhaler untuk asma.

Nyatanya, pada tahap asma teruk iaitu bila inhaler tak berkesan lagi, pesakit terpaksa diserkup dengan alat bantuan pernafasan.

Apa yang dapat difahami di sini ialah teknik perubatan moden masih belum mampu menyembuhkan penyakit asma. Di peringkat awal, pesakit menaruh harapan yang tinggi untuk sembuh. Setelah menjalani rawatan asma oleh doktor yang pakar dalam bidangnya, harapan tersebut makin hari bertukar jadi makin malap kerana keadaan jadi tambah teruk.

Pengajarannya ialah inhaler bukannya ubat asma yang menyembuhkan – ianya membantu untuk melegakan penyakit lelah untuk sementara saja. Penggunaan yang berterusan tak banyak sikit menyumbang kepada sakit asma jadi teruk – ‘kan lebih baik dari awal-awal lagi tukar arah!

Memang diakui, ubat asma atau ubat lelah yang alternatif kepada perubatan moden bukan semuanya berkesan. Banyak yang memudaratkan. Oleh itu, perlu pilih tempat berubat yang ramai pesakit asma sembuh setelah berubat di sana. Lagi satu, jika perawat menggunakan bahan ubatan yang mengarut, eloklah anda segera beredar dari situ. Itu nasihat saya kerana Allah untuk anda supaya mendapat berkat dan rahmat.

Rawatan Penyakit Asma Kami

Daripada pengalaman kami merawat penyakit lelah iaitu penyakit asma, rongga dalam peparu pesakit terdapat saki baki ubat semburan inhaler yang melekat di saluran pernafasan. Ertinya, ubat itu menambah sempitkan saluran pernafasan juga. Oleh kerana itu, pepundi udara di hujung saluran pernafasan hampir tersumbat dan tak dapat menyalurkan oksigen ke darah. Oleh sebab itu jugalah kita lihat pesakit terlalu susah untuk bernafas. Bila tarik nafas, lekuk di bawah kerongkong jadi terlalu tertarik ke dalam rongga.

Tatacara kami melakukan rawatan asma ialah dengan menyedut seluruh saluran pernafasan dalam peparu hingga ke pepundi udara. Ringkasnya, kami cuba bersihkan peparu daripada semua cairan dan kotoran yang menumpuk dalam peparu. Kemudian barulah kami cuba membaikpulih otot saluran dan saraf supaya berfungsi dengan betul. Lebihan bermacam ubat yang menjadi toksid dalam badan juga akan kami sedut keluar. Jika perlu darahpun akan kami tukar.

Biasanya, rawatan asma yang khusus ini perlu diulang tiga empat kali iaitu hingga betul-betul sembuh. Bilangan ulang rawatan bergantung kepada keterukan yang dialami oleh pesakit. Bila dah pulih, penyakit asma tidak akan mengganggu lagi, insya Allah..

Untuk makluman, hampir semua pesakit asma yang ke kami adalah mereka yang berpenyakit di tahap teruk. Ada juga yang dalam keadaan paling teruk iaitu bila terjadi serangan penyakit asma terpaksa diserkup dengan alat bantuan pernafasan selama belasan jam setiap kali. Rahmat Allah untuk dia. Dia sihat dan tak lagi menggunakan inhaler untuk hidup. Alhamdulillah..

Jika anda berhajat untuk berubat, sebelum buat temujanji (sila klik atau sentuh perkataan itu), sila fahami kaedah rawatan jom sihat tanpa ubat kami terlebih dulu..

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2018 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·