Sila Telefon Kami

Telefon kami terlebih dahulu antara 10:00 pagi ke 9:30 malam jika berhajat untuk berubat. Kami hanya menerima pesakit secara temujanji saja.

Rawatan diadakan waktu SIANG SAJA 4 hari seminggu iatu Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 11:00 pagi hingga 4:00 petang. Sila ambil perhatian bahawa tempoh rawatan setiap pesakit ialah sekitar 45 minit, tambah masa jika buat scan penyakit dalam badan.

Untuk pengetahuan, rawatan alternatif kami bukanlah yang jenis bayar seikhlas hati. Setiap kali pesakit berubat, kami kenakan bayaran ikut jenis penyakit yang dirawat – itu semuanya melibatkan tenaga dan kerja. Saya harap anda dapat memahami – kami buat kerja rawatan secara profesional, bukannya sambil lewa atau seadanya!

Pertanyaan selain temujanji untuk berubat, kami minta maaf tak dapat nak layan sepenuhnya, boleh secara ringkas saja. Sila telefon kami, insya Allah kami akan jawab secara ringkas.

Harap maaf, SMS atau whatsApp kami tak layan! Lagipun, hal penting sepatutnya bercakap lebih jelas lagi dan jimat masa, bukannya asyik balas taip menaip! Saya perlu masa untuk berbagai perkara lain.

Untuk arah ke tempat rawatan kami, sila klik ini: Lokasi Kami

Sila ambil perhatian: sepanjang PKP ini kami tutup, buka semula dalam minggu ke 2 setelah PKP tamat.
Namun begitu, kami akan melakukan rawatan dari jauh untuk mereka yang betul-betul bermasalah kesihatan tentang peparu, asma, sesak nafas, buasir, resdung, gastrik, sakit kepala, vertigo, kanser, leaukemia, kayap, buah pinggang, dialisis, batu karang, sakit gigi, sakit kulit, urat saraf, jantung, fungsi hati dan lain-lain sila klik INI. JANGAN TERSILAP SANGKA YA, kami tak guna khidmat jin! Tentang nak buang jin setan atau saka, kami tak buat dari jauh. Perlu dapatkan surat kelulusan untuk datang berubat. Itupun setelah anda atur temujanji dengan kami.
    

Salam ikhlas daripada kami:-
Dr Rasid & Nazar
019-2227223
Pusat Perubatan Dr Rasid & Nazar
Taman Sri Kajang, Kajang
24hb Jun 2021

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·