Perubatan DrRasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat

kadPerubatanIslam350x200 Perubatan DrRasid & Nazar   Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat

penyakit bolehrawat perubatan islam kami

Assalamu’alaikumPerubatan islam jom sihat tanpa ubat yang kami laksanakan di Pusat Perubatan Dr Rasid & Nazar adalah suatu perubatan alternatif kepada perubatan moden – bukannya suatu perubatan komplimentari ataupun perubatan tradisional. Kunjungan anda di laman sesawang kami ini amat dialu-alukan. Semuga ada banyak manfaat untuk anda. Laman perubatanDrRasid.com ini diwujudkan dengan hasrat untuk menyalurkan maklumat serba ringkas tentang perubatan islam jom sihat tanpa ubat di Pusat kami untuk penyakit asma, buasir, gastrik, kanser, leaukemia, sakit kepala, vertigo, resdung serta sakit gigi, belakang, pinggang & lutut. Kesemua penyakit ini tidak mudah diatasi dengan perubatan moden. Dengan ini, kami mempelawa anda jom sihat tanpa ubat sekarang!

Oleh kerana kaedah rawatan kami bukannya komplimentari kepada perubatan moden, semua pesakit yang datang ke kami perlu memilih samada nak teruskan perubatan moden di hospital ataupun fokus ke kami saja – tak boleh campur! Insya Allah anda akan sembuh setelah menjalani 2 ke 5 kali rawatan – selang masa antara rawatan sebaiknya 2 3 hari. Kos rawatan jauh lebih rendah berbanding dengan berubat di hospital swasta. Berubat di sana, penyakit anda akan berulang kerana mereka masih belum ada penawar yang betul-betul mujarab. Kami pula tidak sebagus mana – bergantung kepada rahmat Allah untuk pesakit.

Kos rawatan di sana pula kian meningkat sesuai dengan peredaran masa. Anda boleh agak sendiri – orang biasa tak mampu! Yang mampu beli insurans kesihatan, itu orang mampu – dia bukan dalam kategori orang biasa. Di antara penyakit yang tersebut tadi, kos rawatan yang paling rendah mungkin pening atau sakit kepala. Anda akan bertaguk dengan ubat seperlunya. Kesannya, lama kelamaan buah pinggang anda akan bermasalah. Akhirnya akan terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu. Kos dialisis pula melebihi RM200 setiap kali ke sana, itu tak termasuk kos perjalanan ke tempat dialisis dan ketidakselesaan semasa ke sana dan di sana. Begitu begini, kosnya melebihi RM3,000 sebulan. Apa hal? Kita juga perlu makan minum ‘kan? Berbeza betul dengan di pusat-pusat rawatan islam!

Contoh lain, mari kita tinjau sakit gastrik. Penyakit ini juga masih belum boleh disembuhkan dengan ubat moden atau farmasi. Memang diakui bahawa berbagai kaedah dan ubat telah dicipta untuk merawat penyakit gastrik, senak perut dan pijar ulu hati atau angin medu. Namun begitu, masih ramai pesakit gastrik yang sama berulang-alik ke hospital di bahagian pesakit luar atau ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Petunjuk daripada ini ialah penyakit gastrik tidak boleh di atasi dengan perubatan moden – ubat moden hanya boleh untuk bertahan saja. Dengan kata lain, mereka belum ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini (mungkin ada ubatnya tapi di rahsiakan atas alasan business – tak banyak untung). Ubat-ubat itu pula lambat laun akan merosakkan buah pinggang. Daripada menghadapi risiko yang begitu, lebih baik beralih kepada kaedah rawatan perubatan islam tanpa ubat di pusat perubatan kami. Kebaikannya ialah tiada kesan sampingan ubat. Sekurang-kurangnya jika tak baik sepenuhnya, tidaklah menghadapi masalah organ atau sistem badan yang terjejas akibat ubat. Ini maklumat tentang cara rawatan gastrik dan senak ulu hati (sila klik atau sentuh untuk tahu selanjutnya) yang kami lakukan.

Secara ikhlas ditegaskan di sini bahawa perubatan islam jom sihat tanpa ubat yang kami lakukan tidak menyimpang daripada Islam. Anda tak perlu khuatir tentang jin atau pendamping. Kami TIDAK menggunakan khidmat JIN sama sekali. Lagipun, semua jin itu bukan bagus sangat – taraf jin lebih rendah daripada kita manusia, cuma ramai di kalangan kita yang tidak menyedari tentang fakta ini. Kami takut dan akur dengan perintah ALLAH supaya tidak berbaik dengan mereka [sila rujuk ayat 50 surah Al-Kahfi dan ayat 60 surah Ya Sin]. Bayangkan, jika kepada Allah mereka sanggup ingkar, apatah lagi kepada kita manusia. Jadi, tidak ada satu alasanpun bagi kami untuk berbaik dan menggunakan khidmat mereka. Mereka telah dikutuk oleh Allah dan kami pula tidak mahu dikutuk oleh Allah seperti mereka. Kami takut kemurkaan Allah! Untuk perhatian anda, ini ada 17 ciri perawat perubatan islam (sila klik atau sentuh) yang patut diketahui sebagai panduan untuk berubat di sesuatu tempat rawatan alternatif. Semuga anda boleh memilih kaedah rawatan yang tidak terpesong daripada Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

Perlu diketahui bahawa hampir semua pesakit yang datang ke kami di Pusat Perubatan Dr Rasid & Nazar adalah mereka yang telah menjalani berbagai rawatan di pusat perubatan tradisional, rawatan islam, perubatan islam, homeopathy, acupuncture, urut dan bekam serta perubatan alternatif lainnya. Juga ramai di antara mereka yang telah berkali-kali ke doktor tapi masih tak sihat walaupun dos ubat makin bertambah. Perlu difahami di sini bahawa rawatan kesihatan kami bukanlah yang terbaik. Asas yang perlu diyakini ialah sakit bila sesuai dengan ubatnya, insya Allah akan beransur pulih. Kesannya bukanlah segera, biasanya dapat dirasai sedikit sebanyak sebaik saja lepas rawatan. Sekiranya dalam masa 24 jam setelah rawatan pertama, pesakit tidak merasakan sebarang kesan sama sekali, itu ertinya pesakit tak rasi dengan cara kami!

Perubatan islam jom sihat tanpa ubat kami TIDAK TIPU. Kami tidak menjanjikan hanya sekali rawatan, pesakit akan sembuh. PERLU ULANG! Jika nak sekali baik ataupun saja nak cuba-cuba, silalah berubat ke tempat lain. Walau bagaimanapun, jika anda sembuh selepas rawatan pertama, anda patut melakukan solat sunat syukur 2 rakaat, bersyukur kerana Allah lorongkan terlepas daripada musibah.

Jika kita imbas sejenak, ramai yang lebih lima enam kali ke klinik ataupun ke hospital, walaupun tidak merasakan penyakit yang dideritai kian reda, masih berulang ke sana sebab tiada pilihan dan masih berharap penyakit yang dideritai boleh sembuh. Mereka sebenarnya bertahan dengan ubat tahan sakit – tak makan ubat, badan rasa teruk ya amat! Ramai pesakit yang ke kami mengakui berkeadaan makin hari makin tak selesa dan menderita, walaupun telan ubat ikut aturan. Ada sungutan tapi tiada tokmahan terhadap doktor yang merawat mereka – ada juga yang lepas itu berkata bahawa itu biasalah di hospital…

Ciri keberkesanan yang kami titikberatkan ialah sebaik saja selesai rawatan, kami akan tanya pesakit tentang keselesaan yang dirasai berbanding dengan sebelum memulai rawatan. Boleh dikatakan 95% pesakit dengan senyum mengakui penyakit yang dideritai terasa agak lega – bukanlah baik terus waktu itu juga! Itulah kenyataannya, ramai yang datang dengan air muka bermasalah, lepas rawatan nampaklah ceria sikit – terserlah harapan untuk sembuh di muka mereka. Itulah istimewanya perubatan islam yang menjadi alternatif kepada perubatan moden di Pusat kami. Walau bagaimanapun, ada hal tertentu yang keselesaannya tidak berapa terasa atau tak terasa sama sekali. Perkara ini biasanya terjadi kerana:-

  1. ada perkara lain yang pesakit sorokkan daripada pengetahuan kami
  2. ataupun dalam badan pesakit terlalu banyak toksid akibat terlalu banyak menelan ubat dalam tempoh yang agak lama, terutamanya ubat kimo dan kesan radiasi serta beberapa ubat tradisional yang mengandungi steroid
  3. ataupun adanya peranan jin dalam badan pesakit

Seandainya setelah menjalani empat atau lima kali rawatan masih tiada kesan, pesakit patut menerima hakikat bahawa Allah memberi ingat supaya sedar dan insaf – dengan penyakit itulah anda akan dijemput kembali… Wallahu a’lam…

Untuk makluman anda, kegiatan perubatan islam kami dimulai pada tahun 1999. Fokus rawatan ketika itu ialah untuk mereka yang mengidap penyakit yang berkaitan dengan hantu (jin dan syaitan) serta perubatan tradisional untuk buasir, leaukemia, santau dan masalah keluarga. Pada akhir tahun 2010, kami meluaskan skop pengubatan dan rawatan islam kami untuk pesakit yang penyakitnya perlu dirawat oleh doktor perubatan di hospital. Samada pesakit akan sembuh ataupun tidak, itu bukan kami yang menentukan. Kami lemah dan da’if – tiada kuasa apa-apa, hanya Allah yang berkuasa atas segalanya. Tugas kami sebagai perawat perubatan islam jom sihat tanpa ubat ialah memohon semuga ada rahmat Allah untuk pesakit agar penyakit yang dideritai pesakit beransur pulih. Mudah-mudahan dengan keadaan itu pesakit akan dapat melakukan tugas harian dan ibadah yang lebih sempurna kepada Allah. Insya Allah!

Setelah sekian lama berkecimpung dalam pengubatan dan perubatan alternatif islam, kami mempelawa anda jom sihat tanpa ubat sekarang juga daripada penyakit khusus ini: asma, buasir, gastrik, kanser, leaukemia, sakit kepala, vertigo, resdung serta sakit gigi, belakang, pinggang & lutut. Untuk temujanji berubat, sila ke menu telefon kami. Untuk arah ke pusat rawatan, sila lihat pedoman arah tuju dalam peta lokasi (sila klik atau sentuh) ini.

Selain daripada penyakit khusus yang tersebut tadi, ada sejumlah penyakit lain yang juga kami berhasil rawat dengan izin Allah. Sila kunjungi senarai lengkap penyakit boleh rawat (sila klik atau sentuh) daripada sini.

Semuga kunjungan anda di perubatanDrRasid.com, laman sesawang Pusat Perubatan Dr Rasid & Nazar – perubatan islam jom sihat tanpa ubat, tidak sia-sia serta mendapat rahmat Allah. Amin!

Nak tau lebih lanjut tentang kaedah perubatan islam kami, sila klik atau sentuh ini: kaedah perubatan islam jom sihat tanpa ubat yang kami…

Dikemaskini pada 27hb Nov 2020.


XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·