Penyakit Asma Atau Lelah – Rawatan Asma Dengan Inhaler?
Penyakit asma dalam bidang ilmu kedoktoran ialah penyakit di peparu. Ianya menimbulkan keadaan sesak nafas ekoran daripada otot saluran pernafasan dalam peparu yang mengecut. Dalam bahasa kita, penyakit ini dirujuk dengan kata penyakit lelah atau semput. Punca terjadinya ialah kerana otot saluran pernafasan dalam peparu terlalu sensitif terhadap persekitaran yang tercemar.
Rawatan asma untuk peringkat awal hanya dengan ubat. Kemudian pesakit akan dikehendaki mengguna inhaler (iaitu ubat pam pelega segera – ianya semburan bahan kimia ke mulut) setiap kali terasa susah bernafas. Fungsinya ialah untuk meransang otot saluran pernafasan dalam peparu supaya mengembang – bolehlah bernafas agak selesa. Itu hanya pelega sementara.
Lama kelamaan, penyakit asma akan sampai pada tahap yang dah tak terkawal, inhaler steroid pula perlu digunakan. Ubat jenis yang ini berperanan untuk mengurangkan radang dan bengkak dalam saluran pernafasan – serangan asma tidaklah kerap terjadi tapi perlu guna setiap hari pada peringkat mula gunanya.
Menurut doktor, penggunaan inhaler selamat, asal saja ikut arahan yang diberikan. Sila ke rujukan ini: inhaler untuk asma.
Nyatanya, bila asma mencecah tahap teruk iaitu bila inhaler tak berkesan lagi, pesakit terpaksa diserkup dengan alat bantuan pernafasan, biasanya ini dilakukan di wad kecemasan.
Apa yang dapat difahami di sini ialah teknik perubatan moden masih belum mampu menyembuhkan penyakit asma – hanya setakat bertahan, lama kelamaan kenegatifannya akan beransur ketara sesuai dengan peredaran masa. Di peringkat awal, pesakit menaruh harapan yang tinggi untuk sembuh. Setelah menjalani rawatan asma oleh doktor yang pakar dalam bidangnya, harapan tersebut makin hari bertukar jadi makin pudar kerana keadaan jadi tambah teruk.
Pengajarannya ialah inhaler bukannya ubat asma yang menyembuhkan – ianya membantu untuk melegakan penyakit lelah untuk sementara saja. Penggunaan yang berterusan tak banyak sikit menyumbang kepada sakit asma beransur jadi teruk – ‘kan lebih baik dari awal-awal lagi tukar arah kepada rawatan alternatif!
Memang diakui, ubat asma atau ubat lelah yang alternatif kepada perubatan moden bukan semuanya berkesan. Banyak yang memudaratkan. Setengahnya membuat promosi atas nama ISLAM. Oleh itu, anda perlu pilih tempat berubat yang ramai pesakit asma sembuh setelah berubat di sana. Lagi satu, jika perawat menggunakan bahan ubatan yang mengarut, eloklah anda segera beredar dari situ. Itu nasihat saya kerana Allah untuk anda supaya mendapat berkat dan rahmat.
Untuk perhatian anda, kaedah rawatan asma kami bukanlah yang terbaik. Namun begitu, kami dah berjaya rawat ramai pesakit asma atau lelah hingga pulih sepenuhnya sejak sekitar 10 tahun lepas. Jom bebas asma dengan kaedah rawatan asma kami (sila klik atau sentuh yang bergaris itu).
… dikemaskini pada 29 Ogos 2020…