Ubat Penawar Penyakit Kanser – betulkah berkesan?
Ubat penawar penyakit kanser yang bukan saja menjadi penawar kanser malah memang bertindak sebagai ubat penyembuh berbagai penyakit kanser amat diperlukan oleh semua pesakit kanser. Malangnya setakat ini, kita masih tertanya-tanya tentang itu. Yang berubat di hospital melencong ke perubatan alternatif. Yang menelan ubat cara alternatif pula tak kurang yang bertukar dengan cara itu ini. Itu menyarankan fakta bahawa ubat penawar penyakit kanser masih terawang-awang entah di mana – umpama “indah kata daripada rupa”.
Ubat Kanser Konvensional
Pelaksanaan rawatan kanser ada berbagai cara, sesuai dengan kaedah perubatan yang dipilih. Dalam perubatan konvensional (disebut juga sebagai perubatan moden), rawatan penyakit kanser dilakukan melalui pembedahan jika perlu, ubat kimo (atau terapi kimo) dan terapi radio (terapi radiasi).
Kini kaedah rawatan dalam perubatan moden sudah begitu canggih – berbagai ubat kanser telah dicipta. Namun begitu, keluhan pesakit setelah rawatan, banyak yang memberi gambaran negatif. Begitu juga halnya dengan terapi radio terhadap pengidap penyakit kanser otak – ramai yang kejang sebaik selesai terapi pertama. Ini bukan suatu prasangka, ada dua kes yang saya lihat dengan mata kepala sendiri! Kesian.. datang berjalan, balik berusung!
Itu berdasar keluhan semua pesakit kanser yang bertukar arah dan ingin mendapatkan rawatan di tempat kami. Menurut mereka, perubatan moden banyak memudharatkan – rasa tak tertanggung menahannya. Mereka kecewa – badan makin tak bermaya dan duit habis beribu-ribu. Yang ada insuranspun mengeluh juga kerana bukan semua kos rawatan ditanggung oleh pihak insurans.
Keluhan mereka itu mendedahkan fakta bahawa rawatan perubatan moden masih belum menemui ubat penawar penyakit kanser yang menyihatkan. Ada kemungkinan juga mereka dah tak kesah untuk terus menyelidiki ubat penawar kanser. Sebabnya ialah terapi kimo dan terapi radio dah ternyata boleh menjana hingga lebih seratus ribu ringgit daripada setiap pesakit. Mereka yang berduit atau ada insurans memang cenderung memilih cara itu. Yang kurang mampu, mahu tak mahu, terpaksalah memilih cara alternatif.
Apa yang dikeluhkan oleh mereka itu banyak benarnya. Ianya sejajar dengan apa yang dikemukakan oleh beberapa pakar kimo dan penyelidik perubatan di negara asing. Dua daripadanya disenaraikan di bawah ini (sila klik jika nak baca):-
Jelaslah bahawa ubat kimo bukanlah ubat penawar penyakit kanser yang patut dibangga-banggakan!
Ubat Kanser Alternatif
Jika anda layari internet, ada beberapa ubat penawar penyakit kanser alternatif kepada pembedahan, ubat kimo dan terapi radio. Antaranya sarang semut, biji aprikot, kunyit, keladi tikus, durian belanda, daun belalai gajah, transfer factor, vitamin B17, RxCrystal, Vivix, Venez Glo, Black G Liquid Plus, teknik rawatan CF33 dan berbagai herba lain lagi. Kebanyakan ubat-ubatan itu dijual secara komesial. Yang herbapun ada yang kos rawatannya mencecah puluhan ribu ringgit (ini seorang pesakit saya bagitahu, setelah rawatan dengan cara itu tak berhasil – katanya, dia tak mampu untuk meneruskan ke fasa kedua, sedangkan fasa pertama tidak memberi keselesaan yang positif, wallahu a’lam!).
Pusat-pusat rawatan Islam, alternatif dan tradisional pula mempunyai kaedah yang tersendiri juga dan perlu ulang hingga sihat. Yang perubatan Islam, adalah tambahannya iaitu bacaan beberapa petikan ayat Al-Quran pada air, tempat sakit dan “bahan ubat” tertentu. Yang bomoh pula, tambahannya ialah bacaan mentera pada “bahan ubat” dan mungkin juga pada air.
Sayangnya, ubat-ubatan kanser yang dikatakan sebagai ubat penawar penyakit kanser itu tiada sokongan secara statistik. Kita perlu fakta yang meyakinkan tentang kemujarabannya terhadap penderita penyakit kanser daripada orang awam – iaitu keberkesanan positif bahan itu terhadap penyakit kanser. Banyak juga yang diwarwarkan bagus tapi sungutan pengguna masih ada.
Tidak pula diketahui, bila dah baik, perlu makan bahan ubat penawar kanser itu terus ataupun tidak. Jika makan terus, bermakna itu setakat bertahan saja. JIka tak perlu bahan ubat itu lagi, itu baru betul-betul ubat penyembuh penyakit kanser! Yang bagusnya, saya syorkan supaya pesakit kanser cuba sendiri. Kemudian buat cerita benar dalam suatu blog atau facebook. Jika betul, ramai pesakit kanser boleh mengambil manfaatnya – jadi ibadah juga dari segi Islam. Jika sebaliknya, sekurang-kurangnya dapat membantu pesakit lain berjimat – insya Allah, besar ganjarannya di akhirat kelak!
Sel Penyakit Kanser
Jom pula kita tinjau secara ringkas tentang pembentukan sel penyakit kanser dalam bahasa yang mudah kita sama-sama boleh faham. Aturan semulajadi oleh Allah ialah semua sel dalam badan kita akan mati bila cukup masa. Ianya bukan serentak, jika serentak kita yang mati! Sel-sel yang mati akan segera ditukar dengan sel-sel baru. Dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa sel pengganti disediakan daripada tulang belakang (anda boleh buat carian dalam Al-Quran hingga jumpa ayatnya).
Menurut teori Sainsnya, sel penyakit kanser mula terbentuk kerana sel yang dah cukup umur dan sepatutnya mati tapi ianya jadi tak mati. Apa yang terjadi ialah elektron dalam atom sel berkenaan mengorbit di bahagian paling luar atomnya. Ini menyebabkan elektron itu tergeser keluar ke sel yang terdekat dengannya. Akibatnya sel asal ada cas (charge). Sel-sel yang berdekatan dengannya pula masing-masing jadi bercas kemudiannya. Begitu jugalah selanjutnya sehingga terbentuk ketulan sel-sel aktif tak seimbang yang dirujuk dengan kata sel kanser. Ianya cepat membiak dan merebak! Pembentukan sel penyakit kanser ini boleh anda rujuk di sini (sila klik). Ada berbagai penjelasan lagi tentang wujudnya sel kanser. Bagi kita, yang tadi tu dah memadai.
Berdasarkan pengalaman kami pula, keadaan ini sebenarnya berlaku kerana kandungan asid dalam badan makin pekat. Puncanya ialah perut kerap terbiar lapar lebih dari 10 minit! Setelah berpanjangan berbulan-bulan (malah ada yang mencecah tahunan) maka datanglah penyakit-penyakit “orang kaya”. Sakit gout berpadanan dengan kepekatan asid dalam badan dah mula naik daripada paras normal. Tinggi sikit, sakit-sakit sendi (arthritis). Tinggi sikit lagi, kayap. Seterusnya barulah kanser. Kandungan asid yang pekat dalam badan berpadanan dengan paras toksin tinggi – ini yang menyebabkan sel-sel makin tak cukup oksigen. Itulah yang jadi pencetus tidak seimbangnya atom dalam sel-sel yang sepatutnya mati tapi tak mati. Lagi kurang oksigen, lagi rancaklah sel kanser membiak! Inilah satu di antara faktor utama yang sepatutnya ada dalam sesuatu kaedah rawatan kanser – jika tidak, sia-sia saja. Yang anehnya, kenapa sel yang dah nak mati tu pandai-pandai menolak elektronnya berorbit hampir terkeluar?
Penjelasan Sainsnya ada dua tiga lagi tapi pada saya itu rekaan semata-mata (anda boleh semak di internet). Akal menyatakan itu tidak benar. Berdasarkan semua pesakit kanser yang berikhtiar berubat dengan kami, semua mereka itu ada jin setan dalam badan. Oleh kerana itu, buang jin setan, rawatan jadi lebih cepat mujarab. Ini pengalaman kami.
Berbalik kepada pencetus sel penyakit kanser tadi, jinlah yang menjadi puncanya sebab sel kanser berbau teramat sangat – tak lalu nak hidu! Jin setan paling suka yang busuk-busuk (nak pasti, tanya ustaz yang arif) – dalam sel-sel itulah tempat kesukaan jin setan melepak. Itu jugalah sebabnya berubat tapi terlalu banyak yang gagal. Bukan ubatnya tak bagus, semata-mata kerana jin setan dalam badan tidak diusir keluar. Itu sebenarnya! Sila ambil perhatian: jin setan tak terusir dengan terapi kimo dan radiasi.
Rawatan Cara Kami
Itu cara mereka. Cara rawatan kami pula berbeza. Kami fokus kepada masalah peranan jin setan dan cuba merendahkan seboleh-bolehnya kandungan asid dalam badan. Nak tahu selanjutnya, sila klik ini: alternatif ubat penawar penyakit kanser cara kami …