Kenapa Perut Kembung – Perut Masuk Angin Puncanya?

Kenapa perut kembung – soalan daripada mereka yang tertanya-tanya tentang punca perut kembung dan angin pasang. Perut masuk angin puncanya ataupun sesuatu yang berkaitan dengan pedih perut atau sakit gastrik? Apakah perut kembung hanya dideritai oleh mereka yang ada penyakit gastrik? Jika anda layari internet, berbagai pendapat dan petua diluahkan. Mari kita fikir sejenak – betulkah itu? Mari ketahui bersama saya kenapa perut kembung – semua yang dipaparkan nanti berdasarkan pengalaman perubatan yang kami lalui. Ini fakta kesihatan sebenar bukannya teori atau kaedah teka-teka tanpa alasan.

Nyatanya, ada sesetengah orang yang susah buang air besar. Ada yang sampai 2 3 hari sekali dan ada juga yang hingga seminggu sekali. Bila ditanya, rupa-rupanya mereka tak tahu itu tak normal. Keadaan itu ada kaitannya dengan sembelit dan seterusnya akan mengakibatkan buasir. Kita sepatutnya sehari sekali – 2 kali lebih baik; kerana buangan itu bila lebih masa akan mewujudkan gas. Itulah yang menyebabkan perut kembung dan kemudian perut beransur buncit. Sebaiknya, cubalah atur sekali pagi dan sekali lepas makan malam. Insya Allah, masalah kembung perut akan berkurangan.

Untuk mereka yang sistem buangan elok teratur setiap hari, kembung perut terbahagi kepada dua iaitu tersegah di bahagian pusat ke atas dan satu lagi yang di bahagian pusat ke ari-ari. Kembung yang di bahagian atas pusat ada kaitannya dengan angin gastrik dan dirujuk juga sebagai perut masuk angin ataupun angin medu. Terjadinya kerana perut kerap terbiar kosong. Jelasnya kerana tak makan ketika mula terasa lapar – leka dengan kerja semasa ataupun waktu itu tiada apa yang hendak dimakan, paling-paling minum air dengan sekeping dua biskut atau roti. Bila selalu begitu, dinding perut bahagian dalam mula calar dan seterusnya calar-calar menjadi luka-luka besar dan ulser perut. Ini beransur-ansur mengganggu sistem penghadaman. Rasa senak ulu hati atau pedih perut muncul. Sakit angin perut jadi kian terasa dan makin berat. Kemudiannya, sampai pada tahap kembung dan sakit terus menerus walaupun makan kenyang. Ini juga biasanya dikaitkan dengan istilah salah makan. Kembung perut biasanya menggangu fikiran dan kesihatan diri – cepat mengelabah dan kerap rasa cemas. Jika berterusan, mungkin terpaksa menjalani pembedahan. Elakkan itu terjadi pada diri anda!

Kembung perut yang di bahagian pusat ke bawah pula terjadinya bukan kerana gastrik atau sakit ulu hati rasa pijar naik ke atas. Perkara ini amat membimbangkan kerana ada sejumlah pesakit kami yang bercerita bahawa pihak hospital tak dapat mengesan puncanya dan kerana itu tiada rawatan yang tepat diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu jugalah ramai yang menjalani rawatan kesihatan penyakit ini di tempat kami.

Ada dua keadaan yang menyebabkan terjadinya sakit di bahagian bawah perut (perut kembung di bahagian pusat ke ari-ari) iaitu:-

  1. otot gegelang yang berfungsi sebagai injap di sempadan bahagian dalam hujung perut ke usus kecil agak kendur dan terbuka halus. Sepatutnya ia sentiasa tertutup rapat sehingga proses penghadaman sempurna iaitu setelah lebih kurang 3.5 jam lepas makan. Oleh kerana ianya renggang, asid penghadaman meleleh keluar melaluinya sebelum masanya
  2. perut mengeluarkan asid penghadaman terlalu berlebihan – kesan daripada banyaknya saraf yang rosak di dinding perut bahagian dalam. Rosak kerana kerap terbiar lapar melebihi setengah jam – asid sikit-sikit mencalari dinding tersebut dan lama kelamaan makin membesar calarnya. Saraf yang banyak terputus itu mengakibatkan arahan daripada hati ke perut tentang isipadu asid yang patut dikeluarkan ketika itu tak terterima oleh perut. Asid berlebihan itulah yang menyebabkan penghadaman jadi cepat – ada yang lepas makan kenyang, tak sampai setengah jam dah lapar semula

Asid yang masih pekat itu tersalur ke usus kecil. Oleh sebab itu, sewaktu melalui usus, ianya sempat bertindak balas dengan apa yang ada dalam usus ketika itu. Terbentuklah gas atau angin perut. Keadaan kembung yang ini amat tak selesa dirasai.

Kesannya, lama kelamaan, usus makin tegang dan gemuk. Perut rasa ketat, makin membesar dan buncit. Kesan selanjutnya, bila perut dah ketat, usus kecil yang di hujung boleh tertekan ke rongga tulang bawah ari-ari dan timbullah penyakit angin pasang pula – inilah punca angin pasang.

Yang bahayanya, hakisan asid itu juga boleh mengakibat usus kecil bocor. Bila ini terjadi, anda terpaksa menjalani pembedahan untuk kerat dan buang bahagian usus yang bocor itu.

Semuga anda faham keadaan sebenar kenapa perut kembung, perut masuk angin dan punca perut kembung serta kesan sampingannya. Kami dah berjaya merawat ramai penderita penyakit kembung perut. Rawatan paling kurang 2 kali biasanya tapi kami tak berani nak janji 2 kali sihat. Eloknya, berubatlah sampai sembuh – jika tidak, penyakitnya akan berulang. Jika 2 kali sembuh, anda harus bersyukur banyak-banyak kepada Allah atas rahmatNya. Bila dah sihat, hidup ceria dan ibadahpun boleh dilakukan dengan lebih sempurna, insya Allah!

Sila hubungi kami melalui telifon jika berhajat nak berubat!

 

Dikemaskini pada 12hb Dis 2016.

 

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2018 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·