Monthly Archive: April 2020

Rawatan Alternatif Kanser Cara Kami

 

Rawatan alternatif kanser cara kami adalah rawatan kaser yang setara dengan kaedah perubatan di hospital. Bezanya ialah kami tidak guna alat dan ubat seperti yang di sana (tak perlu risau, kami tidak guna khidmat jin setan sama sekali!). Pesakit kanser tak perlu nampak tentang itu, Anggap saja macam menjalani pembedahan di hospital – tak sedarpun apa yang dibuat oleh doktor pakar bedah tu.

Untuk pengetahuan anda, jenis-jenis penyakit kanser yang pernah kami rawat sejak tahun 2010 ialah:-

  • kanser bibir, gusi, mulut dan lidah
  • kanser buah pinggang
  • kanser darah (leaukemia)
  • kanser dubur (rectum)
  • kanser esofagus
  • kanser hati
  • kanser hidung
  • kanser kelenjar
  • kanser kerongkong
  • kanser limfoma
  • kanser otak
  • kanser pankreas
  • kanser payudara
  • kanser peparu
  • kanser prostat
  • kanser pundi kencing
  • kanser rahim dan ovari
  • kanser tulang
  • kanser usus

Pesakit yang memerlukan rawatan kanser daripada kami, ada syarat yang mesti dipenuhi. Yang terpenting ialah mesti yakin dan bersungguh untuk berubat, bukannya sengaja nak cuba-cuba berubat. Jika nak cuba-cuba, silalah berubat di tempat lain! Sebelum rawatan, pesakit mesti setuju dan akur tentang dua perkara berikut ini:-

  1. datang mengulangi rawatan berikutnya paling jarak pada hari ke lima – yang eloknya selang dua atau tiga hari. Jika pesakit tak setuju, kami tolak sebab sel kanser membiak cepat. Selang masa antara rawatan yang lebih daripada itu akan memberi peluang kepada baki sel kanser membiak dan merebak ke organ lain melalui peredaran darah. Sebabnya ialah sel kanser tak boleh diganggu. Mula diganggu, ianya ibarat api kecil disimbah dengan minyak petrol
  2. tidak mengambil sebarang ubat lain (tak boleh campur dengan sebarang ubat-ubatan atau cara lain) kecuali ubat darah tinggi dan kencing manis saja. Bila dah rasa sihat dan cukup selesa, OK lah tu! Tak payahlah nak ambil kesah sangat tentang temujanji dengan doktor pakar lagi. Jika cara di sana mujarab, tentunya pesakit tidak beralih ke Pusat Rawatan Alternatif kami. Jika nak puas hati, pergi buat ujian darah khusus tentang kanser di PathLab terdekat. Itu lebih sesuai daripada hospital sebab mereka tiada kepentingan selanjutnya tentang penyakit anda. Di antara pesakit kami, ada yang ke doktor ikut temujanji yang dijadualkan. Tiba di sana, pihak doktor terus macam paksa buat kimo. Itu semata-mata berdasarkan maklumat terakhir yang tercatit dalam fail di sana, tanpa mengambilkira keadaan pesakit waktu itu sudah segar! Beritanya – tak lama lepas kimo, innalillah… Subhanallah… kami kesal!

Aturan rawatan kanser yang menjadi penawar kanser cara kami ialah:-

  1. sedut keluar toksin dan lebihan ubat yang mendap dalam badan, termasuklah ubat kimo jika telah menjalani terapi kimo. Pada rawatan pertama, kami hanya mampu menarik keluar sekitar 50% ke 60% saja
  2. cuba musnahkan sel kanser pada semua organ yang terjejas. 15 minit kemudian barulah kami cuba musnahkan saki baki sel kanser yang mengikut aliran darah ke seluruh badan pula. Inipun hanya sekitar 60% ke 70% saja sel barah yang mampu dimusnahkan semasa rawatan pertama
  3. sedut semua sel yang berjaya dimatikan 20 minit kemudian
  4. pulihkan semua organ terbabit dan baikpulih sistem tulang belakang. Dengan cara ini, barulah sel darah segar yang normal boleh terbentuk kemudiannya sebagai pengganti kepada ketulan sel kanser yang dimatikan
  5. perbaiki peranan hati dan kawalan imunisasi
  6. memohon kepada Allah agar air yang dibekalkan jadi ubat kanser terbaik untuk pesakit
  7. memberi paduan ringkas tentang makanan untuk merendahkan kandungan asid dalam badan supaya cepat pulih

Biasanya dengan izin Allah, datang kali kedua keadaan pesakit nampak pulih dan keceriaanpun jelas ketara berbanding waktu mula datang. Anda harus faham bahawa berubat dengan kami perlu ulang hingga sembuh. Jika tak pulih betul, saki baki sel kanser akan merebak semula walaupun yang tertinggal hanya satu sel. Nanti rawatan alternatif kanser yang kami lakukan jadi sia-sia saja! Oleh itu, nak berubat, biarlah sampai sihat!

Sila ambil perhatian bahawa jika rawatan pertama tidak menghasilkan apa-apa kesan dalam masa 24 jam, itu ertinya tak rasi berubat dengan kami. Silalah usaha cara lain di mana-mana seberapa segera – lambat nanti melarat!

Setakat ini, ramai yang sembuh setelah tiga empat kali rawatan. Ada juga yang sembuh setelah menjalani dua rawatan saja. Itu nasib, bergantung kepada rahmat Allah untuk pesakit.

Berubat kanser dengan kami tak serupa dengan yang di tempat lain. Ramai pesakit kanser yang dah berjaya dipulihkan. Hampir semua mereka telah disahkan berpenyakit kanser tahap empat oleh doktor pakar perubatan. Amnya, daripada 20 pesakit kami, 2 3 orang saja yang gagal disembuhkan – itu kerana tak ikut 100% panduan yang diberikan ATAU keadaannya dah terlalu teruk dan berbau. Jika anda juga berpenyakit kanser yang belum berbau, jom sihat! Sila telefon kami untuk buat temujanji.

Kami sebagai perawat rawatan alternatif kanser tidak menjanjikan apa-apa kepada pesakit kanser yang berubat di Pusat Rawatan Alternatif kami. Muga-muga dengan rahmat Allah, usaha kami merawat dan membekalkan ubat penawar kanser mendapat berkat dan pesakit sihat. Ingat, bila dah sihat, dirikanlah solat sunat syukur dua rakaat – paling kurang buat sujud syukur!

Dikemaskini pada 12hb Ogos 2022

Sila kongsi:-

Ubat Penawar Penyakit Kanser – betulkah berkesan?

iniSenja250x400  Ubat Penawar Penyakit Kanser – betulkah berkesan?Ubat penawar penyakit kanser yang bukan saja menjadi penawar kanser malah memang bertindak sebagai ubat penyembuh berbagai penyakit kanser amat diperlukan oleh semua pesakit kanser. Malangnya setakat ini, kita masih tertanya-tanya tentang itu. Yang berubat di hospital melencong ke perubatan alternatif. Yang menelan ubat cara alternatif pula tak kurang yang bertukar dengan cara itu ini. Itu menyarankan fakta bahawa ubat penawar penyakit kanser masih terawang-awang entah di mana – umpama “indah kata daripada rupa”.

Ubat Kanser Konvensional

Pelaksanaan rawatan kanser ada berbagai cara, sesuai dengan kaedah perubatan yang dipilih. Dalam perubatan konvensional (disebut juga sebagai perubatan moden), rawatan penyakit kanser dilakukan melalui pembedahan jika perlu, ubat kimo (atau terapi kimo) dan terapi radio (terapi radiasi)

Kini kaedah rawatan dalam perubatan moden sudah begitu canggih – berbagai ubat kanser telah dicipta. Namun begitu, keluhan pesakit setelah rawatan, banyak yang memberi gambaran negatif. Begitu juga halnya dengan terapi radio terhadap pengidap penyakit kanser otak – ramai yang kejang sebaik selesai terapi pertama. Ini bukan suatu prasangka, ada dua kes yang saya lihat dengan mata kepala sendiri! Kesian.. datang berjalan, balik berusung!

Itu berdasar keluhan semua pesakit kanser yang bertukar arah dan ingin mendapatkan rawatan di tempat kami. Menurut mereka, perubatan moden banyak memudharatkan – rasa tak tertanggung menahannya. Mereka kecewa – badan makin tak bermaya dan duit habis beribu-ribu. Yang ada insuranspun mengeluh juga kerana bukan semua kos rawatan ditanggung oleh pihak insurans.

Keluhan mereka itu mendedahkan fakta bahawa rawatan perubatan moden masih belum menemui ubat penawar penyakit kanser yang menyihatkan. Ada kemungkinan juga mereka dah tak kesah untuk terus menyelidiki ubat penawar kanser. Sebabnya ialah terapi kimo dan terapi radio dah ternyata boleh menjana hingga lebih seratus ribu ringgit daripada setiap pesakit. Mereka yang berduit atau ada insurans memang cenderung memilih cara itu. Yang kurang mampu, mahu tak mahu, terpaksalah memilih cara alternatif.

Apa yang dikeluhkan oleh mereka itu banyak benarnya. Ianya sejajar dengan apa yang dikemukakan oleh beberapa pakar kimo dan penyelidik perubatan di negara asing. Dua daripadanya disenaraikan di bawah ini (sila klik jika nak baca):-

Jelaslah bahawa ubat kimo bukanlah ubat penawar penyakit kanser yang patut dibangga-banggakan!

Ubat Kanser Alternatif

Jika anda layari internet, ada beberapa ubat penawar penyakit kanser alternatif kepada pembedahan, ubat kimo dan terapi radio. Antaranya sarang semut, biji aprikot, kunyit, keladi tikus, durian belanda, daun belalai gajah, transfer factor, vitamin B17, RxCrystal, Vivix, Venez Glo, Black G Liquid Plus, teknik rawatan CF33 dan berbagai herba lain lagi. Kebanyakan ubat-ubatan itu dijual secara komesial. Yang herbapun ada yang kos rawatannya mencecah puluhan ribu ringgit (ini seorang pesakit saya bagitahu, setelah rawatan dengan cara itu tak berhasil – katanya, dia tak mampu untuk meneruskan ke fasa kedua, sedangkan fasa pertama tidak memberi keselesaan yang positif, wallahu a’lam!).

Pusat-pusat rawatan Islam, alternatif dan tradisional pula mempunyai kaedah yang tersendiri juga dan perlu ulang hingga sihat. Yang perubatan Islam, adalah tambahannya iaitu bacaan beberapa petikan ayat Al-Quran pada air, tempat sakit dan “bahan ubat” tertentu. Yang  bomoh pula, tambahannya ialah bacaan mentera pada “bahan ubat” dan mungkin juga pada air.

Sayangnya, ubat-ubatan kanser yang dikatakan sebagai ubat penawar penyakit kanser itu tiada sokongan secara statistik. Kita perlu fakta yang meyakinkan tentang kemujarabannya terhadap penderita penyakit kanser daripada orang awam – iaitu keberkesanan positif bahan itu terhadap penyakit kanser. Banyak juga yang diwarwarkan bagus tapi sungutan pengguna masih ada.

Tidak pula diketahui, bila dah baik, perlu makan bahan ubat penawar kanser itu terus ataupun tidak. Jika makan terus, bermakna itu setakat bertahan saja. JIka tak perlu bahan ubat itu lagi, itu baru betul-betul ubat penyembuh penyakit kanser! Yang bagusnya, saya syorkan supaya pesakit kanser cuba sendiri. Kemudian buat cerita benar dalam suatu blog atau facebook. Jika betul, ramai pesakit kanser boleh mengambil manfaatnya – jadi ibadah juga dari segi Islam. Jika sebaliknya, sekurang-kurangnya dapat membantu pesakit lain berjimat – insya Allah, besar ganjarannya di akhirat kelak!

Sel Penyakit Kanser

Jom pula kita tinjau secara ringkas tentang pembentukan sel penyakit kanser dalam bahasa yang mudah kita sama-sama boleh faham. Aturan semulajadi oleh Allah ialah semua sel dalam badan kita akan mati bila cukup masa. Ianya bukan serentak, jika serentak kita yang mati! Sel-sel yang mati akan segera ditukar dengan sel-sel baru. Dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa sel pengganti disediakan daripada tulang belakang (anda boleh buat carian dalam Al-Quran hingga jumpa ayatnya).

Menurut teori Sainsnya, sel penyakit kanser mula terbentuk kerana sel yang dah cukup umur dan sepatutnya mati tapi ianya jadi tak mati. Apa yang terjadi ialah elektron dalam atom sel berkenaan mengorbit di bahagian paling luar atomnya. Ini menyebabkan elektron itu tergeser keluar ke sel yang terdekat dengannya. Akibatnya sel asal ada cas (charge). Sel-sel yang berdekatan dengannya pula masing-masing jadi bercas kemudiannya. Begitu jugalah selanjutnya sehingga terbentuk ketulan sel-sel aktif tak seimbang yang dirujuk dengan kata sel kanser. Ianya cepat membiak dan merebak! Pembentukan sel penyakit kanser ini boleh anda rujuk di sini (sila klik). Ada berbagai penjelasan lagi tentang wujudnya sel kanser. Bagi kita, yang tadi tu dah memadai.

Berdasarkan pengalaman kami pula, keadaan ini sebenarnya berlaku kerana kandungan asid dalam badan makin pekat. Puncanya ialah perut kerap terbiar lapar lebih dari 10 minit! Setelah berpanjangan berbulan-bulan (malah ada yang mencecah tahunan) maka datanglah penyakit-penyakit “orang kaya”. Sakit gout berpadanan dengan kepekatan asid dalam badan dah mula naik daripada paras normal. Tinggi sikit, sakit-sakit sendi (arthritis). Tinggi sikit lagi, kayap. Seterusnya barulah kanser. Kandungan asid yang pekat dalam badan berpadanan dengan paras toksin tinggi – ini yang menyebabkan sel-sel makin tak cukup oksigen. Itulah yang jadi pencetus tidak seimbangnya atom dalam sel-sel yang sepatutnya mati tapi tak mati. Lagi kurang oksigen, lagi rancaklah sel kanser membiak! Inilah satu di antara faktor utama yang sepatutnya ada dalam sesuatu kaedah rawatan kanser – jika tidak, sia-sia saja. Yang anehnya, kenapa sel yang dah nak mati tu pandai-pandai menolak elektronnya berorbit hampir terkeluar?

Penjelasan Sainsnya ada dua tiga lagi tapi pada saya itu rekaan semata-mata (anda boleh semak di internet). Akal menyatakan itu tidak benar. Berdasarkan semua pesakit kanser yang berikhtiar berubat dengan kami, semua mereka itu ada jin setan dalam badan. Oleh kerana itu, buang jin setan, rawatan jadi lebih cepat mujarab. Ini pengalaman kami.

Berbalik kepada pencetus sel penyakit kanser tadi, jinlah yang menjadi puncanya sebab sel kanser berbau teramat sangat – tak lalu nak hidu! Jin setan paling suka yang busuk-busuk (nak pasti, tanya ustaz yang arif) – dalam sel-sel itulah tempat kesukaan jin setan melepak. Itu jugalah sebabnya berubat tapi terlalu banyak yang gagal. Bukan ubatnya tak bagus, semata-mata kerana jin setan dalam badan tidak diusir keluar. Itu sebenarnya! Sila ambil perhatian: jin setan tak terusir dengan terapi kimo dan radiasi.

Rawatan Cara Kami

Itu cara mereka. Cara rawatan kami pula berbeza. Kami fokus kepada masalah peranan jin setan dan cuba merendahkan seboleh-bolehnya kandungan asid dalam badan. Nak tahu selanjutnya, sila klik ini: alternatif ubat penawar penyakit kanser cara kami

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Perubatan Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Jom Sihat Tanpa Ubat ·