Jom sihat! Rawatan kesihatan cepat segar kami banyak manfaat untuk anda!
Kaedah rawatan islam jom sihat di Perubatan Alternatif Dr Rasid & Nazar ialah rawatan kesihatan supaya anda cepat segar dan sihat; khusus untuk pesakit asma, gastrik, kanser, pening (migraine), resdung, lutut, pinggang & belakang. Kami, pengamal perubatan islam, berpengalaman dalam pengubatan penyakit khusus yang dinyatakan tadi. Anda mungkin dah mencuba beberapa tempat rawatan tetapi masih belum sembuh. Silalah ke rawatan islam jom sihat kami. Muga-muga Allah memberkati anda boleh sembuh berubat dengan cara pengubatan kami. Cepat segar, insya Allah!
Rawatan kesihatan kami amat bergantung kepada imbasan (scan) badan pesakit yang kami lakukan. Dari situ barulah tatacara rawatan dilaksanakan. Dengan kata lain, kami merawat secara profesional, berpandukan kepada keadaan kesihatan pesakit. Bukan teka-teka saja. Kami mahu pesakit sihat dan segar serta boleh meneruskan kehidupan dan amalan harian sesempurna mungkin. Muga-muga dengan cara ini kami juga mendapat rahmat Allah di dunia & akhirat – aamiin..
Gabungan masalah kesihatan zahir dan penyakit yang ada pengaruh jin (hantu) adalah punca utama ramai pesakit yang datang ke perubatan kami kerana mereka gagal disembuhkan dengan kaedah perubatan moden. Dengan alasan itu jugalah, sesiapapun yang datang ke kami, kami akan imbas terlebih dulu walaupun pesakit kata dia sakit itu dan ini. Yang ada hantu dalam badan, buang hantu didulukan supaya rawatan kesihatan ada kesan positif yang membanggakan. Yang tiada, terus buat rawatan kesihatan. Cara ini sajalah yang membolehkan pesakit cepat beransur pulih dan segar.
Teknik buang hantu yang kami gunakan ialah siksa hantu dan kemudian baru tarik keluar daripada badan pesakit dan hantar mereka ke alam jin. Mereka itu insya Allah tidak akan mengganggu sesiapa selamanya sebab tersingkir jauh ke alam mereka. Lainlah halnya jika ada seseorang yang mampu menarik mereka masuk ke alam kita semula – kemungkinannya tipis sekali! Masalah lainnya ialah hantu yang di luar dan yang tinggal di rumah pesakit. Itu jugalah di antara sebabnya kami tidak menjanjikan sekali buat selesai. Biasanya 1 atau 2 orang daripada 30 pesakit perlu datang kali kedua. Jarang yang datang kali ketiga kecuali yang terkena sihir berulang. Hajat kami – sekali buat, selesai! Jom sihat – buang hantu sekarang!
Biasanya sebaik saja buang hantu, muka pesakit akan mula nampak agak cerah dan ada seri. Pesakit sendiri akan merasa badan lebih selesa dan ringan daripada biasa tapi tidaklah pulih sepenuhnya. Bekas sakit masih ada. Untuk itu, rawatan kesihatan difokuskan kepada pembetulan sistem pengaliran darah dalam badan sebagai tambahan kepada rawatan di bahagian badan yang sakit dan yang tak selesa.
Rawatan kesihatan cepat segar pula berasaskan Nur (aura tenaga) yang dipindahkan ke bahagian yang sakit. Sebelum memulai rawatan, pesakit harus setuju untuk berhenti menelan sebarang ubat yang biasa digunakan sebab kami khuatir akan terjadi overdose ataupun masalah lain yang mungkin timbul. Apapun penyakit yang dihidapi pesakit, tindakan pertama yang kami lakukan ialah membetulkan sistem aliran darah. Misalnya masalah kurang cairan lutut, kami akan betulkan perjalanan darah daripada peha (ada juga yang daripada pinggang) ke kaki dulu, baru mohon kepada Allah untuk tambah cairan lutut. Jika perlu, kami akan bedah, masuk air dan darah. Segala peralatan dan ubat, semuanya tidak kelihatan dengan mata kasar. Yang penting cepat sihat dan segar.
Untuk makluman, kami tidak membekalkan sebarang ubat tradisional ataupun herba – hanya AIR. Dalam air itu, kami bekalkan “ubat tak nyata” yang setara dan lebih baik daripada ubat doktor ataupun farmasi serta 100% tiada kesan sampingan.
Jom sihat sekarang! Sila buat temujanji melalui telefon (sila klik atau sentuh perkataan yang hijau itu) terlebih dulu sebelum datang untuk mendapatkan rawatan.
dikemaskini pada 13 Jun 2022